Thursday, March 7, 2013

Malindo tawar tambang serendah RM38, tempahan tiket dibuka mulai hari ini

Assalamualaikum.

Hari ni nak berkongsi tentang Penerbangan Malindo yang menawarkan kadar tambang penerbangan yang murah.

PUTRAJAYA 7 Mac - Penerbangan Malindo yang dijangka beroperasi mulai 22 Mac ini menawarkan harga tambang inklusif serendah RM38 dari Kuala Lumpur ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu.

Tempahan sulung ke Kota Kinabalu pada 22 Mac ini akan dibuka mulai hari ini.

Penerbangan menggunakan Boeing 737-900ER itu menawarkan televisyen persendirian di setiap tempat duduk.

Malindo turut menawarkan perkhidmatan bagasi daftar masuk percuma 15 kilogram (kg) untuk kelas ekonomi dan 30kg untuk kelas perniagaan. - Utusan

Penerbangan Malindo, tambang murah Penerbangan Malindo, website Penerbangan Malindo
Penerbangan Malindo

Jika di lihat di dalam website Malindo ( http://www.malindoair.com/en/ )  pun dah ada tempahan online ni. Jom kita tengok promosi ni dan buat tempahan  kepada yang nak merasa terbang atau pun naik "belon" kata orang Sabah dengan kadar yang rendah ini.  Kepada yang ingin bercuti ke Sabah atau ke Serawak boleh cuba penerbangan ini. Tarikh beroprasi Penerbangan Malindo ini sama dengan masa cuti sekolah pada hujung bulan Mac ini. Boleh la masa tu nak pergi bercuti atau pun nak balik kampung menziarahi keluarga di kampung halaman.