Tuesday, August 19, 2014

Advertorial.MY:Berita Gembira Untuk Blogger

AdvertorialMY:Berita Gembira Untuk Blogger. Alhamdulillah pada saya ini satu berita gembira gembira untuk blogger. Selepas berpuasa sebulan bulan ramadhan dan hari raya pun tiba. Ini juga merupakan saat yang menggembirakan buat kita semua umat Islam yang berpuasa. Hari ini saya nak kongsi berita gambira lain. Apa yea..jeng je jeng.. Beritanya ialah tentang peluang buat duit melalui blog.

Berita Gembira Untuk Blogger
Berita Gembira Untuk Blogger
Buat Duit Dengan Blog Peribadi
Macam mana tu buat duit dengan blog peribadi?. Saya akan teranagkan disini. Begini sebenarnya, jika sebelum ini kita ada dengar dan saksikan sendiri ada dikalangan rakan-rakan blogger yang boleh menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit hanya dengan satu blog peribadi mereka. Contohnya macam blogger popular Redmummy, Ben Ashaari dan ramai lagi. Mereka semua ini menjana pendapatan dengan hanya bekerja di rumah sahaja.

Macam mana mereka buat duit dengan blog peribadi mereka?
Mereka juga sama seperti kita semua, ada yang menulis blog sebagai kerja part time mahupun full time. Mereka menulis tentang cerita dan kisah hidup, perjalanan cuti-cuti, makan-makan dan sebagainya sama seperti kita semua menulis juga.

Tetapi di samping mereka menulis perkara-perkara di atas, mereka juga menulis tentang sesuatu "produk baru", "makanan baru", "baju baru", "kedai baru", "perkhidmatan baru" dan macam-macam lagi benda baru. Betul tak? cuba kawan-kawan lihat dan selongkar dalam blog mereka? Pasti jawapannya adalah BETUL.

Sebenarnya apa tujuan mereka menulis cerita-carita baru tersebut. Mudah cerita ada pihak yang UPAH mereka menulis tentang "PERKARA" tersebut dan mereka "DIBAYAR" untuk PENULISAN dan REVIEW mereka tentang perkara tersebut di blog mereka.

Katalah pihak KFC (ayam KFC) buat produk baru, mereka diundang untuk buat REVIEW tentang produk KFC yang baru tersebut. Antara mereka dengan KFC mereka dah buat perjanjian untuk bayaran sekian-sekian harga untuk satu entri di blog mereka atau untuk beberapa entri. Mereka menulis dan buat REVIEW tentang produk KFC tadi dan mereka akan dibayar gaji berupa UPAH atas apa yang mereka tulis.

Berapa Mereka Dapat Untuk Tulis Review Tersebut?
Saya tak nak cerita disini, anda sendiri boleh buat anggaran berapa angka RM yang akan mereka dapat. Mungkin tiga angka, mungkin empat angka dan tak sakit jika saya kata mereka mungkin akan dapat berangka-angka lagi hasil dari REVIEW satu produk baru atau berpuluh-puluh produk baru. Jadi tak mustahillah dari sebuah blog boleh hasilkan pendapatan beribu-ribu runggit dalam satu-satu masa.

Tak pelik jika saya cerita di sini mereka juga kena income tax sebab hasil dari satu blog peribadi yang mereka ada.

Berita Gembira Untuk Blogger, AdvertorialMY,
Gembira dapat duit dari REVIEW 
Macam Mana Nak Dapat Tulis REVIEW juga?
Sebenarnya anda dan saya juga boleh dapat macam mereka, mereka dapat banyak sebab blog mereka dah DIKENALI di serata Malaysia. Betul tak?

Sebenarnya kita juga boleh dapat macam mereka dapat. Cuma kita ketinggalan dari segi masa dan usia blog. Mereka dan bertahun MEMILIKI blog tersebut. Kita masih baru dan masih di peringkat "remaja" lagi.

Mereka juga bermula seperti kita semua, bermula dari bawah dan akhirnya mencapai kejayaan menjadi "blogger tersohor". Cuba anda baca blog Ben Ashaari sekarang, jika tak silap beliau beberapa hari lepas berada di luar negara untuk satu "event" yang berkaitan dengan blog beliau. AirAsia yang menjadi penaja penerbangan dan macam-macam syarikat besar lagi yang taja beliau dan beberapa "blog tersohor" tanah air. Tahniah buat mereka.

Menulis Review Dengan AdvertorialMY
Alhamdulillah sekarang peluang sudah terbuka luas. Anda dan saya juga mampu untuk menulis REVIEW dan mendapat tajaan mahupun hasil berlipat ganda juga. Jika tak dapat macam mereka dapat seperuh daripada apa yang mereka dapat pun dah syukur. 

Inilah berita gembira yang saya maksudkan. Satu laman web yang di bangunkan oleh anak Malaysia sendiri. Yang mana laman web yang diberi nama AdvertorialMY ini akan membantu anda mencari "Pengiklan" dari seluruh tanah air dan AdvertorialMY ini akan menjadi orang tengah antara anda(blogger) dan Pengiklan( pengiklan produk/perkhidmatan). Insyallah dengan  AdvertorialMY ini anda boleh buat duit. Boleh baca [+] Buat Duit Dengan AdvertorialMY (klik sini)

Cara nak sertainya mudah sahaja
Cara nak sertainya amat mudah, anda boleh lihat dan berdaftar seperti dibawah ini:-

1) Masuk dalam laman web AdvertorialMY
2) Daftar akaun "Publisher" dengan AdvertorialMY
3) Submit blog anda untuk penyenaraian.
4) Mereka akan carikan pengiklan berpotensi.
5) Anda dan pengiklan buat persetujuan tentang iklan dan bayaran.
6) Tulis dan publish advertorial untuk pengiklanan.
7) Terima bayaran.

Tujuh  langkah mudah ini anda ikut maka anda sudah layak untuk mula bercita-cita memulakan langkah PERTAMA dan menjadi seperti mereka yang di atas. Perjalan anda bermula dengan tindakan yang berterusan dan tersusun. Berusaha menulis entri dengan cara yang baik juga menjadi salah satu cara untuk memperhebatkan lagi blog anda. Jangan terlampau merendah diri walaupun anda hanya menggunakan platform "blogspot" mahupun "wordpress". Ramai antara blogger yang berjaya mengunakan platform ini dan akhirnya mereka juga mencipta kejaaan seperti sekarang.

Oklah.. nak dapat duit hasil menulis review, anda kena daftar cepat-cepat disini ---->> AdvertorialMY

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat berusaha dan maju jaya menjana pendapatan dengan AdvertorialMY

Sebelum terlupa: Setiap hasil review produk anda nanti. Pihak AdvertorialMY tidak akan ambil satu sen pun. Semua pendapatan tersebut menjadi milik mutlak anda.

Monday, August 18, 2014

Bonus Dari Tesco Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bonus Dari Tesco Malaysia. Tesco nak bagi duit raya. Macam tak percaya sahaja.
Tak kan mudah-mudah tak beli apa-apa tiba-tiba Tesco Malaysia nak bagi duit banyakkan. Percaya atau tidak boleh tengok email kat bawah ini. Jika di ikutkan mereka nak bagi RM300 ribu kepada saya. Banyak betul boleh beli rumah sebiji dengan duit sebanyak tu. Ini antara kandungan email tersebut:-

Hari Raya bonus Tesco Malaysia- tipu, jangan terpedaya

"" Hari Raya BONUS

Tesco Extra Malaysia
1081 Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tahniah Pemenang Dear dari Tesco Pengurusan Online dan Kakitangan !

Ini adalah untuk membawa kepada notis anda bahawa alamat e-mel anda telah dipilih secara rawak oleh Tesco Extra Syarikat Online dari Senarai Eksklusif pengguna e-mel internet 5,000,000 Juta alamat daripada individu dan entiti korporat memotong di seluruh rantau Asia Pasifik.

Alamat e-mel anda telah dianugerahkan storewide Tahun Baru Cina jumlah Promosi MYR 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Malaysia). Ini Promosi storewide Tahun Baru Cina adalah sah di Malaysia , Singapura dan Australia sahaja.

Nota :: yang Tiada tiket telah dijual ! tidak Memenangi anda ialah: TES376/193 ; Bonus tiada : MY372/14 . Fail Tuntutan anda hari ini dengan menghantar butir-butir di bawah untuk memproses dana yang memenangi anda maklumat berikut ini :

Nama Kenalan: Abdul Aziz Osman
Hubungi E-mel: tesccostores@my0511.com

Nama Penuh:
Hubungi Alamat:
Alamat e-mel:
Nombor Telefon:

Tahniah dari Tesco Pengurusan Online dan Staf Malaysia.
Terma dan Syarat.
© Copyright 2014 Tesco Stores ( Malaysia) Sdn Bhd All Rights Reserved.

------------------------------

Bila saya terima email ini, rasa macam tak percaya, jadi saya cari sumber-sumber yang boleh di percayai. Alhamdulillah saya dapat jawapannya. Rupanya ini adalah antara email scam yang dilakukan oleh mereka-mereka yang nak mencari duit dengan cara mudah dan menipu. Mereka hantar email secara rawak kepada senarai email yang mereka ada. Jika ada yang berminat dan tak buat kajian tentang email tersebut mereka akan menjadi mangsa-mangsa kepada sendikit penipuan email scam ini.

Sebenarnya perkara ini telah disedari oleh pihak Tesco Malaysia. Pihak Tesco Malaysia telah mengeluarkan pemberitahuan tentang penipuan berkenaan di facbook Tesco malaysia. Berikut adalah pengesahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Tesco Malaysia:-
""
Pengesahan Pemberitahuan dari Tesco Maysia.
FaceBook Tesco Malaysia

[P E R H A T I A N]

Harap maklum bahawa terdapat emel SCAM yang diedar, menawar ganjaran HARI RAYA BONUS daripada ‘Tesco Extra Malaysia, Jalan Ipoh’. 

Kami ingin mengesahkan bahawa mesej itu TIDAK dihantar oleh Tesco dan ganjaran itu adalah TIDAK BENAR. Kami menasihatkan semua pelanggan untuk mengabaikan e-mel tersebut dan mengelak daripada menyerahkan maklumat peribadi yang diminta. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi hotline pelanggan kami di 1300-13-1313. 

----------------------------------------

[A T T E N T I O N]

It has come to our attention that an e-mail scam offering HARI RAYA BONUS rewards from “Tesco Extra Malaysia, Jalan Ipoh” is being circulated. 

We wish to confirm that Tesco DID NOT send the message and the reward is UNTRUE. We advise all our customers to stop forwarding such e-mails or messages, and to refrain from responding from emails that requires a submission or confirmation of your personal information. 

Should you have any inquiries regarding this matter, please feel free to contact our customer hotline at 1300-13-1313.
""

Kata orang sudah terang lagi bersuluh. Ini merupakan email scam yang nak menipu pengguna email di Malaysia. Di harap tak ada yang kena tipu dengan email "Hari Raya BONUS dari Tesco Malaysia" ini.

Tips mudah nak ketahui sesuatu email tersebut betul atau scam adalah seperti berikut:
1) Biasanya mengunakan nama-nama syarikat yang besar sebagai "sandaran" mereka.
2) Dapat hadiah beribu-ribu tanpa perlu buat apa-apa.
3) Email yang diberikan untuk dihubugi hanya dengan mengunakan email biasa seperti email gmail,yahoo atau email-email percuma. Dalam kes ini mereka guna email " tesccostores@my0511.com ". Nampak email yang digunakan adalah tidak "rasmi"

Semoga dengan sedikit panduan ini, kita pengguna di Malaysia tidak akan mudah tertipu lagi dengan email sebegini.

Bongkar Income Affiliate Lebat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bongkar Income Affiliate Lebat. Bukan satu gurauan atau tipu-tipu bila tengok apa yang rakan-rakan blogger dapat. Saya sendiri tak pernah nak merasa lagi hasil macam rakan-rakan blogger ini dapat.

Seminar Niche X Mastery
Seminar Niche X Mastery
Betullah kata pepatah, siapa cepat dia yang dapat. Mungkin mereka-mereka ini pandai mencari peluang yang ada. Kita semua mampu juga nak buat macam ini jika dapat pelung seperti mereka. Apa pun tahniah buat mereka semua. Bukan sedikit, ada yang kalah tengok income pendapatan mereka jika nak bandingkan dengan gaji bulanan kita.

Mereka buat income ini sebenarnya dalam masa 4 hari sahaja. Mustahil tak? Sebenarnya tak ada perkara yang mustahil jika kita buat sesuatu dengan strategi dan panduan yang betul.

Pandai manggunakan peluang yang tersedia sebagai sumber untuk menjana pendapatan tambahan. Dalam masa 4 hari bertungkus lumus dan dapat pulangan yang macam ini memang puas hati. Bila dilihat balik memang ramai yang buat dan turut serta dalam cabaran buat duit tersebut. Tetapi ramai yang dapat cukup-cukup makan sahaja.

Bila dikaji dan diteliti rupanya satu sahaja PERBEZAAN besar mereka. Meraka ada panduan dari "Seminar Niche XMastery". Kira mudah cerita siapa ada panduan dari "Seminar Niche XMastery" antara 90% daripada mereka-mereka yang tersenarai di atas. Rugi tak milikinya dari awal. Mereka cepat, mereka yang dapat.

Alhamdulillah pelung masih ada, kata orang bila panas berpanjangan dan bila hujan turun pasti akan munculnya pelangi. Peluang nak memilik produk dari "Seminar Niche XMastery" masih ada. Jika beminta anda boleh dapatkan dengan segera sebelum julannya di tutup. Jika berminat boleh lihat info tentang "Seminar Niche XMastery" <<<----disini.

Seminar ini telah diterbikan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Tidak ada keraguan lagi tentang mereka. Bila dah tahu perkara ini ramai antara kita yang telah memiliki "Seminar Niche XMastery" ini. Jualannya masih lagi berlansung. Jangan lepaskan peluang menjana  pendapatan dengan panduan dan cara yang berkesan ini.

Berminat nak dapat income affiliate lebat boleh mengalahkan gaji sebulan bos anda. Boleh cuba dan praktikan "Seminar Niche XMastery" ini.

Selamat berusaha.

Friday, August 15, 2014

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik|Macam Lucah Tetapi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik|Macam Lucah Tetapi..
p/s: Baca sampai habis dan fikir sendiri.....

Kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”
Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik|Macam Lucah Tetapi..
Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik|Macam Lucah Tetapi..

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna: Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna: Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna: ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna: Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna: Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna: (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna: Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna: Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna: (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna: Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna: (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna: (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis: Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna: (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna: Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna: hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna: Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna: Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna: Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis: Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna: Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna: Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna: Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna: Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna: Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna: Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna: Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

TAMAT
Sumber fitri hadi

Di ambil dari : Kelab Imam UiTM Kedah
Jom muat turun buku: Tak Kenal Maka Tak Cinta

Thursday, August 14, 2014

Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka. Alhamdulillah malam ini 15 Ogos 2014 akan diadakan salah satu program Sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57 di Dataran Merdeka. Tempat bersejarah yang telah banyak kali di adakan acara Sambutan Hari Kemerdekkan Malaysia. Namun pada malam ini akan diadakan Malam Cinta Rasul dan Program Selawat dan Qasidah oleh Habib Syech Abdul Qadir Asseqqof. Kira mudah cerita Selawat Ya Ha Na Na.

Pray For Malaysia- Selawat Perdana
Pray For Malaysia- Selawat Perdana
Acara ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Stesen TV AlHijrah dan beberapa lagi badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Ini merupakan acara yang julung-julung kalinya di anjurkan sempena sambututan Hari Kemerdekkan Malaysia. Di harap dengan pengisian program seumpama ini dapat menarik rahmat Allah SWT kepada bumi Malaysia.

Berikut adalah aturcara majlis tersebut Pray For Malaysia - Selawat Perdana Dataran Merdeka

 Aturcara Majlis Selawat Perdana Dataran Merdeka
Bagi anda yang perkelapangan bolehlah menyertainya. Nasihat saya jika ada anak kecil tak perlulah bawa. Sebab di sana keadaannya mungkin agak sesak dan menyukarkan anda nak bergerak ke mana-mana. Jika cuaca elok alhamdulillah, namun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini takut hujan, kasihan kepada anak-anak kecil jika anda tak dapat tempat untuk berteduh.

Berikut adalah anatara nasihat penganjur juga bagi anda yang ingin ke sana:-

-Berpakaian sopan.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarna putih bagi lelaki.
-Berjubah/berpakaian sopan berwarn hitam bagi wanita.
-Sila bawa sejadah & alas duduk bersama-sama.
-Turun seawal selepas Asar bagi mengelakkan kesesakan.
-Di nasihatkan menggunakan kenderaan awam atau carpool.

Acara selawat perdana ini telah banyak kali di adakan. Di harap ianya akan memberi manfaat kepada kita semua. Di sini saya ada sertakan apa yang telah di kongsikan oleh utusan malaysia online tentang Program Selawat Perdana yang lepas.
"Selawat perdana saingi pesta muzik liar
PERHIMPUNAN Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah yang berlangung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada 21 Mac lalu mencipta sejarah kerana dihadiri oleh hampir setengah juta orang. Lebih membanggakan acara itu bukan konsert hiburan yang membariskan penyanyi-penyanyi terkenal sama ada dalam atau luar negara.

Angka yang dicatatkan oleh Perhimpunan Selawat Perdana ini bukanlah suatu yang luar biasa jika mahu dibandingkan dengan konsert percuma di Dataran Merdeka. Begitu juga acara pesta muzik liar Future Music Festival Asia (FMFA) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Bagaimanapun bagi acara yang lebih kepada pembangunan insan dan selawat, jumlah itu luar biasa.

Ini secara tidak langsung menunjukkan khalayak yang dahagakan persembahan yang berada dalam lingkungan norma agama, sosial dan budaya. Mereka bukan menolak acara persembahan atau muzik. Tetapi mungkin menolak pendekatan acara yang membawa penonton keluar daripada lingkungan yang sepatutnya.

Malah acara selawat ini juga memperlihatkan kesatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik, budaya dan kaum apabila bersatu menghayati selawat yang boleh dikategorikan sebagai pengucapan berlagu yang memuji Allah dan Nabi Muhammad.

Disebabkan pendekatannya tidak membiarkan penonton berhibur di luar batas yang sewajarnya, kehadiran khalayak yang begitu besar tidak mendatangkan masalah seperti FMFA hingga mengakibatkan enam remaja mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam keadaan bumi basah selepas hujan di sebelah petang mencipta persekitaran cukup menyegarkan kepada pengunjung yang bersusah payah mengharungi kesesakan jalan raya untuk mencari keredaan Allah pada sebelah malamnya. Tambahan pada waktu itu negara sedang berdukacita kerana tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Justeru pada perhimpunan tersebut, hanya kalimah puji-pujian kedengaran apabila masing-masing menzahirkan ketakwaan selain mendoakan nasib penumpang pesawat dan kru penerbangan yang ditimpa malapetaka. Terasa begitu mengharukan apabila bergema selawat dan qasidah daripada Habib Syech Abdul Qadir Asseqah yang cukup menyentuh jiwa.

Ada juga pengunjung yang tidak dapat menahan perasaan mengalirkan air mata menghayati bait-bait selawat yang disampaikan. Tambahan pula selepas mendengar tausiyah mengenai perpaduan dan persaudaraan yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Pergaulan

Mungkin ada pihak yang menganggap persembahan berbentuk kerohanian sebegitu tidak hebat dan tidak mengikut gaya hiburan masa kini. Ini kerana acara itu mengehadkan pergaulan lelaki dan wanita, tidak seperti konsert percuma di Dataran Merdeka atau di pesta muzik liar di Stadium Bukit Jalil.

Bagaimanapun perhimpunan selawat ini membuktikan definisi persembahan oleh Barat yang menganjurkan pergaulan bebas, lagu-lagu yang menjurus kepada keruntuhan akhlak serta ditambah dengan pengambilan dadah dan arak bukan suatu yang ‘menghiburkan’ kepada Islam.

Perhimpunan selawat terbesar ini membuatkan mereka berfikir tentang kehebatan Allah dan Nabi Muhammad yang sewajarnya memberikan inspirasi untuk membina kehidupan. Pengucapan berlagu ini juga sangat unik dan tumbuh subur dalam tradisi masyarakat Islam sejak dulu lagi.

Ternyata acara hiburan yang tidak terkawal seperti FMFA hanya mendatangkan kerosakan kepada khalayak disebabkan penganjur sengaja memilih pendekatan yang sedemikian. Sebenarnya antara satu persembahan dengan persembahan yang lain hanya dibezakan oleh pendekatan dan tujuan acara itu diadakan.

Kalau pendekatan yang mendekatkan pengunjung dengan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma agama dan sosial sudah tentulah mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat.

Tetapi kalau diisi dengan pendekatan yang bertujuan membina dan menyedarkan khalayak, sudah pasti matlamat yang diharapkan dapat dicapai sekalipun kehadiran penonton beratus ribu orang. Ini membuktikan kelompok yang memilih pendekatan persembahan liar mempunyai kecenderungan untuk bertindak liar tetapi pendekatan persembahan yang terkawal membuatkan penonton berdisiplin.

Kerana itu acara persembahan yang terkawal perlu diperbanyakkan dan pihak berkuasa mesti memainkan tanggungjawab untuk membanteras persembahan yang boleh meruntuhkan akhlak masyarakat terutama remaja atas alasan apa sekali pun.

Perhimpunan selawat seumpama ini pernah telah diadakan di beberapa lokasi seperti di Stadium Badminton di Cheras, Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Pagoh, Johor dan Kedah serta mendapat sambutan yang sangat hebat.

Ini juga menandakan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada persembahan yang mementingkan nilai akhlak yang tinggi. [sumber] "

Anda dijemput hadir bersama-sama ke program ‪#‎DoaUntukMalaysia‬ ‪#‎PrayForMalaysia‬ bersempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-57 pada hari ini, Jumaat 15 Ogos 2014. Datang seawal jam 7 petang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.‪#‎Merdeka57‬

Wallahualam

Wednesday, August 13, 2014

Bongkar Hasil Buat Duit Dengan 8Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bongkar hasil buat duit dengan 8Share. Alhamdulillah rasa nak cash out dah akaun 8share ini. Nak merasa hasil duit dari 8share. Jika diikutkan nak simpan sampai beranak pinak. Tapi bila fikir balik rasa nak ambil dulu. Nanti dah terima insyallah lagi rasa semangat nak buat duit dengan 8share, sebab dah dapat hasil dari usaha yang dibuat. Ada yang dah ambil duit dari 8share ker dalam masa terdekat ini? Best tak?

Bongkar Hasil Buat Duit Dengan 8Share, 8Share,
Bongkar Hasil Buat Duit Dengan 8Share
Bagi yang belum tahu dan cuba 8share ini. Buat permulaannya jika anda nak merasa hasil buat duit dengan 8share ini. Anda kena daftar dengan 8share. Jangan risau ianya PERCUMA. Anda tak perlu bayar apa-apa bayaran. Jika berminat anda boleh daftar di sini--->> Daftar 8share  PERCUMA. (klik sini)

Apa yang bagusnya berdaftar dengan 8share ini. Selepas pendaftaran akaun anda, pihak 8share akan memasukkan terus wang saguhati di dalam akaun anda sebanyak RM1.00. Wang ini diberikan bagi pelanggan yang berdaftar dengan mereka lebih semangat untuk meneruskan usaha buat duit dengan mereka. Menarik bukan? Rasanya jarang kita dengar apa-apa program buat duit macam ini bagi terus wang saguhati kepada kita bila masuk program mereka, tetapi berbeza dengan 8share. Pihak mereka bagi terus RM1.00 kepada anda yang berdaftar dengan mereka.

Senang Ke Susah Buat Duit Dengan 8share?
Bagi soalan ini saya jawap dua-dua betul. SENANG bila anda buat dan rajin. SUSAH bila anda MALAS buat dan tak nak berusaha. Jadi semuanya bergantung kepada diri sendiri. Nak senang dapat kena rajin buat, jika nak susah dapat jangan buat. Jika tak buat anda akan bagi peluang untuk orang lain lebih maju dari anda. Bila orang lain dapat kita akan kata macam-macam pula. Macam ini pun ada dalam masyarakat kita hari ini. Tak boleh tengok orang lain maju. Mula nak jadi busuk hati. Sebenarnya rezeki masing-masing. Nak kena usaha. Bukan dengan memburuk-burukan orang lain. Jom berusaha, usaha itu tangga kejayaan bukan.

Panduan Nak Buat Duit Dengan 8Share
Saya nak kongsikan sedikit cara macam mana anda nak buat duit dengan 8Share ini. Anda tak perlu ada blog macam saya pun tak apa. Anda boleh letakkan iklan share yang anda buat dan letakkan perkongsian tersebut di dalam facebook, twitter, Google Plus, dan macam-macam saluran media sosial. Jika ada blog boleh masukkan link iklan 8Share tersebut di dalam blog anda juga.

Bagi satu uniq klik yang dibuat atas iklan yang anda kongsi. Anda akan diberikan RM0.20. Maksimum untuk satu-satu iklan adalah RM10. Jika anda iklankan 5 iklan dan ramai yang klik iklan tersebut. Insyallah dalam masa 1 hari anda akan dapat maksimum RM50. Banyakan, dalam masa satu hari dah boleh cash out 8share sebab dah cukup RM50.00.

Sedikit penerangan gambar yang saya masukkan di atas. +RM2.00 itu dalah hasil yang saya perolehi hasil perkongsian yang dibuat. Lebih kurang sejam dapat RM2.00 dan yang +RM0.40, +RM0.20, +RM0.80, itu adalah hasil yang saya dapat setelah perkongsian 8share saya dibaca. Daripada jumlah tersebut saya dapat +RM2.00 dalam masa 1 jam yang lalu. Boleh faham? harap-harap faham, jika tak faham kena buat-buat faham.hehe..

Jika jumlah dalam akaun dah mencapai RM50.00 ke atas anda dah boleh cash out dan dapatkan hasilnya. Saya masih berkira-kira lagi bila nak cash out. Nak bagi beranak lagi duit dalam 8share ini.

Jika anda berminat nak buat duit dengan 8share ini. Anda boleh daftar dan mula berkongsi iklan melalui blog, media sosial dan sebagainya. Dah cukup jumlahnya anda boleh cash out. Sambil-sambil berblog dan main facebook dapat juga pendapatan sampingan dengan 8share pun ada baiknya juga.

Berminat boleh daftar secara PERCUMA disini--->  Pandaftran 8share PERCUMA.(klik sini)
Selepas daftar RM1.00 akan dikreditkan terus kedalam akaun anda. Selamat berusaha kawan-kawan.
Buat duit dengan 8share memang best.

Tuesday, August 12, 2014

Komisen Pendapatan ke-11 dari Ashadee dan Panduanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Komisen Pendapatan ke-11 dari Ashadee dan Panduanya. Alhamdulillah komisen dari buat duit dengan Ashadee dapat lagi. Ini kali yang kesebelas nak cerita. Yang ke-10 ada cerita disini. Ada juga yang masuk sikit-sikit. Tak sempat nak cerita. Sibuk dengan urusan lain. Rasanya ini adalah rezeki pertama selepas raya dengan Ashadee  ini, boleh juga buat tambah-tambah perbelanjaan yang ada. Boleh buat bayar PTPTN pun jadilah.

Komisen Pendapatan ke-11 dari Ashadee dan Panduanya, Ashadee,
Komisen Pendapatan ke-11 dari Ashadee dan Panduanya
Seronok sebenarnya buat duit dengan Ashadee ini. Kita jual barangan mereka dan hasil dari jualan tersebut ada komisen yang mereka bagi kepada kita. Kira macam 'jurujual' jugalah. Belajar selok belok barangan tersebut dan cuba mana yang patut dan mula buat pasaran. Ada rezeki kita, barang yang dijual ada yang nak beli, orang tersebut beli dan kita akan dapat komisen dari jualan tersebut.

Komisen bergantung kepada mereka. Ada macam-macam. Ada 10%-50%. Jika nasib baik ada yang boleh dapat sehingga 80%. Lumayan juga sebenarnya. Katalah barang tersebut berharga RM10 jika dapat jual kita akan dapat RM8. Kalau barang tersebut berharga RM100 bukan dapat RM80. Kira mudah matematik.

Apa pun penting usaha dan dapat belajar dengan cara yang betul. Kata orang nak berjaya kita kena usaha. Usaha yang berterusan sehingga kita berjaya. Jika kita buat satu-satu perkara sekejap sahaja itu belum boleh kata kita berusaha. Tetapi jika kita buat sesuatu perkara dengan berterusan insyallah ini baru boleh kata kita bersusaha. Tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dah habis panas kita berhenti berusaha. Bila dah panas balik usaha balik. Jika kita buat macam tu lama-lama kita akan malas dan berhenti dipertengahan jalan sahaja.

Dengan usaha sahaja tidak cukup sebenarnya. Apa yang lagi penting adalah ilmu untuk mendapatkannya. Jika berusaha sahaja dan buat ikut suka hati kita sahaja pun tak boleh juga. Perlukan ilmu untuk buat dengan betul. Melalui program buat duit dengan Ashadee pun macam tu juga. Anda nak buat dan berusaha hendaklah denga cara yang betul. Dengan berpandukan cara dan ilmu yang betul. Tanpa panduan yang betul anda akan kecundang dan sukar nak dapat kejayaan yang diimpikan.

Alhamdulillah melalui Ashadee ini, pihak mereka ada menyediakan Kelas Online secara PERCUMA. Di dalam kelas online tersebut akan di ceritakan cara yang betul macam mana anda nak menjana pendapatan dan buat duit dgan cara yang betul. Kelas online Ashadee  adalah terhad untuk mereka yang berdaftar. Pandaftarannya adalah PERCUMA. Masukkan maklumat email, tarikh dan masa yang anda rasa sesuai untuk sertainya. Anda boleh pilih mengikut masa yang diberikan. Jika anda berminat nak buat duit dengan Ashadee ini. Anda boleh belajar secara PERCUMA dengan mendaftarkan diri disini--->> " Kelas Online PERCUMA Ashadee ".

Kelas Online PERCUMA Ashadee
Kelas Online PERCUMA Ashadee
Daftar dan tunggu email pengesahan daripada pihak Ashadee. Tulis dan buat catatan untuk kelas anda nanti. Jangan sampai terlepas pula. Selamat maju jaya dengan Ashadee.