Sunday, September 9, 2012

Bersugi gigi..

Assalamualaikum..

Salam Syawal..dah abis puasa 6 ker? kepada yang dah habis Alhamdulillah & tahniah, kepada yang belum habis lagi, puasa yea.. Hari ni saya nak berkongsi sedikit info tentang bersugi gigi..

Bersugi gigi adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Beruntung lah kepada yang orang yang dapat mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kerana di dalam Sunnah Nabi Muhammad S.A.W ada kejayaan.

Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, kayu araak(siwak), rotan manggar kelapa dan lain-lain.

Dari Aisyah r.a. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (HR Baihaqi)

Nabi bersabda, “Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Dua rakaat solat dengan bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.(HR Muslim)

Kedah pegang kayu sugi


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Wallah'hualam..


No comments:

Post a Comment