Monday, November 12, 2012

SMS Tipu: Shell Nak Bagi Duit Free

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya dapat sms pelik masa kerja. Terkejut juga Shell nak bagi duit free. Bila baca rasa nak tergelak juga. Yea la, tiba-tiba aje saya akan dapat duit free macam ini. Rupa-rupanya SMS Tipu Shell  nak bagi duit free.

" RM.0 Promotion's Tahniah sim kad Anda tlh meraih HADIAH PERCUMA "RM 19,000.00"dr SHELL HELIX No pin 552299 Sila Call di Talian SHELL SDN BHD 0128161645 TQ "

Ini no orang yang hantar sms (014-8747361). Saya tunjuk kat kawan dalam office. Kawan saya  cakap untung la sambil gelak-gelak. Rupanya tak cukup lagi geng-geng tipu orang dengan aktiviti penipuan macam ini. Jika nak diikutkan, cerita SMS tipu ini dah lama ada. Media massa pun ada cerita tentang sms tipu. Tapi masih geng-geng menipu meneruskan aktiviti mereka. Saya dah tahu sms tersebut tipu, cuma di sini nak berkongsi maklumat,takut kawan-kawan pun kena macam ini juga.

Jika ada pihak yang berwajib nak tangkap mamat/minah ini, dipersilakan telefon dua no di atas. Tangkap aje orang-orang macam ini. Hidup pun nak susahkan orang. Letak dalam penjara lagi baik daripada menipu orang ramai.
SMS Tipu,Shell,Nak Bagi Duit Free, Shell tipu,
SMS Tipu
Pernah beberapa tahun lepas, saya dapat SMS tipu macam ini juga.Tapi SMS tipu tersebut atas nama Astro konon-konon. Sama juga cara dia orang buat, hantar SMS tipu lepas tu suruh orang call. Masa yang Astro tu saya call mamat tu. Dia minta no akaun bank,lepas tu tanya,bank yang saya bagi no akaun tersebut ada kad atau tak ada kad untuk pengeluaran duit.Saya sebenarnya dah tahu,jadi saya cakap bank tak ada kad. Terus dia jawap maaf yea, kami (orang yang menipu tu) tak boleh bagi duit sebab saya tak ada kad bank.Lawak aje kan.

Jika difikirkan, tak kan  syarikat yang besar macam Astro tak boleh call terus pelanggan jika nak bagi hadiah ker apa-apa yang macam ini. Ini tidak,hantar sms aje.itu pun pakai no hp..hahaha.. lawak-lawak. Mereka ingat kita yang mereka nak tipu tak sekolah macam mereka juga. Masa saya call,mamat yang jawap call cakap ada lorat Indonesia. Bukan saya nak cakap mereka tak baik.Ramai orang-orang Indonesia yang baik-baik cuma yang ini seorang yang tak berapa baik. Moga-moga dia insaf dan diberikan hidayat AMIN.

Kadang-kadang terfikir juga,kenapa manusia sanggup buat macam-macam yea.Tak rasa kasihan kat orang ker? Tak takut kat Allah ker mereka ini? Berusaha la sedikit dengan tubuh badan dan nikmat yang Allah bagi. Allah lagi suka orang yang berdikari mencari rezeki daripada orang yang meminta-minta dengan manusia. Tapi kes ini lagi parah. Menipu orang untuk mendapatkan duit. Macam-macam dunia sekarang. Dunia dah nak akhir zaman.

Jika berlaku kes-kes seperti ini, di mana kita nak buat aduan yea? Sekurang-kurangnya no hp mereka dah tak boleh digunakan lagi jika no mereka disekat, atau pun pihak berwajib boleh cari mereka ini melalui no hp mereka. Kawan-kawan tahu tak?

Saturday, November 10, 2012

Hakikat Perkahwinan Sebenar


Ada banyak alasan manusia dalam melihat sudut perkahwinan , hakikat yang manakah paling membahagiakan?

Cuba kita lihat dan manakah pilihan kita???

1. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan kerap bertengkar jika layanan di bilik tidur tidak memuaskan.

2. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika bangkrap.

3. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gemuk.

Perkahwinan,Isteri,Suami,Keluarga, tips perkahwinan
Perkahwinan 
4. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

5. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6. Jika hakikat perkahwinan  adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7. Jika hakikat perkahwinan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.

Friday, November 9, 2012

Nuffnang Error

Assalamualaikum.

Malam ni saya buka Nuffnang saya, saja nak buka tengok takut-takut ada peningkatan dalam earnings saya. Bila buka page ni


Lepas tu masukkan email dan password.


Saya tak dapat masuk dalalm page biasa yang saya dan kita yang join Nuffnang ni. Balik-balik Nuffnang  keluar error. 
Nuffnang Error
Saya tak pasti saya seorang sahaja yang mengalami masalah ni, atau rakan-rakan Nuffnang pun mengalami masalah yang sama juga. Saya harapkan masalah ini dapat di atasi dengan sebaiknya. Nuffnang  hebat untuk selesaikan masalah sebegini. Masalah database error yang dihadapi ini mungkin disebabkan sedikit kesilapan teknikel. Semoga masalah ni dapat di selesaikan. Saya suka Nuffnang :-)
Kawan-kawan pun error macam saya juga atau tidak?




Thursday, November 8, 2012

Petua Lahir Anak Soleh

Assalamualaikum..
Selamat Hari Jumaat kawan-kawan. Hari ni saya nak berkongsi info Petua Lahir Anak Soleh, Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Anak Soleh,Anak Solehah, Baik, Sejuk hati ibu,
Anak soleh
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. Dapatkan Panduan untuk mendapatkan Anak Pintar dan Cerdas <<<--disini

WALLAHUALAM

Wednesday, November 7, 2012

Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Assalamualaikum..
Saya nak berkongsi sedikit kisah hari ni.. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita semua.

Ada ketikanya kita tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapakah diri ini sering ditimpa kesusahan dan sentiasa diuji..

Bergembiralah wahai teman, kerana Syurga itu memang tersedia untuk mereka yang susah dan berjaya melepasi setiap ujian yang diberi.



Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin.

Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka.

Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.


Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Syurga?

Para Sahabat menjawab: Ya!

Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.

Kemudian baginda bersabda lagi: Inginkah kamu aku beritahu tentang ahli Neraka?

Mereka menjawab: Ya!

Baginda bersabda: Mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.

WALLAHUALAM

Tuesday, November 6, 2012

Wordless Wednesday-Mana Yang Banyak?

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi gambar Wordless Wednesday dengan kawan-kawan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Nak tahu mana yang kita buka dan baca paling banyak dalam sehari-hari.



Rasa-rasanya yang mana yea kawan-kawan?

Monday, November 5, 2012

Pesanan Rasulullah S.A.W Kepada Wanita

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian hari ni untuk panduan kita semua, Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) solehah. (Riwayat Muslim)

2. Wanita yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Wanita di kahwini kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka carilah yang kuat beragama. Nescaya kamu beruntung.

Wanita

4. Apabila wanita sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah di mana mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suami dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat. Tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila seorang wanita lari dari rumah suaminya, tidak terima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat kepada suami, semua burung burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal R.A. bersabda Rasulullah SAW : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka di haramkan muka dan tangannnya dari bakaran api neraka.

9. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkanya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10. Ya Fatimah R.A, jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya. Memberi minum Allah  S.W.T akan dia sungai syurga, diiringi Allah  S.W.T baginya sakaratul maut dan akan di dapati kubur menjadi sebuah taman dari taman taman syurga serta mencatatkan Allah  S.W.T baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

WALLAHUALAM

Sunday, November 4, 2012

NIOSH minta AES ditangguh

Kuala Lumpur: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) mencadangkan penangguhan sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sehingga isu yang dibangkitkan pelbagai pihak ditangani dengan berkesan.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerajaan perlu meneliti AES secara menyeluruh sebelum sistem itu dilaksanakan, termasuk mendapatkan maklum balas masyarakat khususnya pengguna.
Tak perlu terburu-buru

Walaupun AES dianggap sistem yang baik untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya raya seperti di beberapa negara Eropah, beliau berkata ia tidak wajar dilaksanakan terburu-buru tanpa mendapat maklum balas dan kajian menyeluruh.

Katanya, pemasangan AES di sebanyak 14 lokasi mengundang rasa tidak puas hati pengguna kerana didakwa dipasang di lokasi tidak sesuai serta bukan lokasi berisiko.

google

Di samping itu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula had laju dengan mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk pengeluar kenderaan, pengguna, pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

“Saya kecewa kerana walaupun AES adalah sistem yang baik tetapi disebabkan banyak kontroversi, ia seolah-olah bertujuan menyusahkan dan bukan membantu orang ramai.
Perbetul persepsi

“Pihak berkuasa perlu memperbetulkan persepsi masyarakat terlebih dulu dengan memberikan pendidikan menerusi kempen kesedaran.

“Semua lapisan masyarakat perlu dibabitkan untuk memberi maklum balas, di samping kesedaran dan keyakinan bahawa AES boleh dilaksanakan dengan kerjasama orang ramai supaya kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

Lam Thye berkata, NIOSH menganggap kes kemalangan jalan raya di negara ini sebagai serius kerana saban tahun angka kematian membabitkan golongan pekerja meningkat.

Katanya, mengikut perangkaan, kemalangan membabitkan pekerja yang berulang alik ke tempat kerja meningkat daripada 17,170 pada 2001 kepada 24,809 kes pada 2011.

INFO

- Diperkenalkan pada 23 September lalu

- 14 lokasi maut di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur

- 63,558 pesalah trafik dikenal pasti memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah dalam fasa pertama.

- Akan diperluaskan di sebanyak 831 lokasi di seluruh negara

Kredit

Saturday, November 3, 2012

Antara Nasihat Empat Khalifah Islam

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Semoga hujung minggu kita ini terisi dengan aktivitti yang berfaedah kepada diri kita semua. Saya nak berkongsi Nasihat Empat Khalifah Islam. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.

Keempat-empat khalifah Islam yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Saidina Abu Bakar R.A. Berkata :

- Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak
berguna.

Saidina Umar Al Khattab R.A. berkata :

- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Nasihat
Saidina Othman Ibnu Affan R.A berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

- Hatinya selalu berniat suci
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
- Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali Karramallahu Wajhah R.A berkata :

- Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
- Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
- Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
- Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
- Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. "

WALLAHUALAM

Thursday, November 1, 2012

Surah Yasin-Hati AlQuran

Assalamualaikum..

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap aje satu minggu. Baru aje rasa Hari Jumaat Raya Haji. Hari ni dah masuk Jumaat balik. Dah akhir zaman. Seminggu rasa sekejap aje. Hari ni saya nak berkongsi tentang Al-Quran,Surah Yasin. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.



RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

WALLAHUALAM