Showing posts with label Hari Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Hari Jumaat. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Kisah Menarik Minggu ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Jumaat kawan-kawan..Sekejap sahaja masa berlalu. Diam tak diam dah masuk Hari Jumaat lagi. Diam tak diam bulan Januari dah masuk minggu ke-4, cepat betul masa berlalu. Macam mana dengan azam tahun baru dah mula mengorak langkah untuk dicapai atau masih di dalam perancangan. Ada beberapa perkara saya nak kongsi minggu ini.

manis bila bertudung,
Macam-macam cerita..

1) Iklan Petronas sempena CNY 2014 - Menarik bila tengok iklan ini, sejak-sejak harga minyak naik dan harga barang naik,PETRONAS pun buat Iklan macam ni. Penuh dengan pengajaran dan motif tersendiri. Terbaik Petronas.

2) Rumah di Bandar KL - Bila bercakap tentang rumah, ramai antara kita akan suka duduk di rumah sendiri. Bukan di rumah sewa. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang. Mampukah kita dengan mudah untuk tinggal di rumah sendiri dan bukannya menyewa. Sebenarnya ada caranya. Cuma kita kena belajar dan berusaha untuk mengetahui macam mana kita nak membeli dan memiliki rumah sendiri. Jika nak tahu saya kongsikannya di sini. -->> Rahsia Memiliki Rumah Sendiri

3) Dapat duit dengan Jobdirumah - Ada yang bertanya saya,macam mana nak buat duit dengan jobdirumah sedangkan kita masih sibuk dengan kerja utama kita. Bagi saya mudah sahaja, Pertama kita kena pilih kerja yang mampu kita buat, jangan minta kerja yang tak mampu kita buat. Kedua - buat kerja tersebut masa ada waktu lapang. Insyallah ada waktunya dalam 24jam tersebut kita luangkan untuk buat kerja yang kita terima. Jika tak ada, kena bagi masa. Insyallah kita akan dapat HASILNYA. Daftarlah sekarang jika belum berdaftar yea. Saya dah dapat komisen ke-3 beberapa hari lepas. Yang ini tak termasuk dengan kerja yang saya buat. Boleh daftar disini dan NIKMATI HASILNYA ->> Pendaftaran Jobdirumah.

4) Tahniah buat kawan baik saya - Insyallah sabtu ini beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati dan keluarga. Semoga rumah tangga yang bakal dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat. Malam nanti ada kenduri doa selamat di rumahnya. "Jumpa malam nanti bro".  Nanti jawap akad baik-baik yea, jangan gemuruh nanti. Banyakkan berselawat. Nak honeymoon di Brazil ker. Melancong sahaja di kampung saya. Nanti saya belanja.

Thursday, November 28, 2013

Jumaat, Cinta dan Duit Dari Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat kawan-kawan. Sekejap sahaja hari Jumaatkan? Rasa baru sahaja jumaat, hari ini jumpa lagi dengan Jumaat, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari ini kita digalakkan buat amal lebih daripada hari-hari biasa, dan hari ini juga terdapat satu masa yang khusus penerimaan doa daripada Allah S.W.T jika kita berdoa. Waktunya dirahsiakan Allah S.W.T. supaya hambanya berusaha mancarinya.

Ada ulamak yang kata akhir waktu malam(masa Tahjud - bukan masa bangun tengok bola yea) dan masa waktu petang sebelum terbenam matahari dan macam-macam pendapat ulama lagi. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor kerana dah jadikan Hari Jumaat mulai awal tahun 2014 sebagai hari cuti mereka. Macam negeri Kelantan,Terengganu,Kedah. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Rahmat yang besar untuk mereka.

anak bertudung comel
Comel tak saya?? Jom jaga aurat kita.
Cinta
Siapa bercinta kat sini? Tidak ada orang yang tidak ada perasaan tersebutkan? Walaupun budak kecil sekali pun. Inilah hebatnya perasaan cinta yang Allah S.W.T bagi kepada setiap kita. Walaupun orang tersebut jahat macam mana pun,dia mesti ada perasaan cinta. Cinta akan datang tanpa kita minta. Bagi pasangan yang sedang bercinta, jaga pasangan anda baik-baik. Jangan sampai melanggar batasan agama.

Jika kita dah sama-sama suka elok dipercepatkan sahaja perkahwinannya. Kerana  bercinta selepas kahwin lagi bermakna dan baik di sisi agama. Bila Allah S.W.T suka,insyallah cinta tersebut akan diberkati sehingga akhir hayat. Bercinta sekejap untuk kenal hati budi masing-masing lepas tu ikat dah berkahwin.Itu lagi TERBAIK. Hidup kita dan pasangan akan lebih diberkati kerana kita tidak lagi melanggar tata susila semasa ingin berjumpa dengan pasangan. Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Allah pasti akan jaga kita.

Selamat bercinta.. Selamat mendirikan rumah tangga kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Kepada yang belum usaha dan doa banyak-banyak, insyallah Allah S.W.T akan buka jalan.

Duit dari Blog
Hasil dengan berblog atau menjadi blogger amatlah beruntung, ada yang jadikan blog sebagai kerjaya tetap mereka. Cuma ramai juga yang jadikan blog sebagai aktiviti part time mereka. Bagi saya,kita berhak membuat pilihan bergantung kepada pendapatan yang kita perolehi.

Banyak peluang buat duit di internet dan kita boleh sertainya. Mengikut kemampuan dan masa yang kita ada. Mana-mana kerja formula utama kena rajin buat kerja, rezeki tidak datang dengan mudah. Kita perlu berusaha juga. Lepas berusaha baru bertawakal kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Rezeki. Macam mana dengan buat duit melalui surveys kawan-kawan. Dah dapat hasil ker? jika dah alhamdulillah, jika belum kena usaha yea, Pendaftaran PERCUMA sahaja buat duit melalui surveys.

 Insyallah masyuk juga dengan buat surveys. Jobdirumah hari minggu ini nak siapkan juga. Siapa berminat boleh sertai Jobdirumah  ini sebelum harganya dinaikkan menjadi RM100. Boleh tahan nak beli nanti jika harga macam tu, baik beli sebelum harganya dinaikkan bulan December ini. Boleh buat Pendaftar Jobdirumah disini. Lepas ini harap-harap tak naik lagi jobdirumah ini.


Thursday, May 16, 2013

Bayar Jadi Percuma

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Salam Jumaat juga saya ucapkan kepada kawan-kawan di alam maya. Malam tadi terbaca cerita anak dan ibu, bila baca kisah ni terharu rasanya bila mengenangkan banyak jasa ibu kepada kita. Tapi semuanya dah tak mampu nak balas kecuali mampu sedekahkan pahala dan doa sahaja buat ibu tercinta.
Saya masukkan di blog ini sebagai renungan kita bersama di hari Jumaat yang penuh berkat ini.


Si anak memberikan sehelai kertas kepada si ibu,

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
     Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Percuma, jasa ibu bapa, pengorbanan ibu bapa
Percuma

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA.

Si anak menitiskan air mata lantas memeluk ibunya

Apa pun yg kita buat tidak akan mampu membalas jasa ibu kita... The Great Women in our Life.

Wallahu a’lam


Thursday, May 9, 2013

Amalan Dan Doa Ketika Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung. Salam Jumaat saya ucapkan. Hari Jumaat yang berkat ini kita digalakkan berselawat sebanyak-banyaknya di samping mengenangkan jasa-jasa Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita dan semua umat ini. Kerana dengan pengorbanan dan susah payah Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat Nabi S.A.W.  kita mendapat hidayat dari Allah S.W.T.

Saya nak berkongsi amalan dan doa ketika mengandung kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Disamping menjaga pemakanan semasa mengandung, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa bagi mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Kerana di dalam Islam terdapat ribuan rahmat dan keberkatan di dalamnya jika kita mengamalkan agama Islam ini dengan sempurna.
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung, doa, amalan semasa hamil, kehamilan, Doa Ketika Mengandung
google : ibu mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berselawat di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Sebagai ibu bapa juga kita hendaklah mendidik anak-anak menadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmu dan cara didikan yang betul akan melahirkan anak-anak yang berguna untuk kita diri kita dan keluarga serta agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak yang lahir menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT. Dapatkan Panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<---disini. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada para ibubapa. Sayangi anak-anak. Didiklh mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Dapatkan panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<----disini.
Wallahualam.

Thursday, November 8, 2012

Petua Lahir Anak Soleh

Assalamualaikum..
Selamat Hari Jumaat kawan-kawan. Hari ni saya nak berkongsi info Petua Lahir Anak Soleh, Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Anak Soleh,Anak Solehah, Baik, Sejuk hati ibu,
Anak soleh
Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya. Dapatkan Panduan untuk mendapatkan Anak Pintar dan Cerdas <<<--disini

WALLAHUALAM

Thursday, October 18, 2012

Pemuda Dan Dua Ekor Babi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini hari Jumaat, saya nak berkongsi cerita tentang anak yang soleh. Semoga ianya menjadi ikhtibar untuk kita semua.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.


“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Dapatkan Panduan Didik Anak Soleh (klik sini) sebagai panduan kita semua di dalam mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.

Thursday, September 20, 2012

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sampai kita pula dengan Hari Jumaat, penghulu segala hari.. Hari yang mana di dalam nya ada satu waktu yang Allah makbulkan doa kita jika kita berdoa pada waktu tersebut.

Hari ni saya nak kongsi tentang memotong kuku cara Sunnah Nabi S.A.W. Potong kuku pun ada cara di dalam Islam. :-)


Lebih kurang maksud firman Nabi S.A.W barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

=> Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

=> Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

=> Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

=> Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

=> Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

=>Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

=>Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Aturan potong kuku:

potong kuku cara Sunnah

Wallahu a'lam
auto publish ni. ;-)



Thursday, July 5, 2012

Malam Jumaat

Assalamualaikum..
Alhamdulillah esok hari Jumaat. Masih dapat berjumpa lagi kita dengan hari Jumaat kan. Hari Jumaat ni Penghulu segala hari. Hari yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Banyak peristiwa besar terjadi pada hari jumaat. Antaranya hari jumaat ni Nabi Adam di ciptakan Allah. Hari jumaat juga akan terjadinya Kiamat pada dunia ni. Hari jumaat juga mempunyai satu masa yang mustajab untuk kita berdoa. Yang mana dalam waktu hari Jumaat 24 jam ni,ada satu masa jika kita berdoa pada masa tersebut. Doa kita akan di perkenankan Allah. Oleh sebab ianya istimewa. Maka Allah rahsiakan masa tersebut. Sebab tu pada hari Jumaat kita di galakan untuk memperbanyak kan berdoa.

Perkara sunat pula jika mampu kita amalkan yea. Seperti Mandi sunat hari Jumaat. Bagi yang bekerja dapat la sekiranya mandi pagi sebelum pergi kerja tu di buat terus mandi sunat Jumaat. Caranya mudah sahaja. Seakan mandi hadas cuma niat sahaja berbeza. Hari Jumaat juga di sunatkan memotong kuku,menipiskan misai,memotong bulu ari-ari. Semasa pergi solat Jumaat kita pergi la awal sebelum khatib memberi salam utk membaca khutbah. Memakai wangi-wangian semasa pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Hari Jumaat juga kita di galakan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Banyak lagi kelebihan hari Jumaat,semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghargai nikmat hari Jumaat. Semoga kaum lelaki di seluruh Malaysia&dunia dapat memunaikan solat Jumaat dengan sempurna.