Jumaat hari tu balik kerja hujan.. Alhamdulillah.. Dalam hati rasa tak best juga, sebab bila hujan nak sampai rumah jadi lambat, jalan jem walaupun saya hanya merempit dengan motosikal aje. Sebenarnya hujan ini Rahmat dari Allah dan ada ketikanya hujan ini adalah bala dari Allah S.W.T. Rupanya hujan terbahagi kepada 2 jenis juga yea. Yang pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula, hujan adalah satu bala atau peringatan yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini.
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)
Hujan Rahmat atau Peringatan |
Rasanya musim sekarang ni,hujan tak menentu. kadang hujan pagi. Nak pergi kerja waktu pagi jalan jadi sesak. Kadang hujan tengahari,waktu ini ok la kan sebab waktu ni ramai antara kita duduk di pejabat.Jika yang duduk di rumak pun dah balik dari pasar. Kadang-kadang hujan waktu petang. Waktu patang kadang-kadang kasihan tengok di kawasan bandar-bandar besar. Kebanyakkan kita yang balik kerja waktu petang dengan kereta terutamanya di Kuala lumpur ni terpaksa menempuh jem atau pun kesesakan jalan raya. Yang sedihnya ada yang balik lepas waktu kerja dan sampai di rumah bila waktu maghrib dah nak abis.
Jika mereka berhenti bersolat dahulu di pertengahan jalan kan bagus. Solat maghrib bukan lama pun. Tiga rakaat sahaja.Tapi tiga rakaat pun ramai yang tak nak tunaikan nya. Bila terfikir balik. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam. Solat perintah Allah yang julung-julung kalinya yang Allah S.W.T akan tanya di akhirat nanti kita abaikan. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita jika kita tak tunaikan perintah Allah yang besar seperti ni.Kadang-kadang sedih tengok keadaan umat hari ini. Umat hari ini nak Allah S.W.T bantu umat dalam setiap urusan. Tapi perintah Allah S.W.T kita abaikan, Sunnah Rasulullah S.A.W kita tinggalkan. Macam mana Allah S.W.T nak bantu kita orang Islam.
Sahabat-sahabat Nabi S.A.W dulu walaupun mereka biasa-biasa saja dari segi dunia tetapi perintah Allah S.W.T mereka buat, Sunnah Rasulullah S.A.W mereka amalkan sebab itu sahabat-sahabat Nabi S.A.W mereka dapat bantuan Allah bila meraka ada masalah. Tak ada orang yang berani nak lawan orang Islam pada masa tu. Kerana orang-orang kafir pada masa itu tahu, jika mereka ingin sakiti orang Islam, mereka terpaksa berdepan dengan Tuhan orang Islam, kerana itu Sahabat-sahabat Nabi S.A.W pada masa dahulu berjaya, kerana bersama sahabat ada bantuan dan Nusrah Allah. Umat hari ini jauh dari bantuan Allah.
Kadang-kadang bila hujan lebat di kawasan Kuala lumpur ni boleh jadi banjir kilat. Tiba-tiba air naik dengan mendadak didalam rumah. tak sempat nak alih-alih barang,air dah naik. banyak barang dan kenderaan rosak akibat banjir kilat tersebut. Bila berlaku banjir kilat ni biasanya kita kata sebab sistem perparitan yang tak sempurna seperti tersumbat dengan sampah sarap,longkak pecah,pokok-pokok di hutan terhakis dan lain-lain lagi. Sebenarnya banjir Allah S.W.T hantar kerana amalan manusia juga. Semoga Allah pelihara kita semua dengan menjadikan hujan sebagai Rahmat untuk kita dan tidak menjadikan hujan sebagai bala kepada kita. Dapatkan panduan dan tips macam mana nak mengetahui rahsia disebalik Rahmat Allah S.W.T disini.-->> Rahsia Disebalik Rahmat Allah S.W.T
Wallahulam.
No comments:
Post a Comment