Sunday, August 24, 2014

Advertorial.MY: Peluang Keemasan Buat Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Advertorial.MY: Peluang Keemasan Buat Blogger Malaysia. Berita baik yang harus dikongsi bersama. Sebenarnya ini adalah satu peluang baru buat para blogger di Malaysia. Bagi blogger yang suka menulis blog dan menjana duit dari blog pada saya masanya sudah tiba.

Advertorial.MY: Peluang keemasan Buat Blogger Malaysia, Advertorial.MY,
Kejar sampai dapat
Jika sebelum ini, kita ada dengar ada blogger yang dibayar dengan bayaran yang lumayan untuk satu-satu entri penulisan mereka di blog. Satu entri mereka mungkin mencacah ratusan ringgit dan tak mustahil jika saya katakan ada yang boleh mencecah ribuan ringgit. Mesti ada yang terfikir, kenapalah mereka menulis dan mempromosikan produk tersebut. Sedangkan produk atau perkhidmatantersebut bukan kepunyaan mereka. PELIK-PELIK.. inilah yang dikatakan pelik tetapi benar..hehe.

Sebenarnya mereka diberi bayaran untuk menulis entri tersebut di blog mereka. Setiap bayaran dan penulis tersebut telah dipersetujui sebelum mereka menulis. Pengiklan yang nak promosi barangan mereka melalui medium blog tersebut telah memberikan bayaran kepada blogger tersebut. Tugas blogger hanya menulis dan membuat penulisan review mengenai produk atau perkhidmatan tersebut.

Blogger menulis dan penulisan tersebut dibaca oleh pembaca blog, dan daripada situ akan membuka keinginan pengguna nak cuba dan beli produk tersebut. Pengiklan mendapat faedah dari situ kerana pengguna membeli barangan mereka. Pengiklan akan memberi upah kepada blogger atas entri yang ditulis di blog tersebut. Kira dua-dua dapat manfaat. Blogger dan pengiklan. WIN WIN Situation.

Advertorial.MY: Peluang keemasan Buat Blogger Malaysia,
Blogger dan pengiklan
Parkara ini telah lama wujud di luar negara. Namun di Malaysia ianya masih baru. Biasanya kita dapat lihat blog-blog berpengaruh dan lama sahaja dapat kerja macam ni. Bagi blogger baru peluang nak dapat kerja macam ini susah sedikit.

Apapun sebenarnya rezeki Allah SWT memang luas dan tidak bertepi. Rezeki kurniannya terbuka untuk setiap hambanya yang berusaha. Alhamdulillah sekarang peluang baru telah TERBUKA LUAS. Kini setiap blogger mampu untuk dapatkan kerja seperti blogger-blogger taiko tersebut. Macam mana tu?

Peluang Keemasan Buat duit Dengan Advertorial.MY
Seperti yang saya katakan di atas, peluang baru telah terbuka. Kini setiap blogger baru mahupun yang lama boleh merasa duit hasil penulisan review atau pun penulisan advertorial. Sebuah laman web yang dibangunkan oleh anak tempatan sendiri telah diwujudkan.

Konsepnya sama seperti yang saya ceritakan diatas cuma ianya lagi MEMUDAHKAN para blogger. Pihak Advertorial.MY akan mencari para pengiklan ( ADVERTISER ) yang berminat nak iklankan produk atau pun perkhidmtan mereka dengan para blogger. Tugas blogger hanya menulis entri yang berkaitan produk atau perkhidmatan tersebut. Advertorial.MY berfungsi sebagai orang tengah antara BLOGGER dan ADVERTISER.

Advertorial.MY: Peluang keemasan Buat Blogger Malaysia
Barayan hasil yang pihak ADVERTISER berikan tidak akan diambil sedikitpun oleh pihak Advertorial.MY. Semua hasil pendapatan tersebut milik blogger sepenuhnya. Advertorial.MY hanya menyediakan platform sebagai orang tengah untuk anda(blogger) dan ADVERTISER.

Bagi melayakkan anda(blogger) mendapat peluang tersebut. Anda kena daftarkan  blog anda dengan Advertorial.MY. Peluang ini hanya untuk mereka yang berdaftar dengan Advertorial.MY sahaja. Yang tak daftar tak boleh nak berharap dapat kerja review tersebut.

Berminat nak tulis review dan jana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh mendaftar di sini-->> Daftar Advertorial.MY

Saya pun dah join, masa mula-mula saya join hanya ada beberapa blog sahaja baru yang mendaftar. Rasanya belum sampai lagi seminggu laman wab ini dibuka untuk pendaftaran namun jumlah blogger yang telah berdaftar telah meningkat berkali ganda. Nampaknya mereka telah mula bertindak. Kita orang siapa cepat dia dapat. Nampaknya mereka tak mahu rugi melepaskan peluang tersebut begitu sahaja.

Jika anda juga ingin dan berminat nak menjana pendapatan macam mereka dan para otai blogger. Anda boleh daftar segera di sini sebelum terlambat--->>  Daftar Advertorial.MY

Selamat berusaha dan menjana pendapatan dengan Advertorial.MY kawan-kawan. Tugas mendapatkan Advertorial telah menjadi lebih mudah dengan Advertorial.MY. Jom sertainya.

No comments:

Post a Comment