Sunday, November 2, 2014

Dapat RM101 dengan 8Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dapat RM101 dengan 8Share. Alhamdulillah nampaknya sudah sampai target 8share saya. Dah lebih RM100. Dah boleh nak cash out 8share ni. Jika diikutkan dalam akaun bila dah ada RM50 boleh cash out. Tapi masa tu rasa tak nak lagi. Jadi saya simpan-simpan bagi beranak lagi akhirnya target nak dapat RM100 tercapai. Alhamdulillah.

Dapat RM101 dengan 8Share
Dapat RM101 dengan 8Share
Dalam masa terdekat ni rasanya nak cash outkan hasil buat duit dengan 8share ni. Nak kena kumpul balik bagi dapat macam ni kena buat macam sebelum-sebelum ni juga nampaknya. Kongsikan pada tempat yang sepatutnya. Seronok buat kerja dari rumah ni.

Sedikit Tips Nak Buat Duit Dengan 8Share.
Oleh kerana terget pun dah sampai. Saya nak kongsikan lagi beberapa tips dan panduan dengan anda cara-cara nak dapat hasil mudah dengan 8share ni. Jika sebelum ni pun saya dah kongsikan. Rasanya kali ni ada tambahan lagi.

1) Mula-mula bagi yang tak ada lagi akaun 8share ni. Anda kena daftar dulu. Pendaftarannya PERCUMA. Boleh daftar sini--> Daftar 8Share

2) Dah daftar kongsikan perkongsian iklan 8share tu dengan kawan-kawan ada. Kongsi dengan cara berhemah. Jangan paksa kawan-kawan klik pula. Nanti tak pasai-pasai akaun anda kena sekat. Bila jadi macam tu tak dapatlah hasilnya.

3) Kongsikan iklan 8share anda dalam wall facebookgoogle plus, twitter , blog dan macam-macam media sosial yang anda ada. Insyallah akan ada hasilnya.

4) Jika anda ada senarai email yang banyak. Anda boleh hantar email kepada kawan-kawan anda juga. Dalam email tersebut boleh ceritakan tentang apa yang anda nak kongsikan dengan kawan anda tersebut. Jika beliau klik dan baca iklan tersebut. Anda akan dapat hasilnya.

Rasanya dah banyak cara ni jika anda dapat praktikkan kesemua cara-cara di atas. Jika betul dengan caranya. Mungkin mudah aje anda nak cash out setiap bulan. RM50 cepat aje nak dapat jika anda buat sungguh-sungguh dan kena dengan caranya. Mudah aje jika nak maju dengan 8Share ni.

Baiklah. Bagi yang belum daftar dan rasa nak hasil macam saya dapat RM100 setiap bulan. Anda boleh daftar 8Share secara PERCUMA disini--> Daftar 8Share (klik sini)

Tak mudah nak dapat hasil yang lumayan dengan blog ni. Pokoknya kata orang bijak pandai. Kita kena rajin belajar dan rajin berusaha. Jika ada dua ni insyallah peluang anda untuk berjaya dalam dunia blog ni mudah. Insyallah dari blog dapat tambah pendapatan sampingan.

Saya masa baru-baru belajar buat blog pun tak pandai juga. Rajinkan diri beli ebook-ebook yang bagus insyallah akhirnya sikit-sikit datangkan hasil. Anda pun jika nak berjaya rajinkan diri belajar dari mereka yang pakar. Sebagai cadangan untuk berjaya dalam dunia blog ni. Saya sarankan anda menuntut ilmu daripada ebook panduan " Buat Duit Blog " insyallah dalam ni tuan punya ebook ajar satu-satu cara mudah nak berjaya untuk buat duit dengan blog.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk belajar buat duit dengan blog ni kawan-kawan. Dapatkan perkongsian ilmu yang berguna ni "  Buat Duit Blog " (klik sini)

Selamat berjaya!!

Saturday, November 1, 2014

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014, Pahang gah mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014
Perlawanan berlanjutan sehingga ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 tamat masa penuh permainan dan 30 minit masa tambahan turut gagal menghasilkan sebarang gol.

Hadir dengan semangat tinggi, Pahang begitu pun terpaksa bergelut apabila terpaksa beraksi 10 pemain ketika perlawanan masih berbaki 30 minit.

Begitupun, ia tidak melemahkan semangat pemain Pahang malah tidak menerapkan corak permainan bertahan sepenuhnya untuk meledak gol penyamaan.

Pada minit ke-68 perlawanan, Pahang jelas tertekan apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Saiful Nizam diarah keluar padang kerana mengasari Amri Yahyah.

Begitupun, kekurangan itu tidak melemahkan moral Pahang yang meledak gol penyamaan, dua minit selepas itu menerusi gol kedua Dickson Nwakamae.

Menerusi gerakan yang dibuat Mohd Hafiz Kamal, bola yang dihantar tepat ke kaki Damion Stewart pantas dihalakan kepada Nwakamae yang meledak gol penyamaan Pahang.

Kemenangan turut menyaksikan JDT gagal menamatkan badi ke atas Pahang selepas gagal mencatat kemenangan dalam dua pertembungan musim ini.

Memiliki pemain yang pernah beraksi di pentas final tahun lalu, Pahang kelihatan lebih tenang mengawal permainan dan berjaya melancarkan beberapa serangan ke gawang JDT namun gagal menerjah gol.

Namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum permainan dilihat agak merencatkan sedikit gerakan kedua-dua pasukan.

Pahang begitupun terlebih dulu di depan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang 'besi', Nwakaeme yang menyambut kemas sepakan percuma Azidan Sarudin.

Pahang memperoleh sepakan percuma itu selepas pemain sayap lincah, R Gopinathan dijatuhkan pertahanan JDT, Mahali Jasuli.

Seakan terdesak dengan jaringan Pahang, JDT pantas mengubah kepantasan permainan dan hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kapten, Safiq Rahim namun berjaya ditampan pertahanan Pahang.

Perlawanan kemudian bertambah panas yang menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa melayangkan kad kuning kepada Jasazrin Jamaluddin kerana mengasari Gopinathan.

Memasuki minit ke-31 permainan, JDT memperoleh jaringan penyamaan menerusi jaringan penyerang import, Jorge Diaz yang tidak mempersia-siakan kekalutan di depan gawang Pahang dengan meledak masuk gol menewaskan penjaga gol, Khairul Azhan.

Dan berselang empat minit, JDT dianugerahkan sepakan penalti selepas kapten Pahang, Razman Roslan memegang bola kawasan penalti.

Penalti disempurnakan seorang lagi pemain import JDT, Luciano Figueroa.

Permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling melakukan beberapa cubaan berbahaya namun gagal menambah jaringan.

Memasuki babak kedua, perlawanan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

JDT hampir menambah gol ketiga pada minit ke-52 namun cubaan Figueroa terkena tiang sekalipun penjaga gol Pahang, Khairul Azhan sudah pun tertewas.

Gerakan cantik itu yang bermula menerusi Diaz itu gagal disudahkan Figueroa sekalipun hanya berhadapan dengan Khairul Azhan.

Pada masa tambahan, Pahang jelas terpaksa lebih bertahan namun tetap berjaya mendapatkan beberapa peluang.

Kali terakhir peminat Johor menikmati nikmat menjulang Piala Malaysia ialah pada 1991 dan bagi Pahang, ia menjadi kejuaraan keempat.

Kali terakhir perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti ialah pada 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara dengan membenam Terengganu 5-3 selepas permainan terikat 1-1 tamat masa permainan.

Tahun lalu, Pahang muncul juara buat kali ketiga selepas menewaskan Kelantan 1-0

PM ucap Tahniah buat Pahang melalui twitter beliau

PM melalui twitternya NajibRazak menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukkan Pahang. 

"Ini adalah kejayaan buat kali kedua berturut-turut skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia. Memang hebat! Tahniah saya ucapkan."

Resepi Ayam Masak Black Pepper

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Resepi Ayam Masak Black Pepper. Macam sedap aje bunyinya kan. Bunyi sedap dan bila masak pun insyallah sedap. Hari minggu biasanya kalau tak kemana-mana saya akan masak. Tak pun tolong-tolong isteri masak. Kata orang jangan bebankan isteri sangat dengan kerja di rumah. Sebagai suami kita pun kena ringankan tangan untuk tolong isteri dirumah. Barulah kasih sayang bertambah erat. tak gitu...

Resepi Ayam Masak Black Pepper
Resepi Ayam Masak Black Pepper
Hari ni kami masak resepi ayam black pepper. Saya nak kongsi dengan anda bagi yang rasa nak cuba-cuba resepi ayam masak  black pepper ni. Sedap insyallah. Masa masak, masak dengan kasih sayang dan berzikir pada Allah SWT juga. Insyallah masakan yang dimasak akan sedap dan berkat. Daripada makanan yang dimakan tu akan membatu kita semua untuk buat amal ibadat termasuk solat dan amal-amal lain kepada Allah SWT.

Di bawah ni saya kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk masak resepi ayam black pepper ni.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Black Pepper
7 ketul ayam (ikut suka anda)
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan bagi perap ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara masak Resepi Ayam Masak Black Pepper
Perap ayam selama lebih kurang 20 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata.
Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.

Mudahkan? Saya suka masak yang mudah-mudah aje. Nak masak yang susah-susah biasanya saya minta dan bayar aje di kedai. Mereka lagi pakar masak. Tak apa kadang-kadang makan kat kedai. Boleh rehat-rehat dan rasa masakan kedai juga bersama keluarga.

Resepi Ayam Masak Black Pepper
Gambar saya pinjam dengan google. Tak sempat ambil gambar, dah abis makan tadi..hehe..

Selamat menjamu selera kawan-kawan dengan resepi ayam masak black pepper. Jika nak masak Kangkung Goreng Belacan pun boleh cuba ikut panduan ni yea. Jika anda nak belajar masak Kek Coklat yang sedap. Boleh lihat panduannya disini--> Masak Kek Coklat Sedap.(klik sini)

Sedap-sedap rugi tak cuba...Anak-anak mesti suka.