Showing posts with label Dekorasi Bajet Sempena Raya. Show all posts
Showing posts with label Dekorasi Bajet Sempena Raya. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru. Semalam Fahrin tanya saya. Macam mana dia nak hias rumah baru dia, katanya minggu depan dia akan dapat kunci. Dah lama juga sebelum ni dia dok cerita tantang rumah baru yang dibeli tu. Walaupun bukan banglo besar. Tapi berbaloilah awal-awal ni beli rumah. Lama-lama nanti harganya pun mahal.

Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru
Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru
Saya bukanya pakar hias rumah. Setakat susun-susun kemas rumah tu boleh lah. Nak hias rumah dengan cara bajet saya tak tahu sangat. Jadi oleh kerana kawan baik, saya tolong dia carikan info. Dia kata nak masuk rumah baru perlukan bajet yang besar. Nak bayar yang macam-macam lagi ni pun sakit juga. Kasihan Fahrin. Saya kata tak apa, saya boleh tolong. Caria nampak dia bila saya kata macam tu.

Memang nak masuk rumah baru nak kena keluar belanja yang banyak. Tapi jika tahu cara, insyallah bajet yang ada dapat diminimumkan. Boleh guna untuk kegunaan lain pula.

Berikut beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian bila nak buat dekorasi rumah baru.

1) Tetapkan bajet ikut kemampuan
Bagi saya perkara ini penting. Nak mengelakkan kita terlebih dari membeli barangan yang diluar dari bajet kita. Contohnya kita dah tetapkan bajet untuk ruang tamu maksimum RM4-RM5 ribu, bilik tidur RM2-RM3 ribu. Maka pilihlah barangan yang harganya dibawah harga yang kita tetapkan tersebut. Jika terlihat barangan yang harganya di atas dari bajet yang kita tetapkan terus tinggalkan barang tersebut dan cuba cari barang lain. Boleh jika anda rasa nak beli satu barang utama yang harganya agak mahal. Tetapi kena pandai seimbangkan dengan membeli barang-barang tambahan lain dengan harga yang murah atau anda cari di kedai-kedai "second hand". Banyak kedai-kedai macam ni sekarang. Ingat beli di bawah bajet yang ditetapkan. Cuba buat survey tersebih dihulu dibeberapa kedai yang berdekatan.

2)Pemilihan warna cat yang menarik
Pernah dengar ada yang kata, cat gelap akan menyebabkan ruang rumah nampak sempit dan panas. Manakala cat dengan warna cerah akan menyebabkan ruang tampak luas dan sejuk. Jadi pemilihan warna cat juga penting bagi mejadikan rumah kita nampak cantik dan selesa untuk di duduki.

3) "Kitar semula" perabot lama.
Oleh kerana anda sayang lagi dengan perabot lama, atau perabot tersebut masih lagi baik keadaannya. Anda boleh cat atau baiki perbot lama anda. Banyak kedai-kedai perabot yang boleh kita hantar perabot lama dan mereka bagi nafas baru untuk perabot tersebut. Cantohnya kerusi yang dah lembik sofanya. Kita tukar baru spannya dan catkan dengan warna baru. Rasanya kos untuk kita bagi "nafas baru" untuk perabot ni lagi murah daripada kita beli perabot baru yang belum tentu lagi kualitinya.

4) Pemilihan lampu dan hiasan
Ini juga penting. Jangan pilih lampu yang warnanya cantik  bak mahligai. Tetapi menyakitkan mata bila digunakan. Pilihlah lampu yang nampak ringkas dan cantik. Yang ini pun kena ambil kira juga. Jangan nanti bila datuk nenek kita masuk rumah. Diorang kata pening dengan lampu rumah kita. Dah macam disko..haha. Jadi pilih dan sesuaikan dengan citara rasa ahli rumah anda.

Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru
Pemilihan warna juga penting
Rasanya ini adalah sedikit sebanyak Rahsia Cara Bajet Hias Rumah Baru yang boleh saya kogsikan. Banyak lagi sebenarnya cara dan tips untuk mendapatkan dekosi yang menarik untuk rumah baru ini.

Jika anda nak tahu dengan lebih jelas lagi, Anda boleh dapatkan panduan yang di hasilkan oleh Hazlam atau dikenali sebagai Alam. Anda akan yakin dengan panduan serta pengalaman yang beliau utarakan dalam panduan Ebook Dekorasi Bajet (klik sini) ini. Yang mana di dalamnya terdapat 77 tips yang di kupas oleh beliau dan hasilnya mendapat testimoni yang positif dari pelanggan.

Antara testimoni pelanggan beliau ialah Puan Natrah:
Padat, Serta Penerangan Secara Mudah Beserta Visual
"E-book ini sangat padat dengan tips-tips dekorasi yang sangat sesuai diaplikasikan untuk kediaman baru mahupun lama.Susunan kandungan yang sistematik,langkah demi langkah,ruang demi ruang serta penerangan secara mudah beserta visual untuk setiap topik dapat membantu imaginasi pembaca.

Teknik 'mix-match', susun atur semula perabut/barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai dan lain-lain yang dicadangkan oleh penulis sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad. Bagi mereka yang lansung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, ebook ini juga ternyata dapat membantu anda bermula dari langkah pertama!"
(Puan Natrah)

Jika anda ingin mendapatkan ebook Panduan Dekorasi Bajet ini. Anda boleh dapatkannya disini--->> ebook Panduan Dekorasi Bajet. (klik sini)

Selamat menghias dan mencantikkan rumah anda!.
sumber gambar

Sunday, July 13, 2014

Dekorasi Bajet Sempena Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dekorasi Bajet Sempena Raya. Hari raya Aidilfitri semakin hampir. Pastinya ada diantara kita yang tengah berkira-kira tentang bajet untuk persiapan raya tahun ini. Jika boleh nak buat dekorasi bajet sempena raya sahajakan. Bila fikir tentang nak hias rumah, nak cat rumah, nak beli peralatan perabut, alat masakan, bekas kuih muih dan macam-macam lagi pastinya perbelanjaan tersebut akan jadi tinggi. Namun jika kena dengan caranya pastinya dekorasi bajet sempena raya dapat direalisasikan. Insyallah sebenarnya mudah jika anda tahu cara yang betul.

Jika anda mencari tips untuk menghias rumah dengan bajet yang rendah. Dapatkan panduan dan tips yang betul di dalam perkongsian dekorasi bajet disini --->> Dekorasi Bajet (klik sini)


Dekorasi Bajet Sempena Raya, Dekorasi Bajet
Dekorasi Bajet Sempena Raya Apartment
Bagi anda yang berkira-kira nak hias rumah dengan dekorasi bajet sempena raya yang murah saya ada sedikit perkongsian disini. Rasanya nak berbelanja besar tak mampu dan jika mampu pun adalah lebih sekiranya simpanan yang ada kita simpan untuk kegunaan pada waktu yang memerlukan.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh digunakan jika kita ingin berjimat cermat di dalam mambuat dekorasi bajet sempena raya. Pastinya dengan tips yang berguna tersebut dapat membantu anda di dalam merancang dan membeli barang-barang mengikut keperluan dan bukannya melalui keinginan hati yang memuncak. Jika betul caranya dengan kos yang sedikit sudah mampu untuk menghasilkan dekorasi bajet sempena raya yang mengkagumkan anda dan sesiapa sahaja. Bukan tak boleh nak beli barang-barang mahal. Tetapi adalah lebih baik dengan bajet yang rendah kita dapat hasilkan dekorasi kediaman hari raya  yang cantik bagi keselesaan diri dan keluarga tercinta. Tak adalah nanti berasa segan mahupun malu jika datang tetamu berkunjung ke rumah pada hari raya nanti.

Dekorasi Bajet Sempena Raya Saya.
Saya masih ingat lagi tahun pertama tinggal di rumah berasingan dengan isteri. Maklumlah bila tinggal di rumah sendiri pastinya semua barang-barang dalam rumah nak kena ada sendiri. Tak kan nak ambil semua perabut dan peralatan dari rumah ibu bapa kita untuk dibawa ke rumah kita. Itu perabut mereka dan kita yang bergelar "keluarga baru" ini kena dapatkan perabut sendiri untuk kegunaan isi rumah kita.

Bila masuk rumah baru pun dah hampir dengan bulan perayaan. Maka kenalah cari perabut dan kelengkapan rumah bagi persediaan hari raya juga. Memang mula-mula risau juga takut bajet tak cukup dan barang tak dapat nak beli kesemuanya. Alhamdulillah dengan kepandaian isteri tercinta menguruskan bajet membeli barang-barang untuk keperluan rumah baru dan keluarga baru hasilnya kami sekeluarga dapat duduk di rumah sendiri dengan dekorasi bajet yang sempurna bagi menyambut ketibaan hari raya juga. Alhamdulillah dekorasi bajet sempena raya saya berhasil.

Rancanglah Dekorasi Bajet Sempena Raya Anda.
Bila dilihat kembali, sebenarnya ramai antara kita yang gagal merancang perbelanjaan bagi tujuan dekorasi bajet sempena raya setiap tahun. Kadang-kadang dengan tawaran jualan hebat hari raya kita terpesona dan dengan mudah mendapatkan semua barangan untuk perabut dan peralatan bagi kediaman kita diluar kemampuan diri dan keluarga. Hasilnya kita dapat lihat ada antara kita yang terpaksa bergolak bergadai bagi tujuaan pembayaran balik hutang-hutang pembelian barangan tersebut. Cadangnya nak beli untuk kelengkapan hari raya tahun ini. Tetapi oleh kerana kita gagal merancang perbelanjaan untuk dekorasi bajet sempena raya, maka kita terpaksa menanggung hutang sehingga bertahun-tahun lamanya dengan kadar bunga yang tinggi.

Pada saya bukan tak boleh, cuma berpada-padalah kita dengan apa yang kita ada dan mampu untuk miliki. Jangan beli barang diluar kemampuan diri sendiri. Kelak nanti diri sendiri yang akan merana menanggung hutang. Kata orang lama-lama dan kumpulan XPDC "Ukurlah Baju Di Badan Sediri". Insyallah kita tak akan menyesal di kemudian hari.

Bagi anda yang merancang untuk membuat dekorasi bajet sempena raya yang akan tiba tidak lama lagi. Saya nasihatkan buatlah perancangan dengan betul dan teliti. Berbelanjalah mengikut kemampuan diri dan keluaraga anda. Insyallah pastinya hari raya pada tahun ini akan lebih bermakna. Dapatkan panduan dan tips nasihat yang berguna daripada saudara Alam Anuar pakar dekorasi dan juga designer yang akan membantu anda mendapatkan dekorasi bajet sempena raya nanti. Jika berminat ada boleh dapatkan panduan disini--->> Dekorasi Bajet (klik sini)