Showing posts with label Jadual Catuan Air Di Selangor. Show all posts
Showing posts with label Jadual Catuan Air Di Selangor. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Gambar Sekitar Catuan Air Di Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Jika diikutkan hari ini bermulanya proses catuaan air di beberapa tempat di Selangor. Jika kita tengok kepada jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPAN. Hari ini tarikh bermulanya proses catuan air tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar yang ingin dikongsi bersama sejak berlakunya proses catuan air ini. Semoga ianya boleh dijadiakn iktibar kepada kita semua. Betapa pentingnya air dalam kehidupan kita. Mana tak penting kan. 70% lebih air yang terdapat dalam badan kita. Di bumi ini juga terdapat lebih 70% kawasan yang diliputi air.

Orang ramai beratur nak ambil air
Orang ramai beratur nak ambil air

Anak-anak pun ambil air juga
Satu kawasan datang ambil air

Kawasan Empangan pun dah hampir kering
Boleh baca cerita dan gambar seterusnya tentang Sekitar Proses Catuan Air Di Selangor. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Tuesday, February 25, 2014

Catuan Air di 71 Kawasan Selangor bermula Khamis ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Catuan Air di Selangor
Catuan Air di Selangor
Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

Jadual Catuan Air di 71 kawasan Selangor

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1

  •     Taman Juara Jaya
  •     Taman Bukit Belimbing
  •     Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
  •     Taman Harmoni Indah
  •     Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
  •     Taman Putra Budiman
  •     Taman Balakong Jaya
  •     Taman Seri Timah
  •     Taman Tanming Jaya
  •     Kawasan perindustrian Balakong
  •     Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
  •     Taman Industri Balakong
  •     Taman Tanming Permai
  •     Taman Industri Lifong
  •     Taman Tanming Ria
  •     Taman Sungai Besi Indah Zon 1
  •     Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan
Zon 2
  •     Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
  •     Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
  •     Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
  •     Kampung Baru Balakong
  •     Taman Kasturi Cheras
  •     Taman Sri Indah Cheras
  •     Taman Bukit Emas
  •     Taman Cheras Jaya
  •     Taman Impian Indah
  •     Taman Taming Indah
  •     Taman Sejati
  •     Taman Seri Sungai Long
  •     Taman Bukit Sungai Long
  •     Rumah Kenangan Cheras
  •     Taman Dutamas
  •     Taman Setia Kasturi Cheras
  •     AEON Cheras Selatan
  •     Taman Industri Balakong Jaya
  •     Taman Setia Balakong
  •     Taman Sinaran
  •     Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
  •     Dataran C180 Balakong
WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1

  •     Kampung Olak Lempit
  •     Kampung Bukit Changgang
  •     Kampung Labohan Dagang
  •     Selangor Dredging
  •     Taman Changgang Jaya
  •     Kompleks Perabut Olak Lempit
  •     RTB Bukit Changgang
  •     Bandar Sri Ehsan
  •     Bandar Mahkota
  •     Bandar Sungai Emas
  •     Taman Arked
  •     Taman Ambar
  •     Taman Sri Dagang
  •     Taman Langat Murni
  •     Taman Langat Utama
  •     Taman Murnimas
  •     Taman Seri Telok Datok
  •     Taman Sri Cheding
  •     Sekolah Tamil Sungai Sedu
Zon 2

  •     Kota Warisan
  •     Warisan Bestari
  •     Taman Bunga Raya
  •     Taman KLIA Indah
  •     Tiara Heights
  •     Taman Ixora
  •     Taman Dahlia
  •     Taman Seroja
  •     Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
  •     Taman Kenanga
  •     Taman Desa Vista
  •     Taman Desa Bestari
  •     Salak Permai

Sumber: Syabas
Sumber: Harian Metro