Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014. Kurang dari seminggu lagi keputusan SPM 2013 akan diumumkan 20 Mac 2014 pada hari khamis. Kepada adik-adik yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2013 mesti dah tak sabar nak tunggu tarikh tersebut. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dah syabas kepada mereka yang berjaya. Bagi yang tak berjaya jangan terlampau sedih, boleh cuba lagi jika nak baiki keputusan peperiksaan anda. Kepada adik-adik mahupun pihak ibu bapa yang rasa risau tak tenteram nak tunggu masa tersebut. Boleh lagi buat solat sunat hajat memohon yang terbaik daripada Allah S.W.T.


Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2104
Keputusan SPM 2013 Diumum 20 Mac 2014
Pengumuman secara rasmi keputusan SPM 2013 akan dilakukan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya pada jam 9 pagi. Seramai 470,395 calon yang telah menduduki Peperiksaan SPM 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Keputusan SPM 2013 dan Cara Mendapatkannya
Calon-calon SPM 2013 boleh mula mendapatkan keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing pada hari tersebut. Bagi calon-calon persendirian akan dimaklumkan menerusi pos, atau boleh terus ke pejabat pendidikan tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon SPM 2013 juga boleh menyemak keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mySMS yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan menerusi SMS hanya boleh dilakukan selepas jam 10 pagi pada 20 Mac 2014 tersebut sehingga jam 11:59 malam pada 26 Mac 2014.

Bagi membuat semakan menerusi mySMS, sila taip SPM[Jarak][No Angka Giliran] dan hantar ke 15888.
Contohnya : SPM DK1234567    --->> Hantar ke 15888.

Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang adik-adik. Semakan untuk PLKN siri 2 telah bermula. Bagi membuat semakan boleh lihat disini.( Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 ) 

Sumber : Moe

Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014. Bagi mereka yang terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara kumpulan 2 siri 11/2014 semoga berjaya . Untuk pengetahuan anda, bermula bulan Mac ini, semakan untuk mengetahui lokasi atau penempatan pelatih PLKN kumpulan 2 siri 11/2014 boleh dibuat. Untuk membuat semakan penempatan, pelatih boleh menyemak dengan tiga kaedah iaitu secara online dengan melayari Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Melalui SMS dan hubungi terus Melalui Telefon.

Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014
SEMAKAN PENEMPATAN PELATIH - Kumpulan 2 PLKN siri 11/2014
Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 telah dibuka pada bulan Mac 2014 ini. Mereka yang terlibat adalah remaja yang dilahirkan pada 1996. Semakan boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu:

1) Melalui Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

Boleh lihat disini :-->> Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
                   
2) Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 Melalui SMS:

Taip: PLKN SEMAK <No KP anda> Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

3) Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 Melalui Telefon:
Hubungi JLKN :No. Tel. Call Centre 03-40274747
(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan PLKN dan Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014 anda boleh layari laman sesawang rasmi PLKN klik sini.-->> PLKN

Muat Turun Borang PLKN
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) juga menyediakan borang untuk tujuan rayuan atau penangguhan mahupun buku panduan dan lain-lain perkara berkaitan, sila lihat disini bagi mendapatkan Senarai Borang Berkaitan PLKN:-->> Senarai Borang Berkaitan PLKN

Bagi mendapatkan panduan mengisi Borang Notis Pemberitahuan Pelatih PLKN sila layari:
-->>  Panduan Mengisi Borang-Borang Dalam Notis Pemberitahuan Pelatih.

Antara kandungan borang tersebut adalah seperti dibawah:

Borang/Dokumen Berkaitan Notis Panggilan Pelatih (NPP)
1) Buku Panduan Pelatih PLKN <<--(klik sini)

2) Surat Latihan Pengendalian Senjata Colt M16 Pelatih PLKN <<--(klik sini)

3) Senarai Semak NPP & Spesifikasi Perkhidmatan Perlindungan Insurans Am dan Nyawa Berkelompok Untuk Pelatih PLKN <<--(klik sini)

4) Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga <<--(klik sini)

5) Borang Pendaftaran Pelatih <<--(klik sini)

6) Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN Oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan <<--(klik sini)

Borang Berkaitan Urusan Penangguhan
1) Borang Permohonan Bagi Pembaharuan Perakuan Penangguhan <<--(klik sini)

2) Borang Permohonan Bagi Perakuan Penangguhan <<--(klik sini)

Borang Berkaitan Urusan Pengecualian
1) Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN <<--(klik sini)

2)  Borang Permohonan Pengecualian Menjalani PLKN <<--(klik sini)

3) Borang Pemeriksaan Perubatan Calon PLKN <<--(klik sini)

Bagi mendapatkan borang-borang lain berkaitan PLKN. Anda boleh rujuk disini.
Tahniah dan syabas kepada mereka-mereka yang berjaya untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) pada kali ini. Belajarlah dengan baik dan jadilah insan yang berguna untuk diri anda, keluarga, negara dan agama.