Showing posts with label Menurunkan Berat Badan dengan Cara Mudah. Show all posts
Showing posts with label Menurunkan Berat Badan dengan Cara Mudah. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua orang inginkan berat badan yang idealkan. Kita akan jadi risau jika berat badan kita semakin hari semakin meningkat. Badan kita semakin membesar,seluar, kain baju kita makin hari makin tak berapa nak muat.Jika kita timbang,alat penimbang menunjukkan bacaan yang semakin bertambah. Mesti kita gelabahkan, risau,tiap-tiap hari kita akan fikir macam mana nak turunkan berat badan kita.

Betul tak??..Macam mana nak turunkan berat badan saya ni..

Saya akan kongsikan bagaimana cara untuk kita menurunkan berat badan dengan cara selamat dan berkesan. Semoga perkongsian sihat ini dapat membantu anda semua yang inginkan berat badan yang ideal dan cantik mengikut keinginan kita semua.

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat dan Berkesan
Macam mana nak turunkan berat badan saya ni...
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1)Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2)Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3)Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4)Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5)Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6)Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7)Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8)Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9)Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10)Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11)Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Bagi mendapatkan panduan berat badan yang ideal dan berkesan ini, anda boleh rujuk di laman web
-->> Teknik Bakar Lemak Pantas .
Di dalam teknik bakar lemak pantas ini, akan diterangkan cara yang lebih terperinci lagi bagaimana menurunkan berat badan dengan sihat dan berkesan.

Sekian,semoga kita semua sihat dan ceria sentiasa. Dapatkan panduan untuk menjimatkan elektrik di rumah anda.

Wednesday, September 4, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cara menurunkan berat badan. Saya tahu semua orang ingin menurunkan berat badan. Tapi ramai diantara kita tidak mengetahui cara yang sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Malah mudah tertipu dengan pelbagai produk menurunkan berat badan diluar sana.

turunkan berat badan
Anda mampu menurunkan berat badan.

Tahukah kita semua bahawa Saudara Hafiz Wasa telah mendedahkan teknik terbaik untuk menurunkan berat badan.Cara ini didapati amat berkesan bagi menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat badan ideal yang kita inginkan. Berpandukan cara menurunkan berat badan ini telah ramai yang berjaya menurunkan berat badan mereka.

Pastinya menarik bukan?

Ianya bukanlah rekaan semata-mata. Ia telah terbukti terhadap dirinya sendiri dan juga kepada beberapa orang rakannya.

Dan kini Saudara Hafiz Wasa telah dedahkan semua itu dalam Ebook terbaru beliau iaitu " Teknik Bakar Lemak Pantas "

Mungkin kita akan tertanya-tanya apakah isi kandungan ebook tersebut?

Ok, antara isi kandungan ebook berkenaan adalah :-

1) Cara mengira keperluan kalori individu
2) Bagaimana untuk merangka diet yang sesuai untuk diri sendiri.
3) Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan.
4) Bagaimanakah untuk meningkatkan metabolisma diri.
5) Bagaimana gabungan senaman kardio dan senaman bebanan dapat membakar lemak-lemak degil yang ada pada diri anda.
6) Dan banyak lagi....

turunkan berat badan
Turunkan Berat Badan kita....
Bagi mengetahui lebih banyak lagi mengenai teknik menurunkan berat badan ini saya menjemput anda ke laman web Menurunkan Berat Badan ini (Klik Sini) bagi mendapatkan nasihat daripada saudara Hafiz Wasa.

Akhir kata dari saya, ini merupakan satu revolusi dalam negara kita dimana proses menurunkan berat badan tidak lagi mustahil! Untuk mengetahui teknik ini dengan lebih selamat lagi anda boleh ke laman web Ebook Menurunkan Berat Badan (Sila Klik disini).

Semoga perkongsian teknik menurukan berat badan ini berguna untuk kita semua bagi mendapatkan berat badan ideal yang kita semua impikan :-)