Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Iklan Merdeka Petronas 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Iklan Merdeka Petronas 2014. Rasanya setiap kali tiba bulan kemerdekaan negara kita akan tertunggu-tunggu iklan-iklan kemerdekaan yang akan disiarkan di RTM mahupun TV3. Ini dulu, sekarang ini ada macam-macam stesen tv di negara kita. Ini semua adalah hasil kemajuan yang dicapai negara setelah merdeka.

Iklan Merdeka Petronas 2014
Pastinya antara iklan yang kita paling suka lihat apabila menjelangnya merdeka adalah iklan daripada syarikat Petronas Malaysia. Iklan yang sentiasa menyentuh hati setiap daripada kita untuk melihatnya. Sama seperti Iklan Hari Raya Petronas 2014 juga.

Pada tahun ini, Iklan Merdeka Petronas amat menarik juga, ianya bertajuk " A Walk Through Time " yang berdurasi 3:28 minit. Pada saya ini adalah iklan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ianya mengisahkan dua orang kanak-kanak lelaki yang merentasi masa dan peristiwa dalam tempoh 57 tahun negara selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Apa yang dapat diceritakan di sini, ianya mengimbau sejarah pencapaian negara dari Merdeka (1957), Piala Thomas(1992), Bas Mini KL (1975-1998) , Filem Do Re Me dan bermacam lagi.

Bila melihatnya pastinya akan membuatkan kita merasa bangga dan bertuah berada di bumi Malaysia sebagai rakyatnya dan menjadi pelengkap kepada Bangsa Malaysia. Tanpa pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ini pastinya kita tidak akan berada pada tahap sekarang.

Sebagai generasi baru pasca Merdeka, sepatutnya kita lebih menghargai nikmat kemerdekaan ini. Tunjukkan rasa hormat dan kasih sayang kita kepada negara dengan mengekalkan keharmonian yang ada. Jika kita tidak manjaga nikmat kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Takut nanti kita akan dijajah kembali, Walaupun bukan dengan cara terang-terangan. Takut juga kita terjajah dengan cara yang halus.

Rasanya dalam TV iklannya tak sampai 3:28 minit. Jika anda nak tengok iklan penuh tersebut. Anda boleh lihat iklan penuh yang terdapat dalam website PETRONAS ini.. Saksikan Iklan Merdeka Petronas 2014 (di sini)

PETRONAS berharap dengan video ini dapat mencetuskan perasaan bangga dan semangat patriotisme dalam hati rakyat Malaysia. Dengan mengingati masa lalu dalam berusaha untuk hari esok yang lebih besar, video ini menjemput kita untuk melihat kembali apa yang telah dicapai oleh kita semua sebagai sebuah negara yang merdeka dan bersatu.

Salam merdeka buat semua. " Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta "

Tuesday, August 20, 2013

My Dream Getaway Contest Anjuran PETRONAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Syawal saya ucapkan kepada semua rakan-rakan Muslim. Semoga Ramadhan yang berlalu memberi Rahmat kepada kita semua.

Hari ini saya nak berkongsi peluang mendapat Duit Raya atau pun Duit Merdeka yang di anjurkan oleh syarikat PETRONAS negara kita. Nama peraduan ini My Dream Getaway Contes anjuran PETRONAS lebih daripada 1,000 hadiah besar-besar yang berjumlah RM1,500,000 untuk dimenangi. Peraduan ini bermul dari 8 June sehingga 31 August 2013.Hadiahnya agak lumayan untuk dimenangi. Berikut adalah antara hadiah yang akan diberi kepada pemenang yang bertuah:-

My Dream Getaway Contest PETRONAS
My Dream Getaway Contest PETRONAS


1) Grand Prize x 5
Holiday Voucher worth RM35,000 + RM20,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM15,000

2) Second Prize x 5
Holiday Voucher worth RM30,000 + RM15,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM10,000

3) Third Prize x 5
Holiday Voucher worth RM25,000 + RM10,000 cash + Nikon DSLR camera worth RM5,000 + Gift Card worth RM3,000 + Mesra reward points worth RM8,000

4) Consolation Prizes x 700
Air Asia Voucher worth RM1,000 x 100 / Samsung camera worth RM1,000 x 100 / Gift Card worth RM500 x 200 / Mesra reward points worth RM200 x 300

5)Monthly Prizes x 300
(only for Mesra Card Members)
Air Asia Voucher worth RM500 x 100
*100 prizes up for grabs each month during contest period

LUMAYAN HADIAH-HADIAH tersebutkan.

Bagi saya kita kena sertai My Dream Getaway Contest yang di anjurkan PETRONAS ini. Ini adalah antara tanda TERIMA KASIH DARI PETRONAS kepada semua rakyat Malaysia yang dah banyak menolong mereka dan negara.

Untuk mengetahui macam mana nak menyertai dan  syarat-syarat peraduan ini,saya sertakan link yang kawan-kawan boleh lawati.

1) www.mymesra.com.my

2) FB PETRONAS BRANDS

Nak tahu lebih terperinci tentang peraduan ini,kawan-kawan boleh cari kat link di atas ini atau boleh guna khidmat en.google kita. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan blogger. Perkongsian mendapat duit raya ini saya kongsikan kepada kawan-kawan yang tak sempat dapat duit raya dari saya pada tahun ini. Yang dah dapat pun masih boleh sertai juga. Ada yang dapat duit Raya dari saya ker?