Showing posts with label SEO. Show all posts
Showing posts with label SEO. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Kenapa SEO Penting Dalam Blog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kenapa SEO Penting Dalam Blog? Beberapa hari sebelum ini. Ada yang bertanya saya. Kenapa SEO penting dalam blog. SEO dalam blog ini pada saya macam "punca jalan pelawat" kepada blog. Jika SEO baik, maka ramai yang akan datang ke blog kita. Namun jika SEO tak baik. Pengunjung yang datang ke blog kita juga berkurangan.

SEO Naikkan Trafik Blog, SEO,
SEO Naikkan Trafik Blog?

Kenapa SEO Penting Dalam Blog?
Satu contoh saya nak bagi disini. Katalah kita jual barang contohnya kain tudung, kerepek, buat iklan nuffnang dan lain-lain lagi dalam blog kita. Jadi kita pun mulalah buat blog atau website yang namanya berkaitan dengan barangan tersebut. Saya ambil contoh jual kain tudung. Bila dah buat kita masukkan cerita dan maklumat tentang harga, warna dan jenis-jenis kain tudung yang kita jual. Dah siap semua kita mula tunggu hasil jualan. Nak tunggu ada ker orang yang datang buat tempahan kain tudung yang kita jual dalam laman web tersebut. Tunggu punya tunggu tak ada juga yang datang tempah. Kita pun putus asa dan berhenti. Adakah perniagaan tersebut berjaya? anda boleh jawap sendiri.

Kenapa jadi macam ni?
Mudah jawap kita tak buat PROMOSI. Sebenarnya promosi pun ada banyak cara juga. Ada yang buat promosi secara berbayar dan ada yang buat dengan PERCUMA. Jika kita buat dengan cara berbayar. Mungkin kita akan dapati masa kita bayar untuk promosi tersebut kita akan dapat banyak jualan. Kerana ramai yang datang ke laman web kita. Tetapi selepas sahaja tamat tempoh promosi tersebut, orang yang buat promosi berbayar tadi dah berhenti dari promosi laman web kita. Jualan kita pun tamat juga. Jadi nak dapat lagi kena bayar lagi. Akhirnya kita tak ke mana. Tak ada untung dalam perniagaan barang kita jual tadi. Untung kita dah dapat kepada agen promosi kita tadi. Kita dapat PENAT sahaja.

Mana mana nak dapat pelawat yang berterusan?
Bagus persoalan ini. Pada saya jawapan paling mudah kita kena mahir dalam teknik SEO blog. SEO adalah Search Engine Optimization.  Dengan kita mahir tentang ilmu SEO ini maka mudah kita nak dapat bilangan pelawat yang berterusan. Bila ramai pelawat yang datang kita blog jualan kita. Maka insyallah akan lebih banyak jualan yang dapat kita hasilkan apabila trafik blog kita bertambah baik.

Bayangkan kita jual barang dan buat promosi sikit sahaja tetapi banyak dapat jualan. Tak mustahil semua boleh berlaku bila ramai yag datang berkunjung ke laman web jualan kita. Tak perlu lagi nak guna khidmat promosi berbayar dan sebagainya. Jualan baik sahaja setiap bulan. Masuk tahun baru kita boleh kembangkan lagi perniagaan tersebut dengan lebih bersistemetik lagi. Tak pun boleh buat bisnes lain pula dengan menggunakan cara yang sama. Semua itu kita akan dapat jika kita pandai dengan teknik SEO.

Adakah nak tahu SEO kita kena berguru?
Saya rasa tak perlu jika kita dah tahu SEO dan berjaya kita buat. Tetapi jika kita tak tahu dan hanya cuba-cuba, nasihat saya kena berguru. Dengan kita berguru ilmu yang kita perolehi akan berguna sepanjang hayat kita jika kita nak maju didalam dunia perniagaan online. Jika tidak kita akan "syok sendiri". Kita rasa betul tetapi sebenarnya tak betul apa yang kita buat. Saya nak berkongsi dengan anda semua. Tentang sebuah buku SEO. Iaitu ebook Panduan Asas SEO. Buku ini banyak membantu jika kita nak belajar tentang SEO.

Nasihat saya belajarlah ilmu SEO untuk pulangan yang lumayan didalam dunia perniagaan online. Jangan hanya marah dan kata orang salah sahaja. Kita sendiri kena berubah untuk KEMAJUAN diri sendiri. Jika kita ditakuk yang lama. Kita sendiri akan rugi dengan banyak masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan. Belajarlah teknik SEO jika kita nak pergi jauh dalam perniagaan online.

Jika anda berminat untuk majukan diri dalam dunia SEO. Saya sarankan anda dapatkan ebook Panduan Asas SEO di sini. Tak salah laburkan sedikit duit kalau nak berjaya. Betul tak?

Anda boleh lihat di sini-->>  Panduan Asas SEO

Semoga perkongsian ini membuka langkah pertama kita untuk terus maju di dalam perniagaan internet mungkin sehebat Saudara Irfan Khairi. Jadi sekarang kita boleh tahu kenapa SEO penting dalam sesebuah blog.

Sunday, December 8, 2013

Contest SEO Eridy Yang Menarik Juara.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Contest SEO Eridy yang menarik juara.Sudah beberapa hari saya sertai Contest SEO Eridy  yang dianjurkan oleh blog eridy.com ini. Menarik contest ini. Ramai dah blogger-blogger di tanah air kita menyertainya. Bukan apa, sebenarnya Contest SEO Eridy ini boleh menguji tahap kemajuan SEO yang ada di blog sesorang. Ramai blogger-blogger yang lama atau pun yang baru menyertai contest ini. Saya mencuba nasib sambil nak belajar dari mereka-mereka yang hebat tentang ilmu SEO ini. Saya pun join juga. Contest SEO Eridy memang menarik juara SEO yang hebat-hebat.

Contest SEO Eridy - Dua lebih baik daripada satu
Contest SEO Eridy - Dua lebih baik daripada satu

Hadiah yang sediakan juga lumayan.RM500 ringgit kesemuanya. Tak rugi jika kita nak sertainya. Caranya mudah sahaja. Tulis entry berkaitan "Contest SEO Eridy"  dan hantar url penyertaan anda ke laman pendaftaran Contest SEO Eridy ini. Pendaftaran akan ditutup pada 12 December 2013 ini.  Mudah bukan. Pengadilan pemenang contest ini akan dibuat selepas 30 December 2013. Siapa yang berada pada kedudukan pertama dalam google.com akan dikira sebagai pemenang. Insyallah masanya belum tiba lagi, bagi yang belum saya galakan menyertainya. Mana tahu ada rezeki kita. Bagi nak tahu keputusan sekarang boleh lihat kat sini. Contest Seo Eridy.

Berbalik kepada kemenangan Rancangan Liga Lawak Superstar di TV3 malam tadi. Tahniah kepada pasukan yang menang dan menggedol anugerah juara. Dapat RM250 000 tu. Banyak dapat duit pasukan tersebut malam tadi. Mesti pasukan itu akan senyum sampai berminggu-minggu. Bukan senang nak dapat duit sebanyak itukan. Tapi ada juga yang nak bagi duit RM5,000 sehari  dengan menjawap soalan teka teki sahaja. Siapa pandai dalam dunia teka teki boleh cuba jawap soalan teka teki dan dapat RM5000 dalam masa satu hari sahaja.Menarik juga jika nak sertai taka teki macam ini.

Bagi yang dah sertai Contest SEO Eridy ini. Saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga kita semua berjaya menimba sebanyak mugkin ilmu yang terdapat semasa berlangsungnya Contest SEO Eridy ini. Jika tak berjaya pun tak apa. Yang penting kita boleh berjaya belajar tentang ilmu SEO dengan baik tanpa ada berburuk sangka sesama blogger. Ilmu yang ditimba semasa Contest SEO Eridy ini boleh digunakan lagi untuk menaikan kedudukan blog kita. Jika dah buat entry Contest SEO Eridy ini. boleh tambah entry kedua. Kerana mana tahu ada rezeki untuk entry kedua kita. Ini kerana bagi saya, dua lebih baik daripada satu . Nak tahu kena buat dua dan kita akan tahu kenapa dua lebih baik daripada satu . Semoga berjaya kawan-kawan.

Wednesday, December 4, 2013

Contest SEO Eridy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
CONTEST SEO ERIDY. Hari ini saya nak menyertai Contest SEO Eridy yang dianjurkan oleh blog Eridy.com. Pertama kali join Contest SEO  macam ini, nak cuba teknik dan tips-tips SEO yang ada. Mana tahu boleh menang contest seo kali ini. Menarik contest seo eridy, masa inilah nak cuba tahap kemampuan SEO yang ada diblog kita, saya pun baru dengan SEO ini. Nak belajar dari mereka-mereka yang pakar tentang SEO ini. Jom sama-sama kita memeriahkan contest seo eridy kawan-kawan.

Contest SEO Eridy, Duit Contest SEO Eridy, duit seo, seo contest,
Siapa nak duit Contest SEO Eridy..
Contest seo eridy menawarkan hadiah yang cukup lumayan juga. RM 500 disediakan kepada pemenang-pemenang yang berjaya di dalam contest seo eridy. Berikut adalah senarai hadiah yang akan diberikan kepada pemenang:

Tempat pertama : RM200 untuk seorang
Tempat kedua : RM 100 untuk seorang
Tempat ketiga : RM 80 untuk seorang
Saguhati : RM 20 untuk enam orang.

Menarik bukan contest seo eridy ini. Jika dapat tempat pertama contest seo ini dapat RM200. Boleh buat bekal dengan duit sebanyak tu. Terima kasih diucapkan kepada penganjur contest seo eridy yang berasal dari Negeri Sabah.

Bagi contest seo ini akan diadili dengan keyword "Contest SEO Eridy" yang berada pada kedudukan pertama dalam laman web Google.com menggunakan private browsing. Entri boleh ditulis mengikut kreativiti penulis blog sendiri. Mudah bukan nak join. Mari kita join ramai-ramai contest seo eridy.

Tarikh pendaftaran contest seo eridy bermula pada hari ini sehingga 11 December 2013. Selepas tarikh tersebut pendaftaran contest seo ini akan ditutup dan bermulanya contest  pada 12 December 2013 sehingga 30 December 2103. Semasa tarikh tersebut bolehlah digunakan untuk menaikan keyword "Contest SEO Eridy" diblog masing-masing. Keputusan pemenang selepas tarikh tersebut akan diberitahu oleh penganjur. Masa tarikh tersebut mesti ramai yang tunggu keputusannya. Kita akan tengok siapa yang berjaya nanti berada pada kedudukan pertama google.com dengan keyword contest seo eridy.

Contest SEO Eridy ini sesuai untuk mengasah bakat blogger dalam dunia SEO blog. Ia juga sesuai untuk mereka-mereka yang nak belajar teknik dan tips-tips dalam SEO blog. Ini kerana jika teknik SEO sesebuah blog itu mantap dan baik. Maka mudah blog tersebut akan berada pada kedudukan pertama dalam enjin carian Google, Yahoo, Bing, MSN dan sebagainya. Jika teknik SEO ini bagus,semestinya trafik yang akan diperolehi oleh blog tersebut juga akan sentiasa meningkat dan konsisten.

Bagi mereka-mereka yang dah lama dengan SEO, inilah masanya nak mencuba dan mempraktikkan teknik SEO mereka. Bagi yang dah beli buku dan yang dah menyertai kursus seo dan blog. Inilah masanya untuk membuka balik buku-buku dan ilmu yang ada didada bagi memenangi contest seo eridy ini. Pastinya juga ramai yang dah menyertai seminar,bengkel mahupun kelas-kelas yang dianjurkan oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang SEO di Malaysia. Serlahkan bakat anda didalam contest seo eridy ini.

Ramai dah yang join contest seo eridy ini. Semuanya hebat-hebat, antara mereka ialah umikasum, hanifidrus, titan, hasrulhassan, sufferedge, saimi dan ramai lagi. Jika nak tengok boleh ke blog Eridy.com. Sama-sama kita join dan memeriahkan contest seo ini sambil membantu menaikan nama blog kita dan blog eridy.com juga. Mana tahu boleh jadi pemenang pertama dan dapat RM200 tersebut. Selamat maju jaya kepada semua peserta contest seo eridy.