Saya nak kongsi satu cerita yang menarik bagi saya. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.. Gambar ni saya ambik dari Google.. Macam bintang2 pula supermarket ni, banyak sangat..
Anda pernah tertipu di supermarket?… Gores dan menang? Hehehe…. itu sendiri cari pasal. Hari ini mari kita bercerita tentang penipuan di supermarket. Tapi bukan penipuan yang haram, ini halal punya. Siapa yang untung…mereka (tokei kedai ler), siapa yang rugi…kita ler.
Tahukah anda (baca ala-ala Ripley’s Believe It or Not), sebenarnya design layout di Supermarket bukan dibuat suka-suka hati je. Ianya dibuat dengan tujuan tertentu, kalau tidak takkanlah ada orang yang buat research tentang ni (cuba cari Supermarket Psychology, The Science of Shopping, dll). Jadi adakah ianya “Penipuan di Supermarket!!!”, seperti tajuk tu…tentulah tidak, ianya lebih kepada trick dan teknik untuk mempengaruhi pembeli
seperti kami
untuk berbelanja lebih…
seperti kami
untuk berbelanja lebih…
Inilah yang akan mereka lakukan:
- Sayur-sayuran diletak di pintu masuk (rasanya tidak berlaku di Malaysia, tapi di barat, itulah kebiasannya). Tujuannya – bila kita nampak sayur automatik kita fikir baik untuk kesihatan dan kita perlu beli (walaupun sayur kat peti ais banyak lagi..hehehe).
- Barang-barang penting dan hampir wajib seperti susu segar, diletak di tempat paling hujung (mat salleh kan minum susu segar). Tujuan – benda wajib, mestilah kita cari juga, nak beli susu jer, tapi akhirnya penuh troli kita. Kami fikir, ianya ada kaitan dengan point pertama, kita di Malaysia kurang minum susu segar, jadi sayur dan lauk pauk diletak di hujung, impaknya tetap sama dengan susu segar ni.
- Barang yang murah diletak ditempat yang tinggi dan rendah, yang mahal ditengah-tengah (aras mata). Tujuan – kalau yang mahal susah nak diambil, siapa yang nak beli. Barang yang mahal nilah bagi keuntungan lebih.
- Kat kaunter bayaran diletak juga barang-barang. Tetapi kebanyakan yang diletak adalah untuk menarik minat anak-anak dan diletak sama paras dengan mata mereka. Tujuan – kalau anak-anak merengek nak gula-gula kat kaunter dan ramai orang, susah juga mak bapak nak menolak…terbang lagi duit aku…hehehe.
- Akhir sekali… barang-barang bersifat mentah @ belum diproses diletak dikeliling (dinding-dinding). Barang-barang bersifat diproses diletak di kawasan tengah (makanan ringan, dll). Jadi nak berjimat, dicadangkan kita bershopping dengan mengelakkan lalu ditengah (melainkan kita perlu beli barang tersebut).
Sekian…perkongsian sempena hujung minggu untuk semua…termasuklah untuk diri sendiri yang selalu berbelanja benda tidak perlu.
Buat peniaga di luar sana, kalau anda tidak mengikut (walaupun bukan 100%), langkah-langkah mengaburi pembeli seperti di atas… anda berkemungkinan mengalami kerugian…hehehe. Akhir kata, jom layan video ni, Supermarket Psychology:Supermarket Layout….
No comments:
Post a Comment