Showing posts with label Tips Berbelanja. Show all posts
Showing posts with label Tips Berbelanja. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Berkebun Di Bandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang berkebun di bandar, ada siapa-siapa yang  buat kebun di bandar??. Jika tak ada pun berkebun di bandar.ada tak??? Bila cerita tentang berkebun teringat zaman kanak-kanak  dahulu. Tinggal di kampung keliling rumah tanah aje, depan rumah tanah,tepi rumah tanah,kanan kiri semua ada tanah. Bila ada tanah pasti ada pokok, tak pun paling kurang ada rumputkan. Itu la suasana kampung yang saya hari ini dah sikit-sikit tak dapat rasa. Sebab sekarang dah tak duduk di kampung.Nak berkebun macam dulu lagi-lagi tak dapat. Terpaksa cari jalan berkebun di bandar.

Bagi yang tinggal di kampung nak makan sayur yang ditanam sendiri tak ada masalah. Bersihkan sedikit tanah tepi rumah,buat batas ,semai benih sayur lepas tu jangan bagi ayam atau itik kacau insyAllah ada rezeki boleh makan sayur tersebut. Perkara ini susah sikit bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.Nak nampak tanah pun susah kan depan rumah. Bagi yang tinggal di rumah teres insyallah ada sedikit ruangan tanah yang pemaju pembinaan rumah sediakan.Kalau yang dapat rumah tepi agak selesa sedikit sebab ruangan tanah rumah tepi yang agak luas berbanding dengan rumah-rumah di bahagian tengah dan sebagainya.Sebab itulah rumah tepi mahal berbanding dengan rumah-rumah lainkan. Bagi yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri lagi susah nak tengok tanah kan. Kanan kiri,depan belakang, atas bawah semua ada tanah simen. Bagi yang tinggal di banglo tak payah cerita.Insyallah ada ruangan tanah juga.

Bagi yang hendak berkebun untuk mereka yang tinggal di rumah teres insyAllah ada caranya. Ruangan tanah di rumah tersebut dimanfaatkan dengan menanam sayur-sayuran yang biasa dimakan dan perlukan. Kita boleh manfaatkan ruangan tersebut dengan menanam pokok lada, pokok serai, pokok pandan, pokok ulam raja, pokok terung, kacang bendi, lengkuas, kunyit dan sebagainya. InsyAllah akan dapat hasilnya. Kata orang tua-tua "Tak rugi jika berbudi kepada tanah" , InsyAllah akan mendapat hasilnya bila tanaman tersebut mengeluarkan hasil. Rugi jika tidak dimanfaatkan ruangan tanah tersebut dengan membiarkan ruangan tersebut ditumbuhi rumput dan lalang sahaja. Bila tumbuh rumput lama-lama ada haiwan yang berbisa akan menghuni tempat tersebut. Bahaya untuk diri, keluarga dan jiran-jiran sebelah rumah. Jadi manfaatkan ruangan tanah tersebut dengan sebaiknya.

Serai Kangkung dan Pandan
Serai Kangkung Pandan
Bagi yang tinggal di rumah flat atau di pangsapuri pula. Jika nak berkebun tidak ada masalah. Terutamanya suri rumah sepenuh masa, Pastinya perkahwinan akan lebih bahagia jika masa di isi dengan sebaiknya. Kata orang "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan. Nak berkebun di kawasan pangsapuri tak menjadi masalah. Beli pasu banyak-banyak,beli tanah dan masih boleh ditanam apa sahaja sayur-sayuran di depan atau di beranda rumah. Kalau tak nak beli pasu, boleh juga gunakan tin-tin kosong yang besar atau pun plastik beg yang tahan untuk menanam pokok-pokok kegemaran kita. Tak kira la, pokok sayur atau pokok bunga asalkan dapat manfaatkan ruangan hadapan rumah tersebut. Boleh nanti bila balik dari kerja kita dapat melihat,mambaja atau menyiram tanaman tersebut. Sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan perasaan di pejabat dan dapat mengisi masa lapang apabila balik dari rumah dengan melihat pokok-pokok sayur dan bunga-bunga yang ditanam di rumah. Jika tak mahu menanam dengan pasu dan tanah. Boleh juga berkebun di bandar dengan kaedah hidroponik. Beli alat hidroponik  dan  ikut arahan yang di beritahu insyallah berhasil juga tanaman tersebut. :-)

Hidroponik_wikipedia
Hidroponik_wikipedia
Semoga panduan berkebun di bandar ini boleh di praktikkan dalam kehidupan. Disamping dapat manfaatkan masa lapang dan ruangan tanah yang terdapat di rumah ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan dan menjimatkan perbelanjaan harian insyallah.

Ada siapa-siapa yang berkebun di bandar? boleh kongsi di sini.


Sunday, October 7, 2012

Cara Mengatasi Masalah Kewangan Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hidup bersuami isteri ni biasa lah ibarat kata-kata P.Ramlee dalam lagunya sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.berkisar tentang perbelanjaan isi rumah,mungki ada pihak yang tak puas hati,mungkin ada yang takut nak menyuarakan pada pasangan masalah ini.mungkin cara berikut boleh dijadikan panduan.

1-Sebagai pasangan yang berkongsi suka duka,janganlah segan bertanya kepada pasangan corak dan tabiat kewangan seperti perbelanjaannya,tanggungan hutang,bil utiliti seperti Elektrik, air dan sebagainya.

2-Janganlah berkira mengeluarkan sedikit budget untuk membeli dan luangkan masa membaca buku-buku menganai pengurusan kewangan,atau jumpalah pakar perancangan kewangan untuk baiki corak  pengurusan kewangan.

Cara Mengatasi Masalah Kewangan Dalam Rumahtangga
Cara Mengatasi Masalah Kewangan Dalam Rumahtangga
3-Ambil masa untuk berbincang tentang impian kewangan berdua serta bagaimana anda dan pasangan akan menghadapi waktu-waktu persaraan atau waktu anda yiada wang,kalau tidak berhemah menguruskan kewangan.

4-Berbincanglah dengan pasangan tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan seta banyakkan menyimpan.

Dapatkan tips dan cara terbaik untuk Bekerja di Rumah disini :-
 [+]  Buat Kerja Sambilan Di Rumah Boleh Tambah Duit (klik sini)
 [+]  Buat Kerja Di Rumah (klik sini)

5-Dan yang paling penting,bagaimana anda dan pasangan boleh melindungi diri dan keluarga,sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tak dapat dielakkan cntohnya mengambil perlindungan insuran kemalangan,insuran perubatan dan sebagainya.

6-Yang terakhir,berkerjasamalah menguruskan kewangan.

Semoga dimudahkan urusan dan masalah kewangan kita semua. Mencari rezeki yang berkat juga boleh memudahkan kita semua dari menghadapi masalah kewangan yang dihadapi.. Baca tentang perkogsian Rezeki dari Allah SWT disini.

Saturday, October 6, 2012

Cara-Cara Nak Jimatkan Duit

Assalamualaikum..

Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan kemampuan masing-masing. Semoga dengan perkongsian tips cara - cara jimatkan duit  ini akan membantu anda menabung untuk masa depan ;)

1. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalau beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sebab tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !


2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Anda boleh rujuk di lelong.com atau mudah.com. dalam web ini memaparkan banyak barang-barang second untuk dijual. mungkin salah satunya sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. seperti juga perabut dan peralatan lain, tidak salah jika anda beli yang second hand, asalkan metarialnya masih dalam berkeadaan baik dan masih dalam warranty. yang penting anda haruslah menilai dengan bijak sebelum membuat sesuatu belian.

3. Musim Promosi & Megasale
Sebut sahaja malaysia anda sudah dapat bayangkan betapa banyaknya sambutan hari raya yang berlangsung, seiring dengan itu juga, pelbagai jualan murah , promosi, megasale, end sale of the year dan pelbagai lagi. jadi, gunakanlah peluang masa ini untuk membeli barang-barang yang and aperlukan. seperti baju, kasut dan pelbagai lagi. contohnya kalau dekat raya, banyak perabot rumah akan jatuh merudum harganya, mungkin banyak yang anda berkenan, tapi jangan sampai rambang mata, pilihlah mana yang diperlukan sahaja.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya. Selain itu, anda juga boleh mula berjinak-jinak untuk menjual topup di tempat kerja anda atau di tempat anda belajar dengan My mode. mana tahu. ini secara tidak langsung akan menambahkan duit poket anda.

5. Kitar Semula / Recycle
Kotak kosong, botol kaca, surat khabar atau pakaian lama, jangan dibuang atau di pandang sepi begitu sahaja. sebaiknya buatlah kitar semula yang dapat menjana sumber kewangan anda. mudah sahaja. hubungi sahaja syarikat alam sekita, mereka pasti membantu anda.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu. Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam
Lain orang laincaranya, tapi anda boleh berubah jika anda mahu. apa kata, mulai hari ini ubahlah habit anda yang suka beriadah di tempat berbayar kepada tempat free yang ada disekeliling anda. contoh yang paling mudah, anda mungkin boleh mengemas halaman rumah anda, mengalih kan pasu bunga atau berkebun. Selain itu,  manfaatkanlah juga taman reakeasi yang telah disediakan oleh kerajaan untuk anda.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat. Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja. Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah
Jika anda mampu kacau sendiri air teh yang harganya rm1..80 di kedai mamak itu, kenapa anda tidak memilih untuk membuatnya sendiri dirumah? bukanhkan ini lebih menjimatkan. begitu juga dengan makanan anda? jika anda boleh buat nasi goreng kampung sendiri, kenapa anda perlu start kereta dan makan di kedai indon? buat saja di rumah sendiri, ia bukan sahaja menjimatkan, malah juga terjamin kebersihannya.

Sumber : RahsiaEbiz.Com

Friday, October 5, 2012

Berbelanjalah Secara Bijak

Assalamualaikum..
Hari ni cuti lagi kan. Best time cuti. Saya suka cuti, tapi kadang-kadang orang cuti saya kerja juga.. Kadang-kadang orang kerja saya pula cuti.. Sama la kan kita semua..  Hari ni saya nak berkongsi tantang berbelanja secara bijak, Semoga ianya boleh di jadaikan panduan dalam pengurusan kewangan kita seharian..


Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

>Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.

>Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.

>Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.

>Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.

>Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).

>Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.

>Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.

Jimat banyak ni.. Boleh ker??
>Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.

>Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.

>Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

>Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.

>Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.

>Jangan terpengaruh dengan iklan.

>Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.

>Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua..

Saturday, September 15, 2012

Bijak Berbelanja

Assalamualaikum..

Alhamdulillah cuti lagi  hari ni, bila cuti antara tempat yang mesti di lawati ialah..hehehe.. tak lain tak bukan.. KEDAI. :-) Hari-hari lain pegi juga, tapi hari-hari cuti, lain macam sedikit kalau kita pegi beli barang kan..

Hari ni saya nak kongsi info tentang cara nak selamat sikit masa kita berbelanja di kedai atau di Supermarket ker.. Zaman-zaman "gawat" kene rancang sedikit perbelanjaan kita.


Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

sumber: www.iluvislam.com

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua... Selamat Bercuti :-)

Thursday, April 26, 2012

Penipuan di Supermarket!!!

Assalamualaikum..
Saya nak kongsi satu cerita yang menarik bagi saya. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.. Gambar ni saya ambik dari Google.. Macam bintang2 pula supermarket ni, banyak sangat..

Anda pernah tertipu di supermarket?… Gores dan menang? Hehehe…. itu sendiri cari pasal. Hari ini mari kita bercerita tentang penipuan di supermarket. Tapi bukan penipuan yang haram, ini halal punya. Siapa yang untung…mereka (tokei kedai ler), siapa yang rugi…kita ler.
Tahukah anda (baca ala-ala Ripley’s Believe It or Not), sebenarnya design layout di Supermarket bukan dibuat suka-suka hati je. Ianya dibuat dengan tujuan tertentu, kalau tidak takkanlah ada orang yang buat research tentang ni (cuba cari Supermarket Psychology, The Science of Shopping, dll). Jadi adakah ianya “Penipuan di Supermarket!!!”, seperti tajuk tu…tentulah tidak, ianya lebih kepada trick dan teknik untuk mempengaruhi pembeli 
seperti kami
 untuk berbelanja lebih…
Inilah yang akan mereka lakukan:
  1. Sayur-sayuran diletak di pintu masuk (rasanya tidak berlaku di Malaysia, tapi di barat, itulah kebiasannya). Tujuannya – bila kita nampak sayur automatik kita fikir baik untuk kesihatan dan kita perlu beli (walaupun sayur kat peti ais banyak lagi..hehehe).
  2. Barang-barang penting dan hampir wajib seperti susu segar, diletak di tempat paling hujung (mat salleh kan minum susu segar). Tujuan – benda wajib, mestilah kita cari juga, nak beli susu jer, tapi akhirnya penuh troli kita. Kami fikir, ianya ada kaitan dengan point pertama, kita di Malaysia kurang minum susu segar, jadi sayur dan lauk pauk diletak di hujung, impaknya tetap sama dengan susu segar ni.
  3. Barang yang murah diletak ditempat yang tinggi dan rendah, yang mahal ditengah-tengah (aras mata). Tujuan – kalau yang mahal susah nak diambil, siapa yang nak beli. Barang yang mahal nilah bagi keuntungan lebih.
  4. Kat kaunter bayaran diletak juga barang-barang. Tetapi kebanyakan yang diletak adalah untuk menarik minat anak-anak dan diletak sama paras dengan mata mereka. Tujuan – kalau anak-anak merengek nak gula-gula kat kaunter dan ramai orang, susah juga mak bapak nak menolak…terbang lagi duit aku…hehehe.
  5. Akhir sekali… barang-barang bersifat mentah @ belum diproses diletak dikeliling (dinding-dinding). Barang-barang bersifat diproses diletak di kawasan tengah (makanan ringan, dll). Jadi nak berjimat, dicadangkan kita bershopping dengan mengelakkan lalu ditengah (melainkan kita perlu beli barang tersebut).
Sekian…perkongsian sempena hujung minggu untuk semua…termasuklah untuk diri sendiri yang selalu berbelanja benda tidak perlu.
Buat peniaga di luar sana, kalau anda tidak mengikut (walaupun bukan 100%), langkah-langkah mengaburi pembeli seperti di atas… anda berkemungkinan mengalami kerugian…hehehe. Akhir kata, jom layan video ni, Supermarket Psychology:Supermarket Layout….