Assalamualaikum.. hari ni saya nak berkongsi tentang teknik belajar sikit.. Semoga ianya bermanfaat..
Semasa saya berada di tingkatan 4, saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.
Pada mulanya, saya rasa teknik ini bunyinya pelik. Tetapi saya sedar bahawa teknik sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi
S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?
Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini? Tahniah. Teruskan membaca.
Boleh kongsi tips ini dengan rakan2 yang masih belajar.. Belajar selagi hayat di kandung badan.. :-)
No comments:
Post a Comment