Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Berusaha Baru Dapat Hasilnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berusaha baru dapat hasilnya. Ada yang tanya saya, macam mana saya dapat duit melalui internet atau pun menjana pendapatan online di internet. Jawapan saya mudah sahaja "anda kena berusaha". Biasa kita dengar pepatah melayu 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Kira mudah cakap nak dapat semua tu perlukan usaha yang gigih dan berterusan.

Berusaha baru dapat hasilnya, semut yang rajin,jobdirumah,
Semut yang rajin berusaha..
Jika kita lihat mereka-meraka yang dah berjaya dalam apa sahaja bidang di dunia ini.Kejayaan mereka bukan dibina dalam masa 2-3 hari atau 2-3 bulan. Mungkin mereka nak berjaya ke tahap yang kita nampak sekarang bertahun-tahun mereka berusaha untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa yang penting kena berusaha dan jangan mudah putus asa. Jika kita putus asa dan malas berusaha. Kita tidak akan dapat apa-apa. Malahan usaha yang kita curahkan sebelum ini pun akan menjadi sia-sia dan tidak bernilai.

Cuba kita bayangkan jika orang pertama yang buat kapal terbang dahulu kata usaha beliau untuk bina kepala terbang gagal setelah kapal terbang yang dibina jatuh mahupun tidak boleh terbang dan beliau pun berhenti dari membinanya. Adakah hari ini kita boleh naik kapal terbang. Jawapnya TIDAK. Kita tak akan boleh naik kapal terbang jika beliau berhenti dari proses mencuba nak cipta kapal terbang tersebut. Tanpa rasa penat dan putus asa dengan usaha yang berterusan akhirnya kapal terbang tersebut berjaya diterbangkan. Alhamdulillah kita hari ini dapat naik kapal terbang dan nak pergi mana-mana pun cepatkan.

Begitu juga dalam dunia perniagaan offline mahupun online. Kedua-duanya memerlukan usaha yang berterusan dan fokus yang tinggi. Jika kita buat kerja sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja, pastinya usaha kita akan gagal dan kita akan berhenti berusaha. Jangan jadikan kegagalan kita sebagai titik akhir untuk kita berhenti berusaha. Teruskan usaha kita, insyallah kejayaan pasti akan mengiringi kita.

RM 300 Pendapatan dari Jobdirumah

Nak hasilkan pendapatan dengan jobdirumah pun macam tu juga kawan-kawan. Jangan kita berhenti apabila kita tak dapat kerja yang kita pohon. Usaha lagi, baiki lagi setiap kelemahan dan kekurangan kita. Ikut panduan dan tutorial video yang diberikan. Insyallah lambat laun kita akan dapat hasilnya. Bila dah dapat, tak berhenti peluang kerja yang akan kita perolehinya. Akan ada sahaja kerja yang akan mengajar kita.

Cuma tak ada jalan pintas untuk kita berjaya. Kita kena berusaha untuk majukan diri kita. Insyallah kawan-kawan pun akan dapat hasilnya selepas menyertai jobdirumah ini. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Kejayaan tidak akan bersama dengan kita jika kita tidak mahu berusaha. Hanya mereka yang berusaha akan dapat hasilnya. 

Selamat menjana pendapatan online kawan-kawan. Beminat dengan jobdirumah. Boleh daftar disini.--> Pendaftaran Jobdirumah.

Selamat berusaha dan jangan putus asa. Pasti kejayaan akan bersama kita.

Monday, November 11, 2013

Pilihan Berani Untuk GAGAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kita boleh memilih. "Pilih apa yea?" pasti ada yang bertanya. Pilih apa sahaja untuk diri kita. Ada yang nak berjaya tapi memilih untuk gagal. Malah ada yang nak gagal, kerana ini juga pilihan mereka. Mereka pilih untuk gagal. Jarang kita dengar satu orang yang memilih untuk gagal tetapi dia berjaya. Yang paling banyak kita dengar orang yang pilih berani untuk gagal. 

Pilih berani untuk gagal macam mana pula?. Berani gagal ini contohnya macam kita buat kek. Masa kita buat kek pastinya peringkat permulaan akan ada kesilapan. Kek terlebih tepung dan jadi keras, kek terlebih air jadi lembik, kek terlebih suhu jadi hangit dan macam-macam lagi.

Tetapi bila diperbetulkan akhirnya kek tersebut berjaya kita buat dengan cukup sempurna,tak lembik,tak keras dan tak hangit dah. Tahniah untuk diri kita, kita BERJAYA. Alhamdulillah.. Yeahhh!!!

Berani Untuk GAGAL, bunga kertas warna warni
Akhirnya BERJAYA juga.
Macam itulah nak berjaya, apa sahaja kerja yang kita buat, kita kena cuba lagi dan lagi. Sampai bila, sampai kita BERJAYA. Jika kita nak berjaya,kita kena selalu ada semangat untuk BANGUN selepas kita JATUH. Walaupun kita jatuh 10 kali pun,jika kita bangun pasti kita akan berjaya. Semua orang yang berjaya mereka pernah gagal dan mereka bangun dengan semangat untuk berjaya. 

Jika tak ada semangat ini,pastinya hari ini tak akan ada orang boleh naik kapal terbang. Sebab apa? sebab mamat yang reka kapal terbang tu kata dia gagal sebab kapal terbang pertama yang dia reka tak boleh terbang. Akhirnya setelah dicuba berkali-kali akhirnya kapal terbang tersebut BOLEH TERBANG. Mesti melompat gembira dia bila kapal terbang tersebut berjaya terbang dan mendarat dengan selamat.

Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet juga. Anda boleh bongkar tentang [+]"Rahsia Usahawan Internet Tersohor Malaysia". Dapatkan panduan sebenarnya di dalam penulisan ini. 

Nak dapat RM10 000 pun macam ini juga, bermula dengan sedikit. Lama-lama boleh jadi RM10 000. Ada ker zaman sekarang orang nak bagi duit RM10 ribu mudah-mudah. Ada kena cari dan usaha insyallah jumpa. Nampanya ada berita baik hari ini, Insyallah nanti saya kongsikan. Nak sambung buat kerja dulu. Jobdirumah saya nak kena siapkan juga malam ini. Biasala nak dapat RM 10 000. Jika nak cuba dan berjaya dengan jobdirumah, boleh baca di Jobdirumah ini. 


Sunday, December 9, 2012

Orang Jepun Sangat Tepati Masa

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan. Maaf lama tak update blog Pokok Manggis Depan Rumah. Saya cuti panjang selepas saya masukkan SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH. Masa cuti sempat tengok sekejap-sekejap sahaja blog pokok2u. Hari ini rasa nak mula menulis balik.Hari ini nak bercerita sedikit tentang sikap Orang Jepun Sangat Tepati Masa.

masa
Masa itu emas
nuffnag, Orang Jepun Sangat Tepati Masa,
Keywords nuffnang
Buka nuffnang  rasa tertarik dengan keywords yang masuk ke blog saya hari ini. Keywords tersebut Orang Jepun Sangat Tepati Masa. Menarik keywords nuffnang yang masuk hari ini. Rasanya keywords ini masuk sebab ada yang buat carian  untuk kehebatan orang dari negeri matahari terbit ini yang menepati masa apabila berjanji . Rasanya sebab ada yang google dan jumpa keywords ini.

masa, tepati masa seperti orang jepun,
Orang Jepun Sangat Tepati Masa
Saya masih ingat lagi kisah kawan yang belajar di Jepun bercerita tentang sikap orang Jepun yang sangat menjaga  dan menepati masa. Dia cerita, orang Jepun sangat serius tentang masa contohnya jika kita berjanji dengan dia ingin berjumpa jam 3 petang. Tetapi kita pergi jumpa dia jam 3.02 petang. Jika dia dah tak ada di tempat yang kita janjikan, dan mereka pergi atau balik dari temujanji tersebut. perasaan mereka,mereka dah tak salah. kerana kita dah lewat dan tidak menepati masa dan lepas mereka kene macam itu,agak sukar untuk kita mendapat peluang kedua untuk kita buat temujanji dengan mereka. Tegas betul mereka dengan masa,sebabnya masa tersebut mereka datang dan kita tak ada pada masa yang dijanjikan.

Kita selalu dengar dengan kata-kata masa itu emas. Bagi orang Jepun masa amat berharga dan boleh setanding dengan emas. Dalam Islam pun ada surah khusus tentang masa kan. Surah Al-Asr

   "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Saya rasa  ramai di antara kita yang suka menangguh-nangguhkan kerja. Ramai juga yang gagal memilih dan mengutamakan apa yang utama di dalam hidup, sebab itu terjadi kadang-kadang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Memetik kata-kata Imam Nawawi. Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh kita iaitu masa lapang dan sihat, kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit. Namun, mungkin kerana terlalu banyak masa lapang & sihat itulah yang menyebabkan kita menjadi kurang bersyukur serta beralih fokus ke arah duniawi. Kita "bermewah-mewahan" dengan masa lapang dan masa sihat yang ada dalam diri kita.Bila masa dah nak nyawa-nyawa ikan baru kita sibuk dengan kerja yang nak disiapkan dan yang nak dihantar.

Kita kena berubah untuk mendisplinkan diri kita dengan masa yang kita ada 24jam sehari-hari.Agar masa kita tidak dibazirkan dan dipersolakan pada hari akhirat nanti. Peringataan ini untuk diri sendiri juga yang banyak juga terbabas dengan masa. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk belajar menghargai dan menepati masa.
Masa, lima persoalan diakhirat,
Lima Persoalan
PS:- Terima kasih kepada yang menyertai segmen blog saya. Kepada yang belum  saya mempersilakan menyertainya. Nanti sampai masa saya update senarai blog yang berjaya. Terima kasih kawan-kawan.

Saturday, September 29, 2012

Tips Motivasi Diri

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.



Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini. 

Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini. 

Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.

Sunday, September 23, 2012

Tips Membina Keyakinan Diri


Assalamualaikum.

Saya nak kongsi tentang tips untuk membina keyakinan diri. Keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan. Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yg tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yg cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yg ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa?

1. Percaya dan yakin pada kebolehan diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Senyumanmu menawan
Sentiasa tersenyum, walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari)

3. Rentak langkah yg meyakinkan
Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu. Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yg hadir di majlis tersebut? Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan keyakinannya.

4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yg tinggi, pasti sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)

Keyakinan Diri

5. Malu itu biarlah bertempat
Benarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di tempat yg betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan segala keburukan diri kepadaNya.

‎"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)

6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,". Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yg berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yg lebih baik.

"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan," (Ath-Thalaq:7)

7. Hargai Diri
Anda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yg mempunyai nama anda, dan mempunyai peribadi yg sama, wajah yg sama, pendidikan yg sama ataupun gaya bahasa yg sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda. Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.

8. Jangan membandingkan diri dengan orang lain
Melakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan pernah sama dgn kelebihan yg ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yg ada pada gadis yg lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan usaha yg dialirkan oleh insan lain. Maka, usahlah melakukan perbandingan dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yg terbaik!

"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)

9. Senantiasa berfikiran positif
Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yg amat positif. Apa sahaja yg dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yg didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif. Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yg berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yg dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.

10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi
Adakalanya motivasi yg ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik surutnya. Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah kata-kata yg membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga mampu untuk menaikkan semangat, antaranya mungkin dengan menulis surat kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur kembali pulih.

Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.

Wednesday, September 19, 2012

Kembara Menggapai Impian

Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.



Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut.

Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya.

Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan!

Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter.

Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa.

Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian.

Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!



Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya.

Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing.

Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga.

Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula!

Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya.

Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah.

Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi.

Sumber: fitnunnisak87.blogspot.com

Tuesday, September 18, 2012

Motivasi Dr Fadzilah Kamsah - Petua Mencuci Hati

Assalamualaikum..
Apa khabar semua, harap-harap sihat dan ceria semua nya. Saya nak kongsi motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.


“Program minda atau cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:

Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

auto publish ni. ;-)

Tuesday, May 8, 2012

Bagaimana Menjadi Lebih Kreatif

Assalamualaikum semua..
Nak jadi orang yang kreatif tak.. Eeemm.. mesti ramai yang jawap nak kan? Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang bagaimana nak menjadi lebih kreatif.. Semoga ianya bermanfaat..

Dalam mengharungi kehidupan dialam pekerjaan dan alam pembelajaran, kita sering diasyikkan dengan perkara-perkara rutin yang membosankan sehingga membawa kepada kegelisahan dan ketidakselesaan.
Bagi segelintir orang mereka beranggapan idea kreatif hanya berlaku pada orang yang tertentu dan bukan semua orang boleh memilikinya.

Hakikat sebenar idea kreatif bukan bergantung kepada tanggapan kita samada kita adalah seorang yang kreatif ataupun tidak, tetapi ia bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Kita cenderung untuk yakin bahawa kita bukan seorang yang kreatif apabila tidak boleh menghasilkan sesuatu yang unik. Sebenarnya hal ini hanyalah mitos semata-mata! Kreativiti perlu dilatih, bukan dilahirkan.Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan ada seorang kreatif.


1. Bergembira & berseronok
Idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Sering kali kalau kita perhatikan, kebanyakkan idea-idea hebat datang dari orang yang suka bergaul dengan orang seronok denagan apa yang mereka lakukan.

2. Fikir macam budak
Kanak-kanak sentiasa ada idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu penyelesaian. Kita sebagai orang yang dewasa pula selalu meletakan limitasi pada sesuatu penyelesaian sehingga menyebabkan kita menjadi tidak kreatif.

3. Contohi ciri-ciri orang yang kreatif.
Pilihlah sesiapa sahaja yang telah membuktikan bahawa mereka ialah orang yang kreatif. Orang yang telah berjaya dengan pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan, mereka kebanyakkanya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Adakah anda berani?

4. Bukalah pintu minda anda
Jangan cepat menghakimi dan menolak sesuatu idea. Otak yang kreatif adalah seperti seekor ikan yang bernafas di dalam air. Ikan menyedut semua air, dan kemudian barulah insang akan memerangkap oksigen yang ada di dalam air. Ikan tidak memilih dan cerewet. Ikan tidak menutup mulutnya. Begitu juga dengan anda. Bukalah minda anda.

5. Tambahkan pengetahuan am.
Selalu membaca bahan-bahan yang berfaedah akan menambahkan pengetahuan anda dalam pelbagai perkara. Cukuplah sedakar memahami prinsip, asas dan pengenalan tentang sesuatu. Ia pasti akan banyak membantu anda mengeluarkan idea-idea yang bernas.

6. Mempelbagaikan cara berfikir.
Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran. Itu yang terbaik.Teknik berfikir adalah satu kemahiran bukan semula jadi. Anda perlu belajar dan berlatih. Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan menunjukkan anda adalah seorang yang bijak berfikir. Ada bermacam-macam cara berfikir dan anda perlu membiasakan diri dengannya. Ada pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikirian konstruktif, pemikiran negatif, pemikiran positif, pemikiran kreatif, pemikiran innovatif dan bermacam-macam lagi kita boleh nampak.

7. Lupakan logik buat sementara.
Oleh kerana terlalu berfikiran mengikut logik, ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada! Kreatif berkaitan perkara yang belum ada atau belum wujud. Jika idea itu berada di mana-mana, itu bukan kreatif namanya.

8. Berfikir gila, bukannya gila, tetapi gila-gila.
Banyak kegunaan hari ini tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Schneider (pencipta kad kredit) terfikir bolehkah makan di restoran tanpa membayar? Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner’s Cub. Cuba bayangkan anda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, kamera, kalkulator, jam, penggera, jam randek, dan diari, bahkan boleh juga menghantar faks.
Sudah pasti orang lain cakap itu idea yang gila. Tetapi itu ialah idea tidak gila. Ia idea yang gila-gila.

9. Anda tidak perlu pempertahankan idea sendiri.
Dalam berkreatif, yang penting ialah keluarkan idea. Tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika masih diperingkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. Yang penting ialah idea!




10.Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif.
Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif boleh dianggap satu kejayaan yang besar. Mungkin anda tidak berjaya kali pertama, namun ia bukan satu kegagalan. Yang penting cubaan anda itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain. Tapi perlu ingat, ciri-ciri orang kreatif ialah istiqamah dan tidak takut kepada masalah.

11.Benarkan diri anda melakukan kesilapan.
Memanglah orang yang mengikut pada kebiasaannya jarang sekali membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah.

12.Jika boleh ulang dan ulang lagi.
Jangan cepat mengalah, dan beralih angin sekiranya idea yang anda buat tu gagal. Anda perlu ingat bahawa tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama-lamanya. Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud, lakukan penambah baikkan dan cuba sekali lagi. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.

13. Mintalah daripada pemiliknya.
Kita perlu ingat, idea itu adalah milik Allah. Mohon dan mintalah daripada-Nya supaya dibukakan pintu hikmah dan khazanah pengetahuan-Nya untuk anda. Mohonlah, doa kepada Allah tidak putus-putus dengan hati yang khusyuk dan tawadduk setiap hari selepas solat. Semoga setiap hari kita menjadi manusia yang kreatif berbanding sebelum ini.


Semoga perkongsian ini membuka minda kita untuk menjadi lebih kreatif. ;)

Thursday, May 3, 2012

Teknik Belajar & Membaca SQ3R

Assalamualaikum..  hari ni saya nak berkongsi tentang teknik belajar sikit.. Semoga ianya bermanfaat..
Semasa saya berada di tingkatan 4, saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.
Pada mulanya, saya rasa teknik ini bunyinya pelik. Tetapi saya sedar bahawa teknik sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi
S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?
Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.

Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini? Tahniah. Teruskan membaca.
Boleh kongsi tips ini dengan rakan2 yang masih belajar.. Belajar selagi hayat di kandung badan.. :-)

Wednesday, May 2, 2012

10 Cara Berjaya Seperti Rakyat Jepun.

Kita tidak perlu malu meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya dalam diri bangsa sudah ada pada kita hanya pada sekarang ini tanpa kita sedari sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG ADA PADA  ORANG "KITER", TETAPI SUDAH TERHAKIS.

Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;


1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas. Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.


3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.


4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.


5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.


6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini. Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).


7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb). 



8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.


9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.


10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik

.
Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.


Semoga Nilai2 Ini Dapat Kita Terapkan Kembali... AMIN

Thursday, March 8, 2012

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia."