Monday, March 17, 2014

Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz Darul Quran. Berita baik untuk bakal-bakal calon keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan beberapa hari lagi. Darul Quran sebuah badan pengajian Al-Quran di bawah kelolaan JAKIM akan membuka pengambilan Pelajar Baru Tahfiz Al-Quran bagi sesi 2014/2015 ini. Pengambilan pelajar baru ini adalah untuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran. Semua calon-calon yang berminat untuk mengikuti pengajian ini dipelawa untuk memohon program ini. Ini kerana Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Sistem Pengajian Diploma Tahfiz Darul Quran
Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran akan dijalankan mengikut semesta selama 6 Semesta iaitu selama 3 tahun. Pelajar yang mengikuti pengajiaan ini akan akan dibimbing oleh pensyarah yang profesional dan berpengalaman dalam bidang tahfiz. Terdapat juga bidang pengkhususan yang ditawarkan antaranya Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Industri Halal.

Syarat-Syarat Permohonan Diploma Tahfiz Darul Quran
Antara syarat-syarat untuk memohon Diploma Tahfiz Darul Quran adalah seperti berikut:-
  1. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan BELUM BERKAHWIN.
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islam
  • Bahasa Arab
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • atau; Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM.
Bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

Ujian dan Temuduga Diploma Tahfiz Darul Quran
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa proses temuduga.

Cara Memohon Diploma Tahfiz Darul Quran

Klik Di Sini Untuk Permohonan <<-- (klik disini)

Permohonan Online Diploma Tahfiz Darul Quran
Cara-Cara Pendaftaran Permohonan Diploma Tahfiz Darul Quran
Untuk tujuan pendaftaran ini, sila pastikan:-
  1. Anda mempunyai e-mail yang sah.  Jika tak ada email lagi, boleh buat email disini-->> Google Email
  2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda yang sah. (Ini kerana No. Kad Pengenalan anda akan menjadi ID pengguna anda)
  3. Sila masukkan butiran nama dan alamat yang betul.
  4. Katalaluan bagi kegunaan anda masuk ke dalam sistem akan dihantar melalui e-mail anda
Berikut adalah Jadual Pergerakan Proses Pengambilan Pelajar Diploma.


Jadual Proses Diploma Tahfiz Darul Quran
Boleh rujuk disini.

Yuran Pengajian dan Biasiswa Bagi Diploama Tahfiz Darul Quran.
Alhamdulillah. Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

Tarikh Tutup Permohonan  Diploma Tahfiz Darul Quran 
Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan SPM 2013 diumumkan. Jadi kepada calon-calon yang berminat boleh tengok maklumat tersebut sekarang dan selepas sahaja keputusan SPM 2013 keluar anda dinasihatkan isi borang online tersebut dengan segera. Banyak kelebihan menjadi Hafiz Al-Quran. Bagi mendapatkan makluman lanjut, anda boleh menghubungi talian berikut :
03-60635333, 03-60635349, 03-60635323
Faksimili : 03-60645497

Lokasi Darul Quran Jabatan Kemajuan Agama Islam(JAKIM) ini terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh lawati laman web Darul Quran disini.

Perhatian: Kepada calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 05 Mei 2014 adalah dianggap tidak berjaya. Isi borang maklumat tersebut dengan sebaiknya. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment