Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah. Hari ini merupakan hari yang pertama umat Islam di seluruh dunia berpuasa sebulan bagi tahun 1435 hijrah bersamaan tahun 2014. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah saya ucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah Allah S.W.T bagi lagi peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkat ini.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah |
Bulan Ramadhan dimulai dengan rahmat, pertengahannya keampunan dan berakhir dengan kelepasan dari pada api neraka. Sungguh banyak rahmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita semua yang berpuasa pada bulan ini. Cara syukur yang terbaik adalah dengan mengerjakan setiap perintah Allah S.W.T dan Sunnah Rasullah S.A.W dengan sebaik mungkin agar setiap apa yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan ini di berkati Allah S.W.T.
Perbanyakkan bersedekah pada bulan yang berkat ini. Masa bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang untuk kita memperbaiki amalan kita. Jika sebelum ini liat nak baca Quran. Pada bulan ini kita mula baca Quran semula. Jika sebeum ini liat nak solat berjemaah di surau atau masjid bagi yang lelaki, pada bulan ini kita cuba solat lima waktu di masjid manakala bagi wanita cuba usahakan bersolat di awal-awal waktu.
Masa yang Allah S.W.T bagi setiap orang daripada kita semuanya 24jam. Kita kena pandai bagi masa agar Ramadhan yang datang tidak berlalu begitu sahaja. Gunakan sebaik mungkin peluang berada di bulan Ramadhan pada tahun ini dengan sebaiknya. Tingkatkan amalan kita. Cuba usahakan juga dapat khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali untuk bulan Ramadhan ini. Jika lebih lagi bagus.
Baiklah, pada hari pertama Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengujung blog Pokok Manggis Depan Rumah. Bagi yang kenal mahupun yang hanya kenal di alam maya sahaja. Semoga Ramadhan tahun ini memberi ribuan rahmat kepada kita semua. Selamat berpuasa kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment