Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah. Hari ini merupakan hari yang pertama umat Islam di seluruh dunia berpuasa sebulan bagi tahun 1435 hijrah bersamaan tahun 2014. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah saya ucapkan buat semua umat Islam. Alhamdulillah Allah S.W.T bagi lagi peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkat ini.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435 Hijrah
Peluang yang sebaik ini sepatutkan kita manfaatkan dengan sebaiknya. Bulan Ramadhan merupakan bulan BONUS kepada umat Islam. Ini kerana setiap amalan kita akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T berbanding pada bulan-bulan lain. Satu amalan sunat yang dibuat pada bulan ini ganjaran pahalanya sama seperti kita menunaikan satu amalan fardu pada bulan-bulan lain. Manakala ganjaran pahala untuk satu amalan fardu sama seperti kita mengerjakan 70 amalan fardu pada bulan-bulan lain. Banyak kelebihan bulan Ramadhan sebenarnya.

Bulan Ramadhan dimulai dengan rahmat, pertengahannya keampunan dan berakhir dengan kelepasan dari pada api neraka. Sungguh banyak rahmat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita semua yang berpuasa pada bulan ini. Cara syukur yang terbaik adalah dengan mengerjakan setiap perintah Allah S.W.T dan Sunnah Rasullah S.A.W dengan sebaik mungkin agar setiap apa yang kita buat sepanjang bulan Ramadhan ini di berkati Allah S.W.T.

Perbanyakkan bersedekah pada bulan yang berkat ini. Masa bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang untuk kita memperbaiki amalan kita. Jika sebelum ini liat nak baca Quran. Pada bulan ini kita mula baca Quran semula. Jika sebeum ini liat nak solat berjemaah di surau atau masjid bagi yang lelaki, pada bulan ini kita cuba solat lima waktu di masjid manakala bagi wanita cuba usahakan bersolat di awal-awal waktu.

Masa yang Allah S.W.T bagi setiap orang daripada kita semuanya 24jam. Kita kena pandai bagi masa agar Ramadhan yang datang tidak berlalu begitu sahaja. Gunakan sebaik mungkin peluang berada di bulan Ramadhan pada tahun ini dengan sebaiknya. Tingkatkan amalan kita. Cuba usahakan juga dapat khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali untuk bulan Ramadhan ini. Jika lebih lagi bagus.

Baiklah, pada hari pertama Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengujung blog Pokok Manggis Depan Rumah. Bagi yang kenal mahupun yang hanya kenal di alam maya sahaja. Semoga Ramadhan tahun ini memberi ribuan rahmat kepada kita semua. Selamat berpuasa kawan-kawan.

Thursday, August 1, 2013

TV Alhijrah: Iftar Cara Rasulullah S.A.W bersama Ustaz Badli Shah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini saya nak berkongsi Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W yang saya dapat semasa menonton rancangan " Cinta Ilmu " TV Alhijrah semalam. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Badli Shah pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa. Antara Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W adalah

1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang  kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.

2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.

Kurma, Iftar, berbuka puasa, Sunnah buka puasa dengan kurma,
Kurma

3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.

4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.

5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.

6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.

Semoga kita dapat jadikan Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W ini sebagai panduan untuk kita meneruskan perjuangan puasa kita di hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wallah'hualam.


Sunday, September 2, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri + Puasa 6 Syawal.

Assalamualaikum Semua.

Maaf sebok sikit.. Lama tak buat entry. Hari ni nak buat entry Hari Raya. :-)

Di sini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan -  rakan Blogger,kepada yang mengenali saya atau yang tidak megenali saya. Saya nak minta maaf jika ada salah silap sepanjang berada di dunia blog ni. Di bulan Syawal ni bagus sekiranya kita dapat Puasa 6 hari dalam Bulan Syawal. Saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kelebihan puasa 6 Syawal ni..


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Kepada yang dah habis puasa 6 ni Alhamdulillah dan tahniah. Kepada yang tengah berpuasa teruskan perjuangan kita. Kepada yang belum, masih ada masa lagi untuk berpuasa. Sekarang pun Syawal dah hampir separuh berlalu.. jadi kene cepat-cepat sikit berpuasa sebelum Syawal berlalu meninggalkan kita. Rugi jika kita lepaskan peluang yg Allah bagi ni sekiranya kita dapat berpuasa 6 hari Syawal ni..

Selamat berhari raya dan berpuasa.. Semoga amalan puasa Ramadhan kita di terima Allah..AMIN :-)

Sunday, August 12, 2012

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum..
Diam tak diam kita dah masuk ke 10 akhir Ramadhan. Ramadhan dan nak meninggalkan kita semua untuk tahun ini, hari ni saya nak kongsi sedikit info tentang Malam Lailatul Qadar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

Sumber: iluvislam.com

Sunday, July 29, 2012

Zakat Fitrah 2012 Seluruh Malaysia


Assalamualaikum .
Hari ni saya nak berkongsi info zakat fitrah 2012 di seluruh Malaysia. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu zakat adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
Tujuan kewajipan membayar zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah, semoga anda semua dapat menunaikan kewajipan ini.
 Info Kadar Zakat Fitrah  2012 Seluruh Malaysia
NegeriKadar Zakat Fitrah 2012/1433H (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan7.00
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna Celcom dan Maxis.
Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah  S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya. [Hadis riwayat al-Bukhari]
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Selamat menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam!
Walllah hu'alam.

Tuesday, July 24, 2012

Bersahur..

Assalamualaikum..


Hari ni dah 3-4 hari kita bersahur. Berat juga nak bangun. Nak tak nak kene bangun juga..
sebab bersahur kan Sunnah Nabi S.A.W. Hari ni saya nak kongsi sikit pasai sahur.. jadi lepas ni kene rajin-rajin kita bangun sahur yea..
Sebab dalam sahur ada macam-macam keberkahannya.



Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Selamat Bersahur semua. :-)

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa kepada semua.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni,hari pertama kita berpuasa. Di kesempatan ini..saya ingin memohon maaf jika terdapat salah silap semasa yang telah saya lakukan. Kita manusia tak lepas dari melakukan kesalahan.
Sebaik-baik nya selepas buat salah kita cepat-cepat minta ampun dengan Allah & minta maaf dengan manusia jika kesalahan yang kita buat itu ada berkaitan dengan manusia.

Sempena bulan puasa ni. Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun sebelum ini. Di bulan puasa ni kita kena banyak kan bertadarus Al-Quran. Ambillah sedikit masa dari 24jam yang kita ada ni untuk kita baca Quran.


Bulan puasa ni,setiap amalan fardu Allah gandakan 70 kali pahala. Satiap amalan sunat Allah gandakan pahala macam kita buat amalan fardu. Baik betul Allah dengan kita. Bulan ni macam bonus untuk kita dalam buat amal. Jadi kita kena manfaatkan betul-betul bulan Ramadhan ni. Semoga ibadat puasa kita di terima Allah.

Wallahhu'alam