Advertorial.MY Membantu Blogger Baru Malaysia. Macam tak yakin masa mula-mula join Advertorial.MY ni. Boleh ker dia bantu saya mahupun blogger lain untuk cari duit dengan menulis review iklan. Tak apalah cuba dulu, tak cuba mana tahu kan. Tak ada siapa dalam dunia ni boleh jamin rezeki kita selain Allah SWT. Jadi langkah pertama saya beranikan diri dan join Advertorial.MY ni. Mana tahu ada peluang rezeki kat sini.
Blogger kecil berjiwa besar |
Sebab tu lah kalau kita tengok, kenapa blogger otai ni menulis entri berkaitan makanan,minuman, produk kecantikan, cara menurunkan berat badan, barangan bayi dan macam-macam servis perkhidmatan. Ada juga yang menulis tentang smartphone, hotel, melancong sana sini dan macam-macam lagi termasuklah barangan istimewa wanita. Ada perasan tak semua ni dalam entri mereka?
Jika anda nak tahu itulah yang dikatakan penulisan Advertorial. Pengiklan akan cari blogger untuk menulis review barangan mereka. Tugas blogger pula menulis. Hasilnya pengiklan akan dapat keuntungan apabila pelanggan membaca dan membeli produk tersebut dan blogger pula mendapat bayaran hasil daripada mereka menulis review tentang barangan ataupun produk tersebut. Bayaran tersebut telah dipersetujui antara blogger dan pengiklan terbabit. Kira mudah cerita "win-win situation" dalam bahasa kita 'situasi menang-menang'.
Sama-sama Menang.. |
Macam tulah juga dengan konsep yang dibawa oleh Advertorial.MY. Cuma pada saya ianya lagi mudah dan selamat. Kenapa saya kata mudah, sebabnya dalam Advertorial.MY ni blogger hanya perlu daftarkan diri dalam sistem Advertorial.MY ni aje. Nanti pihak Advertorial.MY akan carikan pengiklan-pengiklan yang nak iklankan produk mereka dengan blogger yang berdaftar dalam Advertorial.MY ni. Kira mudah kerja blogger tak perlu bersusah payah nak cari pengiklan. Pengiklan yang akan datang cari blogger dalam senarai blogger-blogger yang ada dalam list Advertorial.MY ni.
Selamat pula sebabnya bila dah daftar, dan kita(blogger) dapat tugas daripada pengiklan akan bayar kepada kita. Bayaran yang blogger terima tersebut pihak Advertorial.MY tak akan ambil satu sen pun. Duit yang dapat tersebut 100% menjadi milik anda(blogger). Selamatkan?
Lagi satu dalam ni blogger tak perlu nak bersaingan sangat dengan blogger otai, Kalau nak bersaingan dengan mereka boleh juga. Tetapi disini lebih selamat. Kerana pengiklan mungkin akan cari blogger-blogger yang meletakkan harga yang rendah untuk satu-satu entri. Rasa nak selamat bila pengiklan tanya berapa harga untuk satu entri anda boleh buat antara RM50-RM350. Terpulang kepada budi bicara anda dan pihak pengiklan tersebut.
Kalau anda letak harga RM50 untuk satu entri.Jika sebulan dapat tugasan dalam 5-10 entri dah dapat berapa kan? Anda boleh kira sendiri. Rasanya dah dapat satu dua tugasan dah balik modal pendaftaran masa mula-mula nak join Advertorial.MY ni. Dapat 5 tugasan darap dengan RM50 dah jadi RM250. Berbaloi kan? Kalau dapat 10 tugasan dapat RM500.
Baiklah, jika berminat anda boleh daftar dengan segara dengan Advertorial.MY ni. Pendaftaran sekali seumur hidup setakat ni. Siapa-siapa yang rasa nak dapat duit dengan blog mereka dengan cara menulis review ni. Saya nasihatkan anda sertai Advertorial.MY. Ramai dah blogger yang berjaya. Daftar segera disini---> Pendaftaran Advertorial.MY. (klik sini).
Satu lagi cara untuk menjana pendapatan sampingan bagi para blogger. Di bawah ni saya bagi contoh email pertama saya dengan Advertorial.MY ni. Ini adalah tugasan Advertorial.MY pertama saya. Alhamdulilah dah balik modal saya dapat hasil join dan letakkan blog saya dalam senarai blogger-blogger dalam Advertorial.MY
Dapat Tugasan Pertama |
No comments:
Post a Comment