PTPTN: Tindakan Tegas Mulai Tahun Depan Dan Cara Menjelaskan Hutang Anda. Bila baca berita tentang PTPTN ni rasa teruja juga. Biasanya sesiapa sahaja yang belajar jika tak dapat biasiswa atau tajaan dari mana-mana syarikat inilah tempat bantuan yang kerajaan gunakan untuk membolehkan pelajar mengunakan khidmat PTPTN ni untuk membantu pelajar menjelaskan bayaran yuran dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan termasuk nak beli buku dan sebagainya. Anda boleh baca berita dibawah dulu
PTPTN: Tindakan Tegas Mulai Tahun Depan Dan Cara Menjelaskan Hutang Anda |
" PTPTN: Tindakan tegas akan diambil mulai tahun depan
KUALA LUMPUR, (MLP) - Bermula tahun hadapan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan yang lebih tegas untuk mengutip semula pinjaman.
Ini akan dilaksanakan dengan menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Sistem ini diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan mempunyai nama peminjam yang mempunyai rekod pembayaran yang buruk. Rekod ini akan digunakan untuk menghalang peminjam sebegini untuk tidak mendapatkan kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.
Peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam yang langsung tidak membayar pinjaman yang berjumlah kira-kira RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010."
Sumber
--------------------------------------------------
Banyak jasa PTPTN dalam membantu masyarakat di Malaysia. Namun lepas tamat pengajian pelajar kena bayar balik pinjaman yang mereka gunakan sebelum ini. Tetapi yang sedihnya ada juga yang tak bayar balik pijaman tersebut.
Rasanya kita sebagai peminjam ni kena bayar balik. Hutang WAJIB di bayar. Jika tak boleh bayar lagi kena hantar surat kepada pihak PTPTN dengan menyatakan sebab tak dapat bayar yuran tersebut. Agar nama anda tidak disenarai hitam.
Bermula tahun depan akan ada tindakan. Jadi nasihat saya. Cuba bayar sedikit-sedikit yuran yang di pinjam sebelum ini. Jika tak nak bayar denga duit gaji anda. Anda boleh buat kerja sampingan dan gunakan hasil dari wang tersebut untuk anda menjelaskan bayaran balik pinjaman tersebut.
Buat duit dari blog pun ok. Anda boleh baca cerita saya ini bagi membantu anda menjelaskan bayaran balik pinjaman PTPTN anda:
1) Buat Duit Dengan Advertorial.MY
2) Buat Kerja Di Rumah
3) Buat Bisnes Cupcake Dari Rumah
4) Buat Duit Dengan 8share
5) Buat Duit Dengan Google Adsense
Mana yang ok anda boleh ikut dan gunakan hasil duit tersebut untuk menjelaskan pinjaman PTPTN anda. Semoga panduan cara buat duit di atas dapat membantu anda dan saya juga bagi menyelesaikan hutang PTPTN dan hutang-hutang lain juga.
No comments:
Post a Comment