Showing posts with label Cantiknya Islam. Show all posts
Showing posts with label Cantiknya Islam. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Jangan Minum dan Makan dengan Tangan Kiri

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi tips sikit dengan kawan-kawan..
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, Sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya."
(Hadith Riwayat Muslim)


Saturday, September 22, 2012

Cara Tidur Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Saya nak kongsi tips Cara Tidur Rasulullah S.A.W.. Insyallah jika amalkan cara ni kita akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Cara Rasulullah  S.A.W Tidur


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya  kita bersama pasangan kita tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersama pasangan kita dulu.
Sumber

Friday, September 21, 2012

Kenapa Menutup Aurat

Assalamualaikum..

Kenapa wanita di tuntut bertudung di dalam Islam bagi wanita? Saya nak berkongsi cerita tentang bertudung. Semoga bermanfaat kepada kita semua.. Indahnya perintah Allah kepada kita semua.

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam.

Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”



Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak.
Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan.
Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata,intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah?
Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang,
“Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Tuesday, September 4, 2012

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sumber:iluvislam

Monday, August 6, 2012

Antara Sifat-Sifat Kasih Sayang Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian di Bulan Ramadhan yang mulia ni... Selamat Berpuasa semua... Hari ni dah hari ke-18 kita berpuasa.. Semoga kita sentiasa di dalam Rahmat Allah di bulan yang Berkat dan Rahmat ni :-)

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.


3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

WALLAHUALAM

Friday, April 27, 2012

Kehebatan Azan.



Segeralah solat sesudah azan selagi keadaan kita sihat..
Kerana kematian datang pada bila-bila masa sahaja...
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa
Dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW...
Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam..
Yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari..
Betapa mengagumkan suara azan itu..
Dan bagi umat Islam di seluruh dunia..
Azan merupakan sebuah fakta...


Penyatu Umat Islam..
Azan menemukan momentum sebagai penyeru..
dengan “kekuatan supernatural” yang sangat dahsyat...
Ketika azan berkumandang..
Kaum muslimin bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi..
Dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjemaah...
Dalam konteks demikian, azan adalah penyatu umat..
Simpul-simpul kesedaran psiko-religious mereka bergetaran..
Berhubung secara simulasi..
Dan dengan total kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh..
Luruh dalam kesyahduan ibadah solat berjemaah..

Islam itu banyak mahzab...
Dan di setiap mahzab itu pasti berbeza pula pandangan cara mengerjakan solat/bacaannya...
Apalagi pemeluk agama islam jumlahnya sangat ramai 1/4 dari jumlah populasi dunia..
Dan umat yang memiliki bahasa berbeza...
Namun tidak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan!


Sejarah Azan..

Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah. 

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat.

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompetdan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namunsemua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w. 

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaidkepada Rasulullah SAW.

Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: "Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi)."

Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” Yang kemudian Rasulullahmenyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

Azan PERTAMA di kumandangkan oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar bilal.


Azan semasa peristiwa penting..

Azan digunakan islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat..
Selain itu azan juga dikumandangkan semasa perkara penting..
Ketika lahirnya seorang bayi..
Ketika musibah seperti kebakaran, puting beliung, tsunami..
Dan ketika peristiwa besar seperti hendak berperang dan meraikan kemenangan...


Contoh peristiwa besar yang dimaksudkan adalah..

Fathu Makah..
Pembebasan Mekkah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630..
Iaitu pada tanggal 10 Ramadan 8 Hijrah..
Di mana Muhammad beserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menujuMekkah..
 Dan kemudian menguasai Mekkah secara keseluruhan..
sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah..
Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah..


Kesinambungan Azan di setiap pelusuk bumi..

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan..
Mengakui..
Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya..
Dan jumlah penduduknya seramai 180 juta..
Sebaik masuk waktu Subuh..
Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan..
Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad SAW..

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia...
Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam..
Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula diMalaysia..

Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan diJakarta..
Tiba giliran Dacca di Bangladesh..
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibaratIndia..
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini..
Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..

Belum berakhir di Pakistan..
Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat..
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam...
Dalam jangka masa ini..
Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait danIraq..

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik..
Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantikadalah 9-1/2 jam..
Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik.
Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia..
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus..




Subhanallah..
Begitu hebat dan agungnya Islam!
Andai masjid-masjid di seluruh dunia dapat memasang speaker-speaker besar..
Seperti yang kita temui di konsert-konsert besar..
Pasti bergegarlah dunia dengan laungan azan..
Indah bukan?
Detik demi detik beredar..
Azan akan sentiasa dilaungkan..
Azan akan sentiasa menguasai dunia..
Insyaallah..

Wallahualam