Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia. Alhamdulillah kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada hari ini kita bakal diketemukan lagi dengan Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di bumi Malaysia. Pada masa tersebut kedudukan matahari adalah betul-betul berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil  Istiwa A'zam.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia
Pada waktu tersebut carilah dimana kedudukan matahari di saat itu, maka itulah arah kiblat yg betul kerana matahari betul-betul di atas kaabah pada waktu tersebut. Bila tiba waktu tersebut kita akan dapat melihat sendiri arah kiblat sama ada di rumah, pejabat, di kebun-kebun atau tempat kerja sambilan kita yang mana tempat kita menunaikan ibadat solat. Tidak perlu kompas mahupun pengesahan dari mana-mana jabatan agama tentang arah kiblat pada masa tersebut. Kita sendiri boleh menentukan arah kiblat tersebut. Baiknya Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Tidak perlu bersusah payahkan. Allah SWT sediakan kemudahan kepada kita.

Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia.

Alhamdulillah bagi kita yang berada di bumi Malaysia. Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia adalah seperti berikut pada setiap tahun:

TARIKH: 28 Mei    MASA:Tepat pukul 5.16 petang.
TARIKH: 16 Julai  MASA:Tepat pukul 5.28 petang.

Macam Mana Nak Tentukan Arah Kiblat Berpandukan Waktu Istiwa Matahari?

Caranya mudah sahaja macam ini:-
1) Sediakan tiang atau kayu yang lurus, jika nak guna pen atau batang penyapu pun boleh jika tak ada kayu yang lurus bagi tujuan tersebut.

2) Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu SIRIM atau dengan merujuk pada jam di warta berita tv, coder astro atau menghubungi 1051 dengan telefon anda  bagi mendapatkan waktu SIRIM. Mudah sahaja, call no tersebut dan anda akan terus dapat mendengar waktu di Malaysia mengikut waktu dan masa yang paling tepat mengikut waktu SIRIM. Jam di SIRIM adalah JAM yang menjadi jam rujukan waktu paling tepat di Malaysia. Jika nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web SIRIM MALAYSIA.

3) Kemudian tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, samaada anda nak pegang atau cucuk tiang tersebut terpulang kepada anda.

4) Perhatikan arah BAYANG yang terhasil pada  waktu tersebut dan arah bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat yang sebenar terus dari kaabah.

5) Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan.

Alhamdulillah dah selasai anda bolehlah buat tanda yang lebih terang lagi. Insyallah anda boleh ikut arah yang telah ditandakan tadi untuk mendapatkan arah kiblat bagi bilik-bilik lain dalam rumah anda bagi tujuan menentukan arah kiblat yang sebenar. Raya pun dah dekat, nanti ramai saudara mara yang berkunjung untuk berhari raya dan solat di rumah anda.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua bagi menentukan arah kiblat yang betul dan ini akan dapat memperbaiki lagi MUTU SOLAT yang kita kerjakan selama ini.

Seseorang yang menjaga solatnya, Allah SWT akan menjaganya. Bersama-samalah kita memperbaiki dan mempelajari dengan lebih baik lagi solat kita. Sesungguhnya solat adalah perkara pertama yang akan di soal pada hari akhirat. Jika baik solat, maka amalan lain Allah SWT akan terima dengan mudah, namun jika solat  tidak sempurna takut-takut nanti amalan lain juga Allah tolak. Ini kerana solat merupakan Tiang Agama. Dapatkan tips dan panduan bagi MENCANTIKKAN lagi mutu solat kita melalui perkongsian ilmu oleh Ustaz Hasnan disini --->> Rahsia Solat (Rujuk disini)

Selamat beramal di bulan Ramadhan yang penuh berat ini. Ada masa petang nanti boleh berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Monday, June 30, 2014

Rahsia Solat-Kisah Dua Hari Bersolat Terawih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rahsia Solat-Kisah Dua Hari Bersolat Terawih. Dua hari sudah kita bersolat terawih. Suka saya tengok perubahan dan suasana surau taman saya pada bulan puasa ini. Bulan Ramadhan Bulan Ibadat. Alhamdulillah surau yang ada 13 saf penuh dan ada sebahagian kecil lagi ahli jemaah yang terpaksa bersolat diberanda sajak dua hari mula solat terawih ini. Ramai rupanya penduduk Islam dalam taman saya menetap ini. Ingatkan kurang orang Islam disini. Alhamdulillah ramai rupanya.

Solat Ikut Suasana Semasa
Kadang-kadang ada terfikir juga. Kenapa bulan Ramadhan ramai orang datang bersolat disurau tetapi lain pula jadinya di luar bulan Ramadhan. Maghrib dan Isyak nak dapat 3 saf pun susah pada bulan lain. Campur dengan anak-anak kecil yang datang mengaji Al-Quran alhamdulillah dapatlah 3-4 saf. Jika tak kadang-kadang nak dapat satu saf penuh pun ada ketikanya susah juga.


Betullah kata ustaz-ustaz, kita hari ini solat mengikut suasana. Bila bulan Ramadhan ramai yang datang sebab nak buat solat sunat terawih, tetapi pada bulan selain Ramadhan susah nak datang surau, nak solat lima waktu yang wajib pun tak dapat. Nabi S.A.W pun bersolat lima waktu secara berjemaah di masjid. Banyak bezanya orang Islam hari ini dengan orang Islam zaman kegemilangan Islam dulu. Kata ustaz lagi, sebab itu Allah S.W.T hari ini tak tolong orang Islam. Sebabnya orang Islam dah tak amalkan cara hidup Nabi S.A.W di dalam kehidupan. Perintah solat diabaikan.

Tak perlu kita tengok amalan yang besar, tengok amalan solat yang wajib ini pun ramai yang tak buat. Masa bulan Ramadhan solat 5 waktu. Tetapi bila luar Ramadhan dah tak solat. Jika solat pun waktu zohor sahaja. Itu pun sebab malu dengan kawan-kawan yang bersolat. Ini kira ok lagi. Ada setengah tu tak malu, lima waktu solat "tuang" macam itu sahaja. Kata mereka tak sempat nak solat, banyak kerja nak dibuat dan macam-macam lagi alasan.

Jika macam inilah alasannya. Rasa "kuat" bolehlah jawap macam ini depan Allah S.W.T dan malaikat yang soal kita nanti. Tak tahulah macam mana jika mati dalam keadaan macam ini. Kadang-kadang sedih juga dengan orang Islam hari ini. Solat tiang agama di runtuhkan. Lepas tu kita salahkan orang lain. Kata orang lain yang jatuhkan Islam. Sebenarnya kita orang Islam yang tak bersolat inilah yang meruntuhkan agama kita sendiri.

Berubah dan Belajarlah Solat Pada Bulan Ramadhan ini.
Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi oleh Allah S.W.T yang Maha Pemurah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Bulan ini merupakan bulan islah (penyucian) diri kita kepada Allah. Pada bulan inilah perintah Solat diturunkan. Solat merupakan kunci kepada Khazanah Allah S.W.T kepada umat Islam. Melalui solat Allah akan membantu dan menolong kita umat Islam. Selagi mana kita memelihara solat, selagi itulah Allah S.W.T akan memelihara kita. Sebaliknya jika kita lalai dan alpa dengan perintah Allah S.W.T maka Allah akan melepaskan tanggungjawapnya untuk memelihara kita.

Buatlah sesuatu untuk memperbaiki solat kita, belajar dan dalamilah ilmu tentang solat. Insyallah hidup kita akan diberkati Allah S.W.T.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Saya nak berkongsi sebuah ebook berserta video rakaman tentang Rahsia Solat. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memperbaiki mutu ibadat solat kita semua dan kita semua akan di rahmati Allah S.W.T.


Ebook dan Video Rahsia Solat ini telah dihasilkan oleh Prof Madya Dr. Hasnan Kasan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan. Beliau merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mempunyai kelulusan Universiti Al-Azhar. Beliau telah membuat kajian yang mendalam tentang solat selama beberapa tahun dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat". Yang mana buku tersebut turut dimuatkan di dalam ebook Rahsia Solat tersebut.

Jika berminat dan ingin memperbaiki tahap ibadat solat anda. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Saya sarankan anda memilikinya. Ebook dan rakaman ini adalah di dalam bentuk digital. Jadi, anda boleh download terus ke dalam komputer, tab atau handphone anda dan terus membaca dan menontonnya. Buatlah sedikit pelaburan bagi membaiki mutu amalan solat kita dan keluarga. Insyallah ianya akan lebih bermanfaat.

Jika berminat anda boleh lihat Panduan Rahsia Solat <<<--- disini.

"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."
- Al-Ankabut , Ayat 45

Tuesday, May 14, 2013

Wordless Wednesday-Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Ketika masalah datang, Allah S.W.T  tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Allah S.W.T hanya meminta kita Sabar dan Solat.


Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan, solat, sabar,
Sabar Dan Solat Kunci Kejayaan
Jom sama-sama kita menjaga amalan solat kita. Semoga solat menjadi pembela dan pembantu kita di Alam Akhirat nanti Insyallah. AMIN.


Wednesday, October 31, 2012

Macam Mana Nak Jawap di Sana

Assalamualaikum.
Saya nak berkongsi tentang solat hari ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. 


-Bukan susah pun nak solat kan. Orang macam ini pun bersolat. Macam mana orang yang bukan macam ni nak jawap kat akhirat jika mereka tak bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W menyebut tentang solat fardu dan baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menjaga solat, maka baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya cahaya, petunjuk atau pun pertolongan dan pada hari akhirat dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf." (HR. Ahmad)


Tuesday, October 23, 2012

Dear Awak

Assalamualaikum..



Dear AWAK....
Awak kata awak sanggup jadi Bunga..Matahari.. Bulan... Awan.. Pelangi Dan Lain-lain... Tapi saya TAK MAU semua Tuu... Saya just nak AWAK jadi IMAM saya bolehh??


Wednesday, October 10, 2012

Bukan Susah Pun Nak Solat


Assalamualaikum..

1. Masuk waktu SOLAT?.. Apa lagi.. Prepare la untuk solat..
2. Ambil wuduk : 30 Saat.. Bergantung Kepada Anda Lah Yaa...
3. Mulalah bersolat : 5 Minit Je!
4. Doa-doa sikit sebab doa lepas solat fardu ni mujarab tau.. : 30 Saat..
5. Dah Siap..! 6 minit aja la..! Apa susah?..

P/S : Semua ini bergantung kepada anda semua.. Lagi lama anda luangkan waktu untuk solat.. Lagi TERBAIK.. OK!.. (^_^)






Monday, October 8, 2012

Solat Tahajjud


Allah berfirman maksudnya, “Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Az-Zumar : 9)


Allah berfirman maksudnya, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (Al-Muzammil : 1-9)

Allah berfirman maksudnya, “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79).

Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim) 

Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).

Nabi saw. bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyang malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (HR at-Tirmizi)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( Riwayat At-Tabrani )
sumber

Thursday, September 27, 2012

Kelebihan Solat Dhuha

Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat kawan-kawan, hari ni saya nak berkongsi tentang Kelebihan Solat Sunat Dhuha. Semoga ianya boleh di jadiakan panduan di dalam kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah S.W.T.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Waktu Dhuha
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Wallah'hualam..

Monday, July 2, 2012

Solat

Assalamualikum..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang Solat.
Semua orang Islam tahu tentang Solat. Ada juga kita panggil sembahyang.
Solat kepada kita orang Islam adalah Tiang Agama. Sesiapa mendirikan Solat, dia menegakkan agama.
sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agama. Hari ni bukan orang lain yang meruntuhkan agama kita.
tetapi kita yang beragama Islam yang meninggalkan solat yang meruntuhkan agama.

Cuba kita tengok kiri kanan kita, depan belakang kita. Berapa orang yang cukup mengerjakan solat 5 waktu?
kadang-kadang kerana kerja kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana berjalan kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana sakit tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana penat kita tinggalkan solat,
kadang-kadang kerana sebab-sebab yang kecil kita tinggalkan solat.



Tak perlu kita tengok jauh-jauh.
Kita tengok diri kita,
Kita tgok anak-anak & keluarga kita,
Adik beradik kita. Adakah mereka-mereka ni MENJAGA SOLAT ..

Sebenarnya Solat kita ni seperti "berkata-kata" ngn Allah.
Kita boleh mengadu masalah kita kat Allah melalui solat.
Kita boleh memohon apa-apa hajat @ keperluan kita melalui solat.

Ayuh kita jaga solat kita.
Ayuh kita jaga solat keluarga kita.
Ayuh kita belajar dan perbaiki Qualiti solat kita.
Agar solat kita dapat menarik bantuan Allah kepada kita & umat hari ini.

Solat yang terbaik adalah solat Cara Nabi Muhammad S.A.W.
Solat 5 waktu secara berjemaah di masjid@surau di awal-awal waktu untuk lelaki.
Wanita solat awal waktu di rumah.
Solat berjemaah Allah bagi 27 pahala berbanding solat bersendirian..

Insyallah dengan kita jaga Solat, Allah akan jaga kita.
semoga kita semua di beri kekuatan untuk menjaga solat sampai akhir hayat kita.

Amin..

Friday, April 27, 2012

Kehebatan Azan.



Segeralah solat sesudah azan selagi keadaan kita sihat..
Kerana kematian datang pada bila-bila masa sahaja...
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa
Dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW...
Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam..
Yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari..
Betapa mengagumkan suara azan itu..
Dan bagi umat Islam di seluruh dunia..
Azan merupakan sebuah fakta...


Penyatu Umat Islam..
Azan menemukan momentum sebagai penyeru..
dengan “kekuatan supernatural” yang sangat dahsyat...
Ketika azan berkumandang..
Kaum muslimin bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi..
Dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjemaah...
Dalam konteks demikian, azan adalah penyatu umat..
Simpul-simpul kesedaran psiko-religious mereka bergetaran..
Berhubung secara simulasi..
Dan dengan total kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh..
Luruh dalam kesyahduan ibadah solat berjemaah..

Islam itu banyak mahzab...
Dan di setiap mahzab itu pasti berbeza pula pandangan cara mengerjakan solat/bacaannya...
Apalagi pemeluk agama islam jumlahnya sangat ramai 1/4 dari jumlah populasi dunia..
Dan umat yang memiliki bahasa berbeza...
Namun tidak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan!


Sejarah Azan..

Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah. 

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat.

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompetdan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namunsemua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w. 

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaidkepada Rasulullah SAW.

Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: "Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi)."

Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” Yang kemudian Rasulullahmenyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

Azan PERTAMA di kumandangkan oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar bilal.


Azan semasa peristiwa penting..

Azan digunakan islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat..
Selain itu azan juga dikumandangkan semasa perkara penting..
Ketika lahirnya seorang bayi..
Ketika musibah seperti kebakaran, puting beliung, tsunami..
Dan ketika peristiwa besar seperti hendak berperang dan meraikan kemenangan...


Contoh peristiwa besar yang dimaksudkan adalah..

Fathu Makah..
Pembebasan Mekkah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630..
Iaitu pada tanggal 10 Ramadan 8 Hijrah..
Di mana Muhammad beserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menujuMekkah..
 Dan kemudian menguasai Mekkah secara keseluruhan..
sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah..
Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah..


Kesinambungan Azan di setiap pelusuk bumi..

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan..
Mengakui..
‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya..
Dan jumlah penduduknya seramai 180 juta..
Sebaik masuk waktu Subuh..
Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan..
Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad SAW..

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia...
Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam..
Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula diMalaysia..

Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan diJakarta..
Tiba giliran Dacca di Bangladesh..
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibaratIndia..
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini..
Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..

Belum berakhir di Pakistan..
Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat..
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam...
Dalam jangka masa ini..
Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait danIraq..

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik..
Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantikadalah 9-1/2 jam..
Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik.
Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia..
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus..




Subhanallah..
Begitu hebat dan agungnya Islam!
Andai masjid-masjid di seluruh dunia dapat memasang speaker-speaker besar..
Seperti yang kita temui di konsert-konsert besar..
Pasti bergegarlah dunia dengan laungan azan..
Indah bukan?
Detik demi detik beredar..
Azan akan sentiasa dilaungkan..
Azan akan sentiasa menguasai dunia..
Insyaallah..

Wallahualam