Showing posts with label Makanan Berkhasiat Untuk Kehamialan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Berkhasiat Untuk Kehamialan. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Pemakanan Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips pemakanan ibu mengandung. Semoga prkongsian tips pemakanan ibu mengandung ini berguna untuk ibu-ibu dan bakal-bakal ibu dalam pemilihan dan penjagaan pemakanan harian mereka sebelum menerima kahadiran cahaya mata nanti.


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang dimakan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Pemakanan Ibu Mengandung, mengandung, hamil,


Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 - 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

sumber


Monday, February 4, 2013

Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak berkongsi maklumat tentang Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W . Semoga perkongsian Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W ini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu dan yang bakal menjadi ibu. :-)

Sebagai orang tua, tentulah kita menginginkan memiliki anak yang sempurna baik fizikal dan rohani. Oleh karana itu segala usaha harus dilakukan agar keinginan tersebut tercapai. Banyak orang tua yang mempersiapkan pendidikan dan keperluan untuk si buah hati bahkan sejak berada di dalam kandungan. Memang jika dilihat dari awal penciptaan manusia, kehidupan dimulai sebelum lahir ke dunia. Iaitu sembilan bulan didalam rahim. Itulah sebabnya di China, usia seseorang dihitung dari tarikh lahir dan ditambah dengan usia sembilan bulan dalam kandungan.

Tetapi tidak sedikit para ibu yang melupakan faktor makanan dalam mendidik akhlak anak saat dalam rahim. Padahal bayi mendapatkan makanan dari apa yang dibekalkan ibunya. Jika apa yang dimakan oleh ibunya baik, maka yang dimakan oleh bayi tentulah juga baik. Begitu juga sebaliknya. Sehingga dalam Islam, Rasululullah S.A.W menganjurkan agar memberi makanan yang baik dan halal, serta menjauhkan makanan yang diperoleh dari suatu perbuatan dosa. Tujuannya supaya akhlak anak baik dan terjaga dari segala perbuatan dosa di kehidupannya kelak.

Rasulullah S.A.W, memberikan tuntunan makanan apa saja yang berkhasiat untuk bayi sejak dalam kandungan. Dan sebagai umat Islam hendaknya kita meyakini serta mengamalkan tuntunan tersebut. Berikut ini info tentang makanan dan buah-buahan serta khasiatnya untuk bayi menurut Rasulullah SAW:

Buah Kurma
Kurma adalah tanaman yang hidup di daerah kering semenanjung arab. Memiliki buah yang berwarna coklat kehitaman, lonjong dan berdiameter 2-3 cm. Kandungan glukosa, fruktosa serta zat cair didalamnya sangat mudah diserap oleh tubuh. Oleh karena itu buah kurma juga beberapa kali disebutkan di dalam Alquran sebagai buah yang memiliki kelebihan dibanding buah lain. Berikut khasiat kurma menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah S.A.W bersabda, “Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci.”

Amirul Mukminin as berkata, “Barni adalah sebagus-bagusnya kurma. Berilah ia kepada para wanita yang sedang dalam masa nifas, supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan bijak.”

Imam Ja`far Shadiq as berkata, “Berilah makan barni (sejenis kurma) wanita yang telah melahirkan (pada masa nifas) supaya anaknya menjadi anak yang berakal dan murah hati.”

Sehingga dari uraian diatas, sangatlah dianjurkan memberikan Kurma untuk dikonsumsi ibu. jadi Air ASI-nya akan berisi berbagai khasiat yang disebutkan diatas. Sehingga ini semakin memperkuat keyakinan untuk memberikan ASI kepada Bayi, dan hendaknya tidak memberikan susu formula sebagai salah satu upaya mendidik akhlak dan fisik anak sejak dini.

Lu'ban
Lu'ban adalah sejenis kemenyan khas arab yang biasa dipakai sebagai bahan pengharum dan parfum arab. Kandungan utamanya adalah unsur utama dari resin benzoin berbagai tanaman dari genus Styrax. Dengan memberikan lu'ban, bayi dalam rahim akan memperoleh banyak manfaat. maka Berikut Khasiat lu'ban menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah saw bersabda, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil, karena janin yang memakan lubân dalam perut ibunya akan menjadi kuat akalnya. Jika ia laki-laki ia akan menjadi seorang pemberani, jika ia perempuan ia akan menjadi perempuan yang besar pinggulnya dan dicintai suaminya.”

Imam Ali Ridha as berkata, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil. Karena, jika ia anak laki-laki ia akan menjadi laki-laki yang cerdas, pintar dan pemberani, dan jika ia anak perempuan ia akan menjadi perempuan yang berakhlak baik, cantik, berpinggul besar dan dicintai suaminya.”

Buah Safarjal
Safarjal adalah buah sejenis apel dengan nama latin Cydonia oblonga. Buahnya banyak mengandung khasiat, di amerika di sebut dengan nama Quince.
Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W, Kehamilan, hamil, tips makanan semasa hamil,
Buah Safarjal

Rasulullah SAW bersabda, "Berilah makan buah safarjal (sejenis apel) kepada wanita yang sedang hamil, karena ia dapat membuat bagus akhlak anak yang akan dilahirkan."

Semangka
Semangka adalah buah dari tanaman merambat yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun. Buahnya yang banyak mengandung air membuatnya sering dijadikan jus. Daging buahnya berwarna merah dan kuning.

Rasulullah SAW memberikan anjuran agar ibu hamil mengkonsumsi semangka sebagaimana sabda beliau: "Setiap wanita hamil yang makan buah semangka maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."