Showing posts with label Rahmat Allah. Show all posts
Showing posts with label Rahmat Allah. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Felixia Yeap-Rania Memeluk Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Felixia Yeap-Rania Memeluk Islam. Alhamdulillah berita yang seronok untuk kita dengar pada hari Jumaat yang mulia ini. Semalam Felixia Yeap yang dahulunya bekas model sebuah majalah telah memeluk Islam secara rasminya di sebuah masjid di TTDI. Beliau yang kini bergelar muslimah sebelum ini bernama Felixia Yeap dan kini mengunakkan nama baru "Rania". Hidayat dari Allah S.W.T kepada beliau tiada siapa yang boleh menghalangnya. Bila Allah nak bagi hidayat kepada seseorang tiada satu kuasa pun boleh menghalang. Namun jika Allah tak nak bagi hidayat macam mana kita usaha pun mereka tidak akan dapat hidayat. Hanya Allah S.W.T yang mampu buat semua tu. Kita manusia tak mampu nak buat apa.

Felixia Yeap-Rania Memeluk Islam
Felixia Yeap-Rania Memeluk Islam
Pegislaman beliau merupakan satu rahmat yang besar buat beliau. Pengislaman beliau terdapat dalam status Facebooknya. Pengakuannya telah merungkai semua tanda tanya pihak yang ingin mengetahuinya. Tahniah buat Felixia Yeap(Rania) di atas pengislamannya.

Felixia Yeap-Rania Memeluk Islam
Bagi anda yang nak mengetahui sedikit sebanyak tentang kisah pengislamannya. Anda boleh lihat sendiri coretan yang terdapat di dalam blog, facebook dan twitter beliau.

Felixia Yeap(Rania)
Facebook : FelixiaYeapOfficialPage
Blog          : http://felixiayeap.blogspot.com/
Twitter      : @FelixiaYeap

Sesungguhnya hidayat itu tinggi nilainya. Bukan semua orang yang diberikan hidayat oleh Allah. Hidayat adalah milik Allah S.W.T. Allah boleh bagi dan ambik balik hidayat ikut apa yang Allah kehendaki.

Hari ini ada yang memeluk agama Islam yang kita tahu. Namun kita tak tahu berapa ramai juga orang Islam yang keluar dari agama Islam. Semoga Allah bagi kekuatan dan keazaman kepada kita semua untuk terus kekal dalam Islam sampai akhir hayat. Sentiasalah memohon hidayat dan petunjuk daripada Allah. Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan bergantung harap.

Allah memberi hidayat dan rahmatnya kepada setiap makhluknya. Cuma kita kadang-kadang tidak tahu dan lupa kepada pemberian Allah yang Maha Hebat tersebut. Ada terdapat dikalangan orang Islam yang alpa atas semua nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Mereka tidak menunaikan perintah Allah. Sedangkan kematian akan datang menjemput tidak diketahui masanya. Dek kerana keasyikkan dengan keseronokan dunia. Manusia lupadan leka kepada Allah yang Maha Kuasa.

Hanya orang-orang yang Allah bagi hidayat sahaja yang boleh kekal istiqamah. Sentiasalah kita memohon Rahmat dan Hidayat daripada Allah S.W.T. Rahmat Allah S.W.T ada satu anugrah yang tidak ternilai. Dapatkan perincian tentang Rahmat Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang mulai ini. Siapa yang beroleh Rahmat daripada Allah S.W.T adalah dari kalangan orang-orang yang beruntung. Dapatkan panduan dan tips macam mana nak mengetahui rahsia disebalik Rahmat Allah S.W.T disini.-->>  Rahsia Disebalik Rahmat Allah S.W.T



Salam Ramadhan buat Muslim dan Muslimat.

Thursday, January 24, 2013

Jangan Putus Asa Dalam Berdoa


Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian Jangan Putus Asa Dalam Berdoa pada hari Jumaat yang penuh berkat ini. Semoga perkongsian Jangan Putus Asa Dalam Berdoa ini memberi manfaat kepada kita semua di dalam berdoa.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda bermaksud;

” Allah S.W.T sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi ( perkara ) dosa, ( perkara yang ) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. “

Lalu Baginda ditanya oleh seseorang; “Apa maksudnya meminta dicepatkan? “

Jawab Baginda;

” Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. “

Hadith Riwayat Muslim

Berdoa, doa, Jangan Putus Asa Dalam Berdoa, mengharap rahmat Allah S.W.T,
Jangan Putus Asa Dalam Berdoa

Jangan Berputus-asa dikala Doa Belum dikabulkan

Ada Hadith yang menyatakan : ” Doa adalah senjata bagi orang yang beriman. ” Juga di sisi lain menerangkan : ” Doa itu sumsum ibadah. “

Maka perjuangan tanpa doa binasa dan doa yang tidak diiringi dengan usaha hampa.

” Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah S.W.T kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh. Allah S.W.T telah menjamin menerima semua doa sesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan. “

Oleh kerana itu jadikan doa dan usahamu sebagaimana fungsi ruh dengan jasad pada diri manusia. Sebab yang disebut insan kamil ( manusia seutuhnya ) ialah manakala jasad dengan ruh bertemu pada satu wujud manusia. Tidak akan disebut manusia yang sempurna, bila hanya ada ruh. Begitu pula sebaliknya, hanya akan disebut mayat, bila manusia hanya ada jasadnya sahaja tanpa dengan ruh.

Janganlah Membuatmu Putus Asa Dalam Mengulang Doa-Doa, Ketika Allah S.W.T Menunda Ijabah Doa Itu?

Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita semua agar kita tidak berputus-asa dalam berdoa. Mengapa demikian? Kerana nafsu manusia seringkali muncul ketika  Allah S.W.T menunda ijabah atau pengabulan doa-doa kita. Dalam keadaan demikian manusia seringkali berputus-asa, dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana manusia merasakan bahawa apa yang dijalankan melalui doanya itu, akan benar-benar memunculkan pengabulan dan Allah S.W.T.  Tanpa disedari bahawa ijabah itu adalah Hak Allah S.W.T bukan hak hamba. Dalam situasi keputusasaan itulah hamba Allah cenderung mengabaikan munajatnya sehingga ia kehilangan hudlur ( hadir ) bersama Allah S.W.T.

Dalam ulasannya terhadap wacana di atas, Syekh Zaruq menegaskan, bahawa ciri manusia dalam konteks berdoa ini ada tiga perkara :

Pertama :

Seseorang menuju kepada Tuhannya dengan kepasrahan sepenuhnya, sehingga dia meraih redhaNya. Hamba ini senantiasa bergantung denganNya, baik doa itu dikabulkan seketika mahupun ditunda. Dia tidak peduli apakah doa itu akan dikabulkan dalam waktu yang panjang atau lainnya.

Kedua :

Seseorang tegak di depan pintuNya dengan harapan penuh pada janjiNya dan memandang aturanNya. Hamba ini masih kembali pada dirinya sendiri dengan pandangan yang tidak acuh dan syarat-syarat yang tidak dipenuhi, sehingga mengarah pada keputusasaan dalam satu waktu, namun kadang-kadang penuh harapan optimis. Walaupun hasratnya sangat ringan, tapi syariatnya menjadi besar dalam hatinya.

Ketiga :

Seseorang yang berdiri tegak di pintu Allah S.W.T namun disertai dengan sejumlah cacat jiwa dan kealpaan, dengan hanya menginginkan keinginannya belaka tanpa mengikuti aturan dan hikmah. Orang ini sangat dekat dengan keputusasaan, kadang-kadang terjebak dalam keragu-raguan, kadang-kadang terlempar dijurang kebimbangan. Semuga Allah S.W.T mengampuninya.

Apakah Setiap Doa Akan Dikabulkan?

Pertanyaan ini akan terjawab bila engkau telah memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Maka, tidak harus berhenti dari kesungguhan doamu, juga jangan berpaling dariNya kerana lambat masa diperkenankan pintamu. Pun pula jangan mengherdik seraya terlontar kalimah protes atas ketidak puasanmu dengan huraian firmanNya yang menyatakan :

” Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. “
Q.S Ghaafir : 60

Perbaiki dahulu sangkamu kepada Allah S.W.T dan yakinlah seraya husnuzhon ( bersangka baik ) kepadaNya, bahawa Ia tak akan mengingkari janjiNya. Kemudian perhatikan dengan saksama petunjukNya, terutama pada syarat-adab berdoa. Kemudian, cuba engkau renungkan firmanNya yang tertera di bawah ini;

” Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku ( Allah S.W.T ) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu ( dengan mematuhi perintahKu ) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “
Q.S Al Baqarah : 186

Allah S.W.T itu hampir kepada setiap hamba-hambaNya, bahkan kehampiranNya dihurai dalam firmanNya;

” Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang ( pengetahuan ) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, “
Q.S Qaaf : 16

Maka tidak layak untuk mengatakan : “Allah S.W.T tidak mengabulkan doa kami. “

Yang menjadi masalah di sini ialah, pemahaman tentang Allah S.W.T dekat dengan hamba-hambaNya, juga Allah mengabulkan setiap pinta dan doa hamba-hambaNya. Tentunya memahami perkara semacam ini perlu ada kajian ilmu tauhid yang akan menyampaikan kepada pengetahuan tentang Allah dan keberadaanNya.

Allahlah yang menjamin ijabah doa itu menurut pilihanNya padamu, bukan menurut pilihan seleramu, kelak pada waktu yang dikehendakiNya, bukan menurut waktu yang engkau kehendaki.

Seluruh doa hamba pasti dijamin pengabulannya. Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T:

” Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Q.S Ghaafir : 60

Allah S.W.T menjamin pengabulan itu melalui janjiNya. Janji itu jelas bersifat mutlak. Hanya saja dalam ayat tersebut Allah S.W.T tidak memfirmankan dengan kata-kata, “menurut tuntutanmu, atau menurut waktu yang engkau kehendaki, atau menurut kehendakmu itu sendiri. “

Konsep doa yang dikabulkan harus difahami sebagai janjiNya yang pasti akan dipenuhi sesuai dengan kehendakNya. Pengabulan itu ada kalanya di dalam dunia dan ada pula di akhirat. Jika yang dipinta sesuai dengan kehendakNya, maka akan diberikannya segera, tetapi bila permohonannya tidak seiring dengan kehendakNya maka sebagai gantinya, Ia akan memberikan sesuai dengan kehendakNya sebagai alternatif yang tepat untuk dirimu dariNya. Perkara ini pun, jika Ia berkenan atas pintamu. Yang jelas Ia tidak pernah menyalahi janji-janjiNya.

Saya perjelas di sini, bahawa Allah S.W.T telah mengakui pintamu juga akan memperkenankannya sesuai dengan apa yang Dia pilihkan bagimu. Tidak menurut pilihanmu bagi nafsumu. Gelora jiwa yang terasa padamu adalah rahmatNya. Terkadang engkau benci terhadap sesuatu yang tidak seirama dengan nafsumu, tetapi ia baik untukmu. Begitu pula sebaliknya, apa yang engkau cintai belum tentu baik untukmu, bahkan jahat serta merosakkan lahir batinmu. Sebagaimana firmanNya yang menyatakan;

” Kamu diwajibkan berperang ( untuk menentang pencerobohan ) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah S.W.T jualah Yang mengetahui ( semuanya itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya. “
Q.S Al-Baqarah : 216

Maka itu pasrahkan dirimu dalam pilihanNya untukmu sesuai dengan kehendakNya, nescaya engkau akan menemui apa yang baik bagimu dan menurutNya.

” Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah S.W.T). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. “
Q.S Al-Qasas : 68

Oleh kerana itu jangan engkau memilih sesuatu apapun, jika harus memilih, maka pilih olehmu untuk tidak memilih. Jika engkau telah berhenti dari memilih sesuatu, kemudian engkau serahkan kepada Allah S.W.T dalam segala hal pilihan atas kehendakNya, nescaya Ia akan memilihkan untukmu yang paling terbaik menurutNya.

Adapun diperkenankan doa itu terkadang diberi dengan wujud yang dipinta, namun tidak mustahil akan diganti dengan lainnya yang lebih baik bagimu seperti tercegah dari malapetaka, diampuni dosa atau kesalahannya, mendapat curahan nikmat serta pengabulannya ditunda untuk kelak di akhirat. Sebagaimana dihurai dalam hadith yang bersumber dari Anas RA. Berikut;

“Tiada seorangpun yang berdoa, melainkan Allah S.W.T pasti akan mengabulkan doanya atau dihindarkan dari bahaya padanya atau diampuni sebahgian dari dosanya selagi ia tidak berdoa untuk sesuatu yang menjurus kepada dosa atau untuk memutuskan hubungan sanak keluarga. “

Pada hadith riwayat Muslim menerangkan;

” Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah S.W.T dengan rangkaian doa yang tak durhaka, melainkan Allah akan menganugerahkan dengan salah satu dari tiga perkara: Pertama disegerakan doanya, kedua ditunda untuk di akhirat dan ketiga dihindarkan dari malapetaka walau sekadarnya. ”

Maka hendaklah engkau harus mengakui kekuasaanNya yang mutlak, bahawa diperkenankan pintamu pada waktu yang dikehendakiNya bukan pada waktu yang engkau kehendaki. Kerana pilihan Allah S.W.T bagi hambanya itu terlebih baik dari pada pilihan hamba bagi dirinya. Jadi, setiap doa itu pasti dikabulkan. Masalahnya hanya waktu, sebagaimana doa Musa A.S dan Harun A.S dalam firmanNya;

” Allah S.W.T berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap ( menjalankan perintahKu seterusnya ) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui ( peraturan janjiKu ). ”
Q.S Yunus : 89

Firman ini menerangkan tentang pengabulan doa Nabi Musa A.S dan Harun A.S untuk kehancuran Fir’aun. Tetapi untuk menunggu dikabulkan doa tersebut memakan kurun waktu selama empat puluh tahun. Begitu pula Nabi Muhammad SAW berdoa untuk Umar Ibnu Khatab R.A, agar diberi hidayah dan sekaligus menjadi pendampingnya yang setia. Dalam perkara ini beliau, Nabi Muhammad SAW dihadapkan pada penantian dua tahun lamanya. Dan masih banyak lagi riwayat yang senada dengan huraian di atas.

Dalam hadith Rasulullah S.A.W bersabda;

” Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini : Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda ( pengabulannya ) demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya. “
HR. Imam Ahmad dan AI-Hakim

Dalam hadith lain disebutkan, ” Doa di antara kalian bakal di ijabahi, sepanjang kalian tidak tergesa-gesa, ( hingga akhirnya ) seseorang mengatakan, ‘ Aku telah berdoa, tapi tidak diijabahi untukku. ‘ “
HR. Bukhari-Muslim

Kerana kasih sayang dan pertolongan Allah S.W.T pada hambaNya. Sebab Allah S.W.T Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Zat Yang Maha Pemurah apabila dimohon oleh orang yang memuliakanNya, ia akan diberi sesuatu yang lebih utama menurut KemahatahuanNya. Sementara seorang hamba itu pada dasarnya bodoh terhadap mana yang baik dan yang lebih berfaedah. Terkadang seseorang hamba itu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu buruk baginya, dan terkadang ia membenci sesuatu padahal yang dibenci itu lebih baik baginya. Inilah yang seharusnya difahami pendoa.

Doa itu sendiri adalah ubudiyah. Rahsia doa adalah menunjukkan betapa seseorang hamba itu serba kekurangan. Kalau sahaja ijabah doa itu menurut keinginan pendoanya secara mutlak, tentu bentuk serba kekurangan itu tidak benar. Dengan demikian pula, rahsia taklif ( kewajiban ubudiyah ) menjadi keliru, padahal erti dari doa adalah adanya rahsia taklij’ itu sendiri. Oleh sebab itu, lbnu Athaillah as-Sakandari menyatakan pada wacana seterusnya :

” Janganlah membuat dirimu ragu pada janji Allah S.W.T atas tidak terwujudnya sesuatu yang dijanjikan Allah, walaupun waktunya benar-benar nyata. “

Maksudnya, kita tidak boleh ragu pada janji Allah S.W.T. Terkadang Allah memperlihatkan kepada kita akan terjadinya sesuatu yang kita inginkan dan pada waktu yang ditentukan. Namun tiba-tiba tidak muncul buktinya. Kenyataan seperti itu jangan hingga membuat kita ragu-ragu kepada janji Allah itu sendiri. Allah mempunyai maksud tersendiri disebalik semua itu, iaitu mengekalkan rububiyah atas ubudiyah hambaNya. Syarat-syarat ijabah atas janjiNya, terkadang tidak dipenuhi oleh hambaNya. Kerana itu Allah pun pernah menjanjikan pertolongan kepada NabiNya Muhammad SAW dalam perang Uhud dan Ahzab serta memenangkan kota Mekkah.

Kenapa kita tidak boleh meragukan janji Allah S.W.T? Sebab sikap meragukan janji Allah S.W.T itu dapat mengaburkan pandangan hati kita terhadap kurnia Allah S.W.T sendiri.

As-Sakandari meneruskan;

"Agar sikap demikian tidak mengaburkan mata hatimu dan meredupkan cahaya rahsia batinmu."

Bahawa disebut di sana padanya pengaburan mata hati dan peredupan cahaya rahsia batin, kerana sikap skeptik terhadap Allah S.W.T  tu, akan menghilangkan tujuan utama dan keleluasaan pandangan pengetahuan disebalik janji Allah S.W.T itu.

" Sesungguhnya Allah S.W.T jualah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah S.W.T sesiapa pun yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong."

sumber

Monday, October 29, 2012

Rahmat Allah S.W.T


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang besarnya Rahmat Allah S.W.T. kepada kita. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.
Pada hari akhirat Allah S.W.T memanggil seorang hambanya serta berfirman Allah S.W.T  ” Hai hamba Ku apakah hal perbuatan kamu di dalam dunia selama hidup mu?” Maka sembah lelaki itu, “Ya Tuhan ku, aku tinggal di sebuah pulau dengan berbuat ibadat kepada engkau selama lima ratus tahun lamanya. Di pulau itu terdapat sepohon pokok delima yang sentiasa berbuah pada tiap-tiap tahun. Maka aku makan delima itu pada setiap hari sebiji dan tiadalah aku memerlukan yang lain lagi melainkan menyebut-nyebut nama mu dan puasa dan sembahyang sehinggalah mati aku dalam keadaan bersujud kepada mu”.


Firman Allah Taala, ” Benar engkau hai hamba ku, sekarang masuklah kamu ke syurga dengan RAHMAT KU”. Sembah lelaki itu pula, “ Ya Tuhan ku tiadalah mahu aku masuk ke syurga dengan rahmat mu, akan tetapi aku masuk ke syurga dengan amalku”. Berfirman pula Allah S.W.T  “Mari aku hisabkan akan dikau hei hamba ku, siapa yang memberi kuat atas mu mengerjakan ibadat selama lima ratus tahun itu di pulau itu? dan siapa pula memberi kuat ke atas engkau berpuasa, sembahyang?”. Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua yang memberi kuat.” Firman Allah S.W.T lagi, ” Siapa yang menumbuhkan pohon delima yang engkau makan buahnya pada setiap hari? Sembah lelaki itu ” Ya Tuhan ku engkau jua.” Firman Allah S.W.T lagi “Siapakah yang mengeluarkan air tawar daripada pulau yang dikelilingi oleh laut yang masin itu untuk engkau minum dan mandi?” Sembah lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku.” Firman Allah S.W.T lagi ” Siapa yang memperkenankan doa kamu apabila kamu meminta kepada ku untuk mati dalam keadaan bersujud kepada ku?” Jawab lelaki itu ” Engkau jua ya Tuhan ku”.

Allah Taala menitahkan kepada malaikat membawa segala amalan lelaki itu yang selama lima ratus tahun itu dan diletakkan di atas neraca timbangan. Kemudian Allah S.W.T mengambil cahaya pengelihatan daripada mata lelaki itu dan diletakkan pada daun neraca yang di sebelah lagi.

Maka didapati timbangan daripada cahaya pengelihatan mata lelaki itu lebih berat dari timbangan amalan lelaki itu. Amal soleh yang dilakukan selama lima ratus tahun oleh lelaki itu masih belum mampu mengatasi kurnia Allah S.W.T walau pun hanya salah satu dari kurnianya yakni cahaya pengelihatan.

Maka Allah Taala memerintahkan malaikat membawa lelaki itu ke neraka. Di tengah perjalanan ke neraka lelaki yang soleh tersebut bermohon, ” Ya Allah S.W.T, masukkanlah aku ke syurga mu dengan rahmat mu”. Allah S.W.T berfirman, ” Hai hamba ku masuklah engkau ke syurga dengan Rahmat Ku, engkaulah sebaik-baik hamba.” Maka masuk lah lelaki itu ke syurga dengan kerahmatan Allah S.W.T.

WALLAHUALAM

Thursday, April 12, 2012

Munculnya Pelangi

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Kadang2 kita rasa susah,perit,kecewa,dukacita. Sebenarnya itu semua dari Allah, Allah yang datangkan semua perasaan itu. Allah boleh juga datangkan kita senang,gembira, bahagia dan macam-macam lagi perasaan. Hebat nya Allah kan??. Allah buat semua tu untuk uji kita, Allah nak tengok sejauh mana kita dapat Taat perintah DIA walau macam mana keadaan kita pun. Allah bagi Ujian, mengikut kemampuan kita. kita kena banyakan berdoa pada Allah, semoga Allah bantu di dalam setiap amal & perbuataan kita.

✿~ Jangan sesali apa yang telah pergi, Kerana ianya tak akan kembali
✿~ Jangan tangisi apa yang telah tiada, kerana ianya tealh tiada
✿~ Jangan terus menerus menyiksa diri, kerena kita juga yang akan susah
✿~ Jangan terus hanyut dalam kesedihan, kerana selepas ini pasti adanya kegembiraan


Renungan bersama
Tetapi BANGKITLAH dan BINA kembali apa yang telah tiada.

p/s : Sahabat, aku menyayangimu..Allah selalu ada untukmu, HAPUSKAN air matamu..jangan bersedih lagi..ingatlah, ada INSAN yang selalu meminta diuji agar dia TIDAK LUPA pada Allah, agar Allah sentiasa sayang padanya..bukankah kamu DIPILIH oleh Allah, sebagai tanda sayangNya kepada kamu? ♥♥

:: Hidup harus BERPAKSIKAN cinta dari Allah ::