Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Doa Nak Lulus Ujian Memandu JPJ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Doa Nak Lulus Ujian Memandu JPJ. Masa keluar makan tengahari tadi Faizal yang tengah praktikal tempat saya kerja bercerita yang minggu depan dia nak ambil ujian memandu dengan JPJ. Katanya ini kali pertama dia buat lesen kereta, sebelum ini Faizal dah ada lesen motor. Jadi prosesnya tak ada banyak sangat. Nampak sangat beliau teruja nak menduduki ujian memandu JPJ minggu depan. Masa datang praktikal kerja pun kadang-kadang bila ada masa terluang beliau ada baca buku dan maklumat macam mana nak lulus ujian memandu JPJ dengan sekali ambil. Tengok kepada semangat dan kesungguhan beliau harap-harap beliau lulus. Beliau ada tanya saya doa nak lulus ujian memandu JPJ. Dah jadi ustaz pula kali ini.

Jika anda ingin lulus ujian memandu JPJ dengan hanya sekali ambil sahaja. Dapatkan disini -->> Panduan Lulus Ujian Memandu JPJ (klik sini). Panduan ini telah ditulis padat dengan tips yang berguna oleh seorang cikgu sekolah memandu yang telah melatih ribuan pelajar untuk lulus ujian memandu JPJ dengan sekali ambil sahaja.

Doa senjata orang mukmin , doa nak lulus ujian memandu jpj,
Doa senjata orang mukmin
Apa yang saya tahu, Faizal bukan daripada keluarga senang. Beliau nak ambil ujian memandu ini pun atas pertolongan keluarga dan tambahan daripada duit elaun praktikal yang beliau dapat hasil praktikal di sini. Boleh jimat-jimat dan tambah-tambah untuk ambil ujian memandu kereta. Cekal orangnya, teringat kisah saya masa nak ambil ujian memandu JPJ. Biasanya macam inilah bila jadi pelajar. Banyak kena berjimat jika nak buat satu-satu perkara jika kita datang dari keluarga yang biasa-biasa. Dari situ kita akan belajar dan bersyukur dengan pemberian yang Allah S.W.T bagi kepada kita. Jika senang sahaja, kita akan susah nak menghargainya dan bersyukur.Betul tak? anda boleh jawap sendiri.

Oleh kerana permintaan Faizal, saya cuba dapatkan doa-doa yang terbaik untuk beliau lulus ujian memandu JPJ nanti. Doa ini kata orang "senjata orang mukmin". Lepas berusaha sedaya mungkin dan kita berdoa, insyallah Allah S.W.T akan bantu dan mudahkan urusan kita.

Macam nak ambil ujian memandu JPJ ini juga, nak lulus ujian tersebut dengan sekali ambil sahaja kena usaha dan belajar betul-betul dahulu. Jika berdoa sahaja susah juga nak lulus ujian memandu JPJ. Oleh kerana dunia ini darul asbab kata ulamak. Jadi kita kena berusaha lepas itu berdoa serta bertawakal. Insyallah akan ada hasil yang baik.

Saya ada sertakan di sini doa untuk memohon pertolongan dari Allah S.W.T agar di permudahkan urusan.

Doa Pertama - Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau Akhirkanlah dengan Kebaikan."
-Semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan kita pada hari tersebut dan hari berikutnya. Bagus baca doa ini setiap hari selepas solat Subuh dan Asar.

Doa kedua- Doa memohon berlindung dari perasaan Risau,Sedih,Lemah,Malas,Takut dan Lokek serta bebanan Hutang

Doa memohon berlindung dari perasaan Risau, Doa Nak Lulus Ujian Memandu,
Doa Nak Lulus Ujian Memandu
Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)
- Doa ini pun baca lepas solat subuh dan asar, Jika rajin baca dalam setiap doa selepas solat.

Doa ketiga- Doa DiPermudahkan Urusan

Doa DiPermudahkan Urusan
Doa DiPermudahkan Urusan
"Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla"
Maksud: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, & Engkau dpt mjadikn tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan”
-Hadith diriwayatkn Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.
- Doa ini pun baca lepas solat subuh dan asar, Jika rajin baca dalam setiap doa selepas solat.

Jadi ketiga-tiga doa ini hafal dan amalkan semasa nak ambil ujian memandu JPJ nanti. Insyallah doa ini adalah pelengkap kepada usaha yang kita buat. Jika berdoa sahaja tetapi tidak belajar betul-betul cara nak lulus ujian memandu dengan JPJ pun tak guna juga. Yang penting dah usaha betul baru doa yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T insyallah berjaya. JPJ juga sama macam kita, insyallah dapat lulus ujian memandu JPJ dengan sekali ambil sahaja.

Jika nak belajar betul-betul dan tak nak rugi masa dan wang ringgit yang banyak dengan terpaksa mengulang ambil ujian memandu JPJ ini. Saya sarankan anda dapatkan ebook Mudah Lulus Ujian Memandu JPJ <<-- (klik sini). Banyak panduan yang diberikan agar anda mudah lulus ujian dengan sekali ambil sahaja. Semuanya diceritakan dari kelas memandu, ujian komputer,ujian jala raya, ujian motosikal serta banyak lagi tips-tips yang berkesan untuk lulus dengan sekali ambil sahaja lesen memandu kereta. Faizal pun dah dah dapatkan ebook ini. Insyallah ianya dapat membantu.

Jangan bazirkan wang dan masa anda untuk mengulang ambil ujian memandu. Dapatkan Ebook Mudah Lulus Ujian Memandu JPJ <<--(klik sini). Insyallah ianya telah banyak membantu ramai pemandu di Malaysia lulus dengan sekali ambil sahaja.

Thursday, February 20, 2014

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A). Beberapa hari lepas semasa blogwalking saya ada terbaca cerita kawan yang rumahnya kena masuk pencuri. Rasa tergerak hati untuk berkongsi doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.

Thursday, May 9, 2013

Amalan Dan Doa Ketika Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung. Salam Jumaat saya ucapkan. Hari Jumaat yang berkat ini kita digalakkan berselawat sebanyak-banyaknya di samping mengenangkan jasa-jasa Baginda Rasulullah S.A.W kepada kita dan semua umat ini. Kerana dengan pengorbanan dan susah payah Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat Nabi S.A.W.  kita mendapat hidayat dari Allah S.W.T.

Saya nak berkongsi amalan dan doa ketika mengandung kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Disamping menjaga pemakanan semasa mengandung, kita juga hendaklah mengamalkan doa-doa bagi mendapatkan anak yang soleh dan solehah. Kerana di dalam Islam terdapat ribuan rahmat dan keberkatan di dalamnya jika kita mengamalkan agama Islam ini dengan sempurna.
Amalan Dan Doa Ketika Mengandung, doa, amalan semasa hamil, kehamilan, Doa Ketika Mengandung
google : ibu mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berselawat di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Sebagai ibu bapa juga kita hendaklah mendidik anak-anak menadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmu dan cara didikan yang betul akan melahirkan anak-anak yang berguna untuk kita diri kita dan keluarga serta agama. Kita hendaklah mendidik anak-anak yang lahir menjadi insan yang mulia disisi Allah SWT. Dapatkan Panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<---disini. Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada para ibubapa. Sayangi anak-anak. Didiklh mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Dapatkan panduan Didik Anak Pintar dan Cerdas <<----disini.
Wallahualam.

Thursday, January 24, 2013

Jangan Putus Asa Dalam Berdoa


Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian Jangan Putus Asa Dalam Berdoa pada hari Jumaat yang penuh berkat ini. Semoga perkongsian Jangan Putus Asa Dalam Berdoa ini memberi manfaat kepada kita semua di dalam berdoa.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda bermaksud;

” Allah S.W.T sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi ( perkara ) dosa, ( perkara yang ) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. “

Lalu Baginda ditanya oleh seseorang; “Apa maksudnya meminta dicepatkan? “

Jawab Baginda;

” Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa. “

Hadith Riwayat Muslim

Berdoa, doa, Jangan Putus Asa Dalam Berdoa, mengharap rahmat Allah S.W.T,
Jangan Putus Asa Dalam Berdoa

Jangan Berputus-asa dikala Doa Belum dikabulkan

Ada Hadith yang menyatakan : ” Doa adalah senjata bagi orang yang beriman. ” Juga di sisi lain menerangkan : ” Doa itu sumsum ibadah. “

Maka perjuangan tanpa doa binasa dan doa yang tidak diiringi dengan usaha hampa.

” Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah S.W.T kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh. Allah S.W.T telah menjamin menerima semua doa sesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan. “

Oleh kerana itu jadikan doa dan usahamu sebagaimana fungsi ruh dengan jasad pada diri manusia. Sebab yang disebut insan kamil ( manusia seutuhnya ) ialah manakala jasad dengan ruh bertemu pada satu wujud manusia. Tidak akan disebut manusia yang sempurna, bila hanya ada ruh. Begitu pula sebaliknya, hanya akan disebut mayat, bila manusia hanya ada jasadnya sahaja tanpa dengan ruh.

Janganlah Membuatmu Putus Asa Dalam Mengulang Doa-Doa, Ketika Allah S.W.T Menunda Ijabah Doa Itu?

Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita semua agar kita tidak berputus-asa dalam berdoa. Mengapa demikian? Kerana nafsu manusia seringkali muncul ketika  Allah S.W.T menunda ijabah atau pengabulan doa-doa kita. Dalam keadaan demikian manusia seringkali berputus-asa, dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana manusia merasakan bahawa apa yang dijalankan melalui doanya itu, akan benar-benar memunculkan pengabulan dan Allah S.W.T.  Tanpa disedari bahawa ijabah itu adalah Hak Allah S.W.T bukan hak hamba. Dalam situasi keputusasaan itulah hamba Allah cenderung mengabaikan munajatnya sehingga ia kehilangan hudlur ( hadir ) bersama Allah S.W.T.

Dalam ulasannya terhadap wacana di atas, Syekh Zaruq menegaskan, bahawa ciri manusia dalam konteks berdoa ini ada tiga perkara :

Pertama :

Seseorang menuju kepada Tuhannya dengan kepasrahan sepenuhnya, sehingga dia meraih redhaNya. Hamba ini senantiasa bergantung denganNya, baik doa itu dikabulkan seketika mahupun ditunda. Dia tidak peduli apakah doa itu akan dikabulkan dalam waktu yang panjang atau lainnya.

Kedua :

Seseorang tegak di depan pintuNya dengan harapan penuh pada janjiNya dan memandang aturanNya. Hamba ini masih kembali pada dirinya sendiri dengan pandangan yang tidak acuh dan syarat-syarat yang tidak dipenuhi, sehingga mengarah pada keputusasaan dalam satu waktu, namun kadang-kadang penuh harapan optimis. Walaupun hasratnya sangat ringan, tapi syariatnya menjadi besar dalam hatinya.

Ketiga :

Seseorang yang berdiri tegak di pintu Allah S.W.T namun disertai dengan sejumlah cacat jiwa dan kealpaan, dengan hanya menginginkan keinginannya belaka tanpa mengikuti aturan dan hikmah. Orang ini sangat dekat dengan keputusasaan, kadang-kadang terjebak dalam keragu-raguan, kadang-kadang terlempar dijurang kebimbangan. Semuga Allah S.W.T mengampuninya.

Apakah Setiap Doa Akan Dikabulkan?

Pertanyaan ini akan terjawab bila engkau telah memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Maka, tidak harus berhenti dari kesungguhan doamu, juga jangan berpaling dariNya kerana lambat masa diperkenankan pintamu. Pun pula jangan mengherdik seraya terlontar kalimah protes atas ketidak puasanmu dengan huraian firmanNya yang menyatakan :

” Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. “
Q.S Ghaafir : 60

Perbaiki dahulu sangkamu kepada Allah S.W.T dan yakinlah seraya husnuzhon ( bersangka baik ) kepadaNya, bahawa Ia tak akan mengingkari janjiNya. Kemudian perhatikan dengan saksama petunjukNya, terutama pada syarat-adab berdoa. Kemudian, cuba engkau renungkan firmanNya yang tertera di bawah ini;

” Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beritahu kepada mereka ) : Sesungguhnya Aku ( Allah S.W.T ) sentiasa hampir ( kepada mereka ); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu ( dengan mematuhi perintahKu ) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. “
Q.S Al Baqarah : 186

Allah S.W.T itu hampir kepada setiap hamba-hambaNya, bahkan kehampiranNya dihurai dalam firmanNya;

” Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang ( pengetahuan ) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, “
Q.S Qaaf : 16

Maka tidak layak untuk mengatakan : “Allah S.W.T tidak mengabulkan doa kami. “

Yang menjadi masalah di sini ialah, pemahaman tentang Allah S.W.T dekat dengan hamba-hambaNya, juga Allah mengabulkan setiap pinta dan doa hamba-hambaNya. Tentunya memahami perkara semacam ini perlu ada kajian ilmu tauhid yang akan menyampaikan kepada pengetahuan tentang Allah dan keberadaanNya.

Allahlah yang menjamin ijabah doa itu menurut pilihanNya padamu, bukan menurut pilihan seleramu, kelak pada waktu yang dikehendakiNya, bukan menurut waktu yang engkau kehendaki.

Seluruh doa hamba pasti dijamin pengabulannya. Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T:

” Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Q.S Ghaafir : 60

Allah S.W.T menjamin pengabulan itu melalui janjiNya. Janji itu jelas bersifat mutlak. Hanya saja dalam ayat tersebut Allah S.W.T tidak memfirmankan dengan kata-kata, “menurut tuntutanmu, atau menurut waktu yang engkau kehendaki, atau menurut kehendakmu itu sendiri. “

Konsep doa yang dikabulkan harus difahami sebagai janjiNya yang pasti akan dipenuhi sesuai dengan kehendakNya. Pengabulan itu ada kalanya di dalam dunia dan ada pula di akhirat. Jika yang dipinta sesuai dengan kehendakNya, maka akan diberikannya segera, tetapi bila permohonannya tidak seiring dengan kehendakNya maka sebagai gantinya, Ia akan memberikan sesuai dengan kehendakNya sebagai alternatif yang tepat untuk dirimu dariNya. Perkara ini pun, jika Ia berkenan atas pintamu. Yang jelas Ia tidak pernah menyalahi janji-janjiNya.

Saya perjelas di sini, bahawa Allah S.W.T telah mengakui pintamu juga akan memperkenankannya sesuai dengan apa yang Dia pilihkan bagimu. Tidak menurut pilihanmu bagi nafsumu. Gelora jiwa yang terasa padamu adalah rahmatNya. Terkadang engkau benci terhadap sesuatu yang tidak seirama dengan nafsumu, tetapi ia baik untukmu. Begitu pula sebaliknya, apa yang engkau cintai belum tentu baik untukmu, bahkan jahat serta merosakkan lahir batinmu. Sebagaimana firmanNya yang menyatakan;

” Kamu diwajibkan berperang ( untuk menentang pencerobohan ) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah S.W.T jualah Yang mengetahui ( semuanya itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya. “
Q.S Al-Baqarah : 216

Maka itu pasrahkan dirimu dalam pilihanNya untukmu sesuai dengan kehendakNya, nescaya engkau akan menemui apa yang baik bagimu dan menurutNya.

” Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah S.W.T). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. “
Q.S Al-Qasas : 68

Oleh kerana itu jangan engkau memilih sesuatu apapun, jika harus memilih, maka pilih olehmu untuk tidak memilih. Jika engkau telah berhenti dari memilih sesuatu, kemudian engkau serahkan kepada Allah S.W.T dalam segala hal pilihan atas kehendakNya, nescaya Ia akan memilihkan untukmu yang paling terbaik menurutNya.

Adapun diperkenankan doa itu terkadang diberi dengan wujud yang dipinta, namun tidak mustahil akan diganti dengan lainnya yang lebih baik bagimu seperti tercegah dari malapetaka, diampuni dosa atau kesalahannya, mendapat curahan nikmat serta pengabulannya ditunda untuk kelak di akhirat. Sebagaimana dihurai dalam hadith yang bersumber dari Anas RA. Berikut;

“Tiada seorangpun yang berdoa, melainkan Allah S.W.T pasti akan mengabulkan doanya atau dihindarkan dari bahaya padanya atau diampuni sebahgian dari dosanya selagi ia tidak berdoa untuk sesuatu yang menjurus kepada dosa atau untuk memutuskan hubungan sanak keluarga. “

Pada hadith riwayat Muslim menerangkan;

” Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah S.W.T dengan rangkaian doa yang tak durhaka, melainkan Allah akan menganugerahkan dengan salah satu dari tiga perkara: Pertama disegerakan doanya, kedua ditunda untuk di akhirat dan ketiga dihindarkan dari malapetaka walau sekadarnya. ”

Maka hendaklah engkau harus mengakui kekuasaanNya yang mutlak, bahawa diperkenankan pintamu pada waktu yang dikehendakiNya bukan pada waktu yang engkau kehendaki. Kerana pilihan Allah S.W.T bagi hambanya itu terlebih baik dari pada pilihan hamba bagi dirinya. Jadi, setiap doa itu pasti dikabulkan. Masalahnya hanya waktu, sebagaimana doa Musa A.S dan Harun A.S dalam firmanNya;

” Allah S.W.T berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap ( menjalankan perintahKu seterusnya ) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui ( peraturan janjiKu ). ”
Q.S Yunus : 89

Firman ini menerangkan tentang pengabulan doa Nabi Musa A.S dan Harun A.S untuk kehancuran Fir’aun. Tetapi untuk menunggu dikabulkan doa tersebut memakan kurun waktu selama empat puluh tahun. Begitu pula Nabi Muhammad SAW berdoa untuk Umar Ibnu Khatab R.A, agar diberi hidayah dan sekaligus menjadi pendampingnya yang setia. Dalam perkara ini beliau, Nabi Muhammad SAW dihadapkan pada penantian dua tahun lamanya. Dan masih banyak lagi riwayat yang senada dengan huraian di atas.

Dalam hadith Rasulullah S.A.W bersabda;

” Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini : Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda ( pengabulannya ) demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya. “
HR. Imam Ahmad dan AI-Hakim

Dalam hadith lain disebutkan, ” Doa di antara kalian bakal di ijabahi, sepanjang kalian tidak tergesa-gesa, ( hingga akhirnya ) seseorang mengatakan, ‘ Aku telah berdoa, tapi tidak diijabahi untukku. ‘ “
HR. Bukhari-Muslim

Kerana kasih sayang dan pertolongan Allah S.W.T pada hambaNya. Sebab Allah S.W.T Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Zat Yang Maha Pemurah apabila dimohon oleh orang yang memuliakanNya, ia akan diberi sesuatu yang lebih utama menurut KemahatahuanNya. Sementara seorang hamba itu pada dasarnya bodoh terhadap mana yang baik dan yang lebih berfaedah. Terkadang seseorang hamba itu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu buruk baginya, dan terkadang ia membenci sesuatu padahal yang dibenci itu lebih baik baginya. Inilah yang seharusnya difahami pendoa.

Doa itu sendiri adalah ubudiyah. Rahsia doa adalah menunjukkan betapa seseorang hamba itu serba kekurangan. Kalau sahaja ijabah doa itu menurut keinginan pendoanya secara mutlak, tentu bentuk serba kekurangan itu tidak benar. Dengan demikian pula, rahsia taklif ( kewajiban ubudiyah ) menjadi keliru, padahal erti dari doa adalah adanya rahsia taklij’ itu sendiri. Oleh sebab itu, lbnu Athaillah as-Sakandari menyatakan pada wacana seterusnya :

” Janganlah membuat dirimu ragu pada janji Allah S.W.T atas tidak terwujudnya sesuatu yang dijanjikan Allah, walaupun waktunya benar-benar nyata. “

Maksudnya, kita tidak boleh ragu pada janji Allah S.W.T. Terkadang Allah memperlihatkan kepada kita akan terjadinya sesuatu yang kita inginkan dan pada waktu yang ditentukan. Namun tiba-tiba tidak muncul buktinya. Kenyataan seperti itu jangan hingga membuat kita ragu-ragu kepada janji Allah itu sendiri. Allah mempunyai maksud tersendiri disebalik semua itu, iaitu mengekalkan rububiyah atas ubudiyah hambaNya. Syarat-syarat ijabah atas janjiNya, terkadang tidak dipenuhi oleh hambaNya. Kerana itu Allah pun pernah menjanjikan pertolongan kepada NabiNya Muhammad SAW dalam perang Uhud dan Ahzab serta memenangkan kota Mekkah.

Kenapa kita tidak boleh meragukan janji Allah S.W.T? Sebab sikap meragukan janji Allah S.W.T itu dapat mengaburkan pandangan hati kita terhadap kurnia Allah S.W.T sendiri.

As-Sakandari meneruskan;

"Agar sikap demikian tidak mengaburkan mata hatimu dan meredupkan cahaya rahsia batinmu."

Bahawa disebut di sana padanya pengaburan mata hati dan peredupan cahaya rahsia batin, kerana sikap skeptik terhadap Allah S.W.T  tu, akan menghilangkan tujuan utama dan keleluasaan pandangan pengetahuan disebalik janji Allah S.W.T itu.

" Sesungguhnya Allah S.W.T jualah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan tidaklah ada bagi kamu selain dari Allah S.W.T sesiapa pun yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong."

sumber

Tuesday, September 11, 2012

Doa Ketika Sakit Mata

Assalamualaikum...

Hari ni saya cuti, sakit mata.. Nak pegi klinik kejap lagi.. Sambil tu boleh uruskan urusan untuk persiapan kenduri November nanti. Cari-cari kat google.. jumpa la doa ni..

Saya sertakan kat sini untuk perkongsian bersama..

Sakit mata adalah wabak yang mudah berjangkit. Ia cepat sembuh jika dirawaat dengan betul. Penjagaan mata sangat dititikberatkan dalam kehidupan kita kerana mata adalah pancaindera penting bagi manusia.

Jika anda sakit mata, boleh diamalkan ayat-ayat berikut sebagai doa untuk penyembuhan. Antara doa-doanya ialah , Surah Al Fatihah perlu dibaca sekali, Ayatul Kursi dibaca sekali, Selawat Syifa perlu di baca tujuh kali dan bacalah doa ini :-

Doa Ketika Sakit Mata
sebanyak tujuh kali kepada segelas jus lobak merah asli. Jus tersebut tidak boleh dicampur gula, susu atau ais.  Minumlah jus tersebut. Lakukan dengan penuh yakin.

Wallah'hualam.





Monday, March 12, 2012

11 Jenis Manusia Di Doa Malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


SEMOGA KITA TERGOLONG DI DALAM ORANG-ORANG YANG DI DOAKAN MALAIKAT.. AMIN