Showing posts with label doa pelindung kepada Diri Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Show all posts
Showing posts with label doa pelindung kepada Diri Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Berhari Raya Haji di Mana tahun ini?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berhari Raya Haji di Mana tahun ini? Macam best pula soalan kali ni. Yea lah, esok dah nak rayakan. Mesti nak tahu kawan-kawan beraya kat mana esok? Saya insyallah beraya di kampung saya Kelantan. Kampung halaman sendiri, raya puasa tempoh hari beraya belah keluarga isteri di Perak. Alhamdulillah ada rezeki Allah SWT mudakan raya haji ni hari pertama dapat beraya di kampung bersama keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya AidilAdha
Selamat Hari Raya AidilAdha
Pastinya bila tiba musim raya masing-masing yang dah berkeluarga akan berkira-kira nak balik beraya di rumah ibu bapa suami atau isteri terlebih dahulu. Biasanya perkara ni terjadi masa awal-awal perkahwinan. Rasanya bila dah 10-20 tahun kawin dah tak ada sangat masalah ni kan. Masing-masing dah faham dan dah boleh sesuaikan dengan sendirinya nak beraya rumah siapa dulu.

Bagi saya beraya mana-mana dulu pun tak kisah. Janji selamat perjalan pergi dan balik. Sebelum balik jika nak berjalan jauh pastikan terlebih dahulu servis keretanya. Tukar mana yang patut seperti minyak hitam, air beteri kereta, tayar pastikan dengan keadaan selamat. Kederaan kita nak guna pastikan dalam keadaan baik dan terurus. Bagusnya sebelum bertolak balik tu servis terlebih dahulu kenderaannya.

Rumah yang ditinggakan pula macam mana. Sama juga, pastikan matikan semua suiz elektrik. Mugkin bolah simpan suiz peti ais sebab raya haji ni cuti sekejap sajaha. Takut nanti rosak pula barang-barang basah yang kita simpan dalam peti ais. Pastikan pintu rumah dan pintu pagar anda dikunci dengan sebaiknya. Jika ada jiran-jiran yang tak balik kampung dah beraya di rumah sahaja. Boleh minta mereka tengok kan rumah anda juga. Jika tak ada, boleh laporkan kepada balai polis yang terdekat tentang percutian anda di kampung nanti. Jika mereka melakukan rondaan, mereka juga boleh melihat rumah anda insyallah.

Apapun nasihat saya, anda dah siap kunci dan bagitahu pihak polis tentang ketiadaan anda. Anda kenalah bertawakal kepada Allah SWT. Boleh baca doa yang diajarkan oleh Rasullah SAW kepada Hadrat Abu Darda RA. Doa ini sebagai doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Anda nak baca, boleh baca di sini ---> Doa Abu Darda R,A. 

Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita semua balik berhari raya di kampung halaman.

Thursday, February 20, 2014

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A). Beberapa hari lepas semasa blogwalking saya ada terbaca cerita kawan yang rumahnya kena masuk pencuri. Rasa tergerak hati untuk berkongsi doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.