Assalamualaikum .
Hari ni saya nak berkongsi info zakat fitrah 2012 di seluruh Malaysia. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu zakat adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
Hari ni saya nak berkongsi info zakat fitrah 2012 di seluruh Malaysia. Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri. Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Oleh itu zakat adalah wajib kepada semua orang-orang Islam.
Tujuan kewajipan membayar zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah. InsyaAllah, semoga anda semua dapat menunaikan kewajipan ini.
Info Kadar Zakat Fitrah 2012 Seluruh Malaysia
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2012/1433H (RM) |
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.00 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.50 |
Johor | 5.00/8.00 |
Pahang | 7.00 |
Terengganu | 4.50/7.00/7.60 |
Kelantan | 7.00 |
Sarawak | 6.50 |
Sabah | 7.00 |
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan | 7.00 |
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna Celcom dan Maxis.
Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya. [Hadis riwayat al-Bukhari]
Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya. Selamat menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam!
Walllah hu'alam.
No comments:
Post a Comment