Assalamualaikum..
Selamat berpuasa semua. Hari ni saya nak kongsi tentang kelebihan bulan Ramadhan, sekarang kita dah masuk fasa 10hari ke-2 ramadhan. Rasanya ada masa lagi nak kongsi tentang ni..
Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadhan , bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadhan , kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)
Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)
Wallah hualam..
Wallah hualam..
No comments:
Post a Comment