Showing posts with label Kelebihan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Bulan Ramadhan 2014 Hampir Tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bulan Ramadhan 2014 Hampir Tiba. Diam tak diam hampir dua minggu lagi Bulan Ramadhan 1435 akan menemui kita. Macam mana dengan persiapan Ramadhan tahun 2014 ini. Harapnya semua kita tak sabar-sabar menunggu kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Maksud Ramadhan dan Puasa
Maksud perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Bulan Ramadhan 2014 Hampir Tiba
Bulan Ramadhan 2014 Hampir Tiba
Manakala perkataan Puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T. Sumber: Jakim 

Pahala Dan Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bila bicarakan tentang bulan Ramadhan. Jika kita dengar dari ustaz-uztaz yang bagi kuliah dan dalam majlis ilmu. Pastinya ayat pertama yang mereka akan ceritakan adalah tentang "Bonus ganjaran amalan di bulan di bulan Ramadhan". Kenapa bulan bonus?

Setiap amal yang dibuat di dalam bulan Ramadhan akan digandakan berganda-ganda berbanding di bulan-bulan lain.

Sabda Nabi S.A.W : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi S.A.W : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa.

Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak mampu memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) Ya Rasullullah S.A.W- Allah S.W.T memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan  Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi S.A.W bersabda, "Telah datang kepadamu  Ramadhan , bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi S.A.W bersabda, "Apabila tiba bulan  Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi S.A.Wbersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan  Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi S.A.W bersabda, "Apabila datang bulan  Ramadhan , kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku padatahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam  Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Di dalam bulan Ramadhan juga kita digalakkan untuk mendengar bacaan Al-Quran sehingga tamat 30 juz sepanjang solat terawih dilaksanakan. Ianya adalah amalan Nabi S.A.W. Kita juga dianjurkan untuk mengkhatamkan Al-Quran 30 Juz dengan membacanya di luar solat. Ianya mempunyai dua sunnah Yang berbeza.

Cara Iftar Rasulullah S.A.W
Iftar ataupun berbuka puasa juga mampunyai cara yang tersendiri. Jika kita buat dengan cara kita,rasanya tak dapat pahala. Yang bagusnya nak berbuka puasa nanti kena ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Berikut adalah cara iftar Rasulullah S.A.W yang diberitahu Ustaz Badli Shah. Saya ringkaskan dibawah ini untuk dijadikan panduan bersama.

1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang  kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.

2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.

3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.

4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.

5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.

6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.
Jika nak baca lebih terperinci lagi boleh lihat disini 

Saya menulis entry Bulan Ramadhan 2014 hampir tiba ini adalah kerana mamberi sokongan kepada segmen yang dianjurkan oleh blog HasrulHassan. Jika kawan-kawan berminat boleh juga menyertainya. Terbuka kepada 30 orang yang pertama sahaja. Semoga perkongsian Ramadhan ini memberi manfaat kepada kita semua bagi menyambut ketibaan Ramadhan yang bakal tiba.

Wallah hualam.

Thursday, August 1, 2013

TV Alhijrah: Iftar Cara Rasulullah S.A.W bersama Ustaz Badli Shah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini saya nak berkongsi Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W yang saya dapat semasa menonton rancangan " Cinta Ilmu " TV Alhijrah semalam. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Badli Shah pada waktu petang sebelum waktu berbuka puasa. Antara Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W adalah

1- Berbuka dengan Baca Doa dan Bismillah
Hendaklah kita semasa berbuka puasa berdoa kepada Allah S.W.T. Kata ustaz juga doa pada waktu sebelum berbuka puasa adalah Mustajab iaitu waktu penerimaan doa di sisi Allah S.W.T. Sebelum berbuka kita doa panjang-panjang pun tak apa. Semua doa dan hajat yang  kita minta pada masa tersebut.Insyaallah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.

2- Segerakan Berbuka Puasa
Apabila azan maghrib dilaungkan kita hendaklah menyegerkan berbuka puasa.Dalam perjalan sekali pun sediakan bekalan untuk berbuka jika kita rasa kita akan lambat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Paling kurang sediakan asam atau air meneral takut tak sempat sampai ke tempat berbuka.Paling bagus bawa buah kurma siap-siap.Kalau tak ada berbuka dengan asam atau gula-gula pun boleh jika tak ada kurma.

Kurma, Iftar, berbuka puasa, Sunnah buka puasa dengan kurma,
Kurma

3- Berbuka Dengan Kurma
Rasulullah S.A.W berbuka dengan kurma basah,tak ada kurma basah berbuka dengan kurma kering, tak ada kurma minum air kosong.Ada orang tanya tak boleh ker jika kita berbuka dengan buah lain. Ustaz tersebut bagitahu kita kena ikut setiap Sunnah Rasulullah S.A.W kerana dalam Sunnah ada kejayaan. Rasulullah S.A.W suka berbuka puasa dengan kurma basah dan bersahur dengan kurma kering.

4- Segerkan Solat Maghrib
Waktu solat maghrib di segerakan kerana waktu Maghrib amat singkat.Makan ringkas kurma atau kuih dan air sedikit.Lepas tu solat dan selepas solat baru sambung makan berat.

5-Makan Secara Sederhana
Jangan makan secara berlebihan.Ramadhan dah berlalu 20 hari boleh timbang berat badan kita.Jika berat badan turun ok la,tetapi jika naik berat badan kita,pasti ada yang tak kena sikit dengan puasa kita.

6-Mengajak orang berbuka bersama kita.
Sesiapa bagi makan berbuka kepada orang berpuasa,kita akan dapat pahala puasa dengan tidak mengurangkan pahala puasa orang tersebut juga. Bagus jika ajak orang berbuka dengan kita,tak pun kita berkongsi juadah berbuka dengan bersedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara di tempat kita tinggal.

Semoga kita dapat jadikan Tips Berbuka Puasa atau Iftar Cara Rasulullah S.A.W ini sebagai panduan untuk kita meneruskan perjuangan puasa kita di hari-hari akhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wallah'hualam.


Wednesday, July 17, 2013

Dua Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan saya ucapakan kepada sahabat semua sahabat . Semoga sihat hendaknya disamping menjalani Ibadat Puasa yang sudah hampir seminggu kita bersamanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih di beri peluang kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T yang Maha Mencipta dan Maha Memelihara kita semua. Selawat dan salam juga kepada insan yang Mulia junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda dan Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hari ini saya nak berkongsi tentang dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza. Saya dapat ini semasa mendengar kuliah di awal Ramadhan semasa menunaikan ibadat Solat Terawih di surau. Sunnah tersebuat ialah tentang amalan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Pertama
Khatam Al-Quran 30 juzuk sebulan di Bulan Ramadhan

-Menurut Ustaz tersebut,untuk mendapatkan sunnah ini kita perlu khatam Al-Quran  30 juzuk di dalam Bulan Ramadhan. Macam mana nak khatam Al-Quran 30 juzuk ini kita boleh buat macam-macam cara asalkan kita baca sendiri dan sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Allah S.W.T bagi kita masa 24jam setiap orang. Kita kena bahagi-bahagi masa supaya ada masa kita di bulan yang mulia ini untuk kita sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Jika hari bekerja kita sebuk dengan kerja,kita boleh baca Al-Quran sebelum dan selepas balik dari kerja. Selepas solat subuh kita boleh baca beberapa helai lembaran Al-Quran. Begitu juga apabila balik dari kerja sebelum tiba waktu berbuka kita boleh manfaatkan masa yang ada dengan mambaca Al-Quran. Balik dari solat terawih sebelum tidur juga kita boleh baca Al-Quran. Semasa waktu rehat di tempat kerja juga kita boleh baca Al-Quran,sebab bulan puasa kita tak perlu nak makan tengahari dah. Jadi masa yang ada bagus jika kita manfaatkan dengan membaca Al-Quran. Boleh juga kita kurangkan masa baca akhbar dengan kita dan mengantikan dengan membaca Al-Quran.Insyallah jika kita manfaatkan masa lapang kita dengan membaca Al-Quran dan kurangkan masa menonton tv.Insyaallah dengan usaha dan doa kita Allah S.W.T akan bantu kita untuk sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Saya ada kongsi tips untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari disini 

Kedua
Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih

- Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih, maknanya kita kena dengar imam terawih baca Al-Quran 30 juzuk sehingga khatam sepanjang bulan Ramadhan.Pastinya ada yang bertanya macam mana nak dapat ni? Jawapan yang mudah dapat saya bagitahu. Kita kena cari masjid @ surau yang imam terawihnya baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih. Alhamdulillah kita di Malaysia dah banyak masjid dan surau yang imam terawihnya diimamkan oleh para Hafiz Al-Quran. Masjid dan surau yang diimamkan oleh hafiz biasanya mereka akan baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih.kebanyakkan masjid yang baca 1 juzuk satu hari ini solat terawih mereka buat sebanyak 20 rakaat. Saya tak pernah jumpa masjid yang buat 1 juzuk tetapi buat 8 rakaat solat terawih. Sebenarnya solat terawih 20 rakaat juga Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu dengan lebih terperinci kita boleh tanya ustaz-ustaz tentang solat terawih 20 rakaat ini.

Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua untuk mengamalkan dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza ini. Dengan taufik dan hidayat
daripada Allah S.W.T sahaja kita akan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selamat menjalani ibadat puasa yang penuh berkat ini. Wallahu'alam.


Wednesday, August 1, 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan



Assalamualaikum..
Selamat berpuasa semua. Hari ni saya nak kongsi tentang kelebihan bulan Ramadhan, sekarang kita dah masuk fasa 10hari  ke-2 ramadhan. Rasanya ada masa lagi nak kongsi tentang ni..

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadhan , bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadhan , kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)



Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)


Wallah hualam.. 

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa kepada semua.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni,hari pertama kita berpuasa. Di kesempatan ini..saya ingin memohon maaf jika terdapat salah silap semasa yang telah saya lakukan. Kita manusia tak lepas dari melakukan kesalahan.
Sebaik-baik nya selepas buat salah kita cepat-cepat minta ampun dengan Allah & minta maaf dengan manusia jika kesalahan yang kita buat itu ada berkaitan dengan manusia.

Sempena bulan puasa ni. Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun sebelum ini. Di bulan puasa ni kita kena banyak kan bertadarus Al-Quran. Ambillah sedikit masa dari 24jam yang kita ada ni untuk kita baca Quran.


Bulan puasa ni,setiap amalan fardu Allah gandakan 70 kali pahala. Satiap amalan sunat Allah gandakan pahala macam kita buat amalan fardu. Baik betul Allah dengan kita. Bulan ni macam bonus untuk kita dalam buat amal. Jadi kita kena manfaatkan betul-betul bulan Ramadhan ni. Semoga ibadat puasa kita di terima Allah.

Wallahhu'alam