Friday, October 5, 2012

Berbelanjalah Secara Bijak

Assalamualaikum..
Hari ni cuti lagi kan. Best time cuti. Saya suka cuti, tapi kadang-kadang orang cuti saya kerja juga.. Kadang-kadang orang kerja saya pula cuti.. Sama la kan kita semua..  Hari ni saya nak berkongsi tantang berbelanja secara bijak, Semoga ianya boleh di jadaikan panduan dalam pengurusan kewangan kita seharian..


Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

>Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.

>Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.

>Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.

>Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.

>Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).

>Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.

>Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda.

Jimat banyak ni.. Boleh ker??
>Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.

>Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.

>Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.

>Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.

>Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.

>Jangan terpengaruh dengan iklan.

>Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.

>Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua..

No comments:

Post a Comment