Wednesday, May 29, 2013

Cuti Sekolah Semua Cuti

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hampir seminggu dah cuti sekolah kali ini. Bila cuti sekolah pasti ramai yang suka kan. Terkenang masa zaman kanak-kanak dulu.Terutamanya bagi anak-anak dan adik-adik kita yang masih bersekolah. Ibu bapa tak kurang juga gembiranya. Bagi anak-anak yang bersekolah mereka tidak perlu lagi sibuk pagi-pagi nak bersiap ke sekolah.Tapi kena bangun awal juga untuk solat subuh. Pada sebelah siang pula boleh main puas-puas. Malam pun sama,tak ada sangat nak dengar suara ibu atau ayah yang minta mereka tidur awal.
Kira masa cuti sekolah ini jadual harian banyak yang berubah dari rutin harian mereka.Pendek kata cuti sekolah semua cuti la kan?

Cuti Sekolah Semua Cuti, cuti sekolah, zaman kanak-kanak
Cuti Sekolah Semua Cuti

Bagi ibu bapa pula,bila cuti sekolah mereka pun suka juga, betul tak kakak-kakak dan abang-abang?. Mana tidaknya bagi ibu bapa masa hari sekolah, meraka pun akan jadi macam anak-anak yang bersekolah juga. Bagun pagi nak kena kejutkan dan mandikan anak-anak, nak kena sediakan sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak kena cari jadual sekolah anak, nak cari baju,seluar,kain,stokin,kasut anak-anak juga jika anak masih kecilkan. Kadang-kadang yang dah besar pun sama tak berapa pandai nak menguruskan diri lagi. Lepas siap semua nak kena hantar mereka ke sekolah jika mereka tak pergi sekolah dengan bas. Macam-macam kerenah dan telatah anak-anak sekolahkan. Sebab itu bila sekolah cuti ibu bapa dah ada banyak masa berbanding hari persekolahan biasa.

Bila cuti sekolah ini,pasti banyak aktiviti yang telah dan akan kita laksanakan. Awal-awal cuti sekolah anak-anak dah bagitahu nak pergi berjalan makan angin. Cuti-cuti Malaysia yang glamor kita guna hari ini. Cuti-cuti Malaysia ini termasuk pergi balik kampung, menghadiri majlis perkahwinan saudara mara, melancong tempat-tempat peranginan di dalam dan luar negara, Tak kurang juga ada dikalangan mereka yang tinggal di kampung datang melawat ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya. Sebab katanya Kuala Lumpur banyak tempat yang boleh dilawati. Bagi yang tinggal di bandar pastinya nak pergi tempat-tempat yang damai macam balik kampung atau ke pulau-pulau peranginan di dalam atau di luar negara. Bagi yang berkemampuan dan dipilih Allah S.W.T meraka manfaatkan cuti sekolah ini dengan pergi buat umrah. Pasti seronok pegi ke Mekah dan Madinah kan. Dapat melawat tempat-tempat yang bersejarah di dalam Islam. Dapat buat ziarah di Makam Nabi S.A.W dan para sahabat. Pastinya jika kita di pilih Allah untuk ke sana, gunakan masa kita dengan sebaiknya semasa berada di sana. Solat di sana Allah akan ganjarkan dengan seratus ribu kali ganda berbanding kita bersolat di tempat kita. Macam-macam amal lagi dapat buat disana. Manfaatkan sebaiknya, jangan kita sibuk dengan nak pergi ke pasar-pasar di sana.Nanti rugi masa dan wang yang kita habiskan untuk buat umrah. Lagi rugi jika kita langgar adab-adab semasa buat umrah disana.

Semasa cuti sekolah ini,jika kita pergi bercuti amatlah penting kita manjaga kesihatan dan keselamatan diri kita dan anak-anak kita. Jika meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama kunci rumah dengan baik. Jangan nanti balik dari bercuti semua barang licin dalam rumah kita. Saya cadangkan masa bercuti ini kita minta jiran berdekatan dengan rumah kita melihat juga rumah yang kita tinggalkan, bagitahu juga kepada balai polis berdekatan agar mereka dapat mengawasi rumah kita semasa ketiadaan kita. Tapi cara yang terbaiknya sebelum meninggalkan rumah, baca dulu doa keluar rumah dan Ayat Kursi 3x sebagai pendiding dan penjaga rumah kita. Insyallah Allah S.W.T. akan memelihara rumah yang ditinggalkan sepanjang kita bercuti di tempat lain. Allah Maha Pemelihara. Kita usaha dan bertawakal,sebab semua benda yang berlaku,berlaku dengan izin Allah S.W.T sahaja.Selamat bercuti kawan-kawan. Jaga diri dan jaga keluarga juga semasa bercuti.


No comments:

Post a Comment