Pagi tadi lepas kemas-kemas rumah dan mandi, Saya dan isteri nak bersarapan di luar. Biasanya isteri masak sahaja jika hari minggu untuk sarapan,tapi hari ni sabtu, rasa nak pegi pasar terus lepas sarapan. Kebiasaannya saya pergi seorang sahaja ke pasar,hari ini isteri nak pergi juga,katanya ada nak beli hadiah untuk ziarah jiran yang baru dapat baby boy hari ini. Tak berapa tahu sangat kedai-kedai kawasan sini, kami berhenti di sebuah kedai yang ada kawan sekerja isteri cakap kedai tu sedap sarapan dia. Dah masuk kedai tu tengok ada nasi goreng, mee dan bihun goreng serta kuih muih. Tengok tak berapa berkenan sangat, lepas tu saya dan isteri pun minta nasi lemak dengan telur goreng (telur mata kerbau pun ada yang panggil). Isteri makan nasi lemak dengan telur rebus.
Nasi Lemak Sedap |
Bila sampai nasi lemak tu ada telur goreng,kacang goreng, timun dan sambal. Lepas baca doa kami pun makan. Bila makan alhamdulillah rezeki kami hari ini nasi lemak bersambalkan bawang sahaja. Sambal yang disediakan penuh dengan bawang,setelah di cari-cari jumpa la sebelah ikan bilis dalam sambal nasi lemak saya. Sebelum ini pernah juga kena macam ni. Tapi sambal dia walaupun tak ada ikan bilis bersama kacang goreng tersebut ada juga dimasukkan sekali ikan bilis yang dah digoreng. Berbeza dengan sambal nasi lemak ini. Dalam kacang goreng dia tak ada ikan bilis pun.
Kadang-kadang kasihan juga kat orang kita bila berniaga macam ni. Kami dan orang lain yang datang memang nak makan nasi lemak, pelanggan bayar sebab tu pelanggan datang makan di situ. Tapi bila kena macam ni rasanya lain kali dah tak pergi makan nasi lemak kat situ. Nak makan nasi lemak sambal ikan bilis, tapi yang dapat nasi lemak sambal bawang.
Kepada kita yang berniaga, berniaga la dengan jujur dan ikhlas, masak la seperti kita masak tu untuk bagi keluarga kita makan. Bukan sekadar masak ala kadar nak mandapatkan keuntungan semata.InsyAllah jika kita masak elok, pasti akan bertambah pelanggan di kedai kita. Ada siapa-siapa yang pernah makan nasi lemak sambal bawang juga?
No comments:
Post a Comment