Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang berkebun di bandar, ada siapa-siapa yang buat kebun di bandar??. Jika tak ada pun berkebun di bandar.ada tak??? Bila cerita tentang berkebun teringat zaman kanak-kanak dahulu. Tinggal di kampung keliling rumah tanah aje, depan rumah tanah,tepi rumah tanah,kanan kiri semua ada tanah. Bila ada tanah pasti ada pokok, tak pun paling kurang ada rumputkan. Itu la suasana kampung yang saya hari ini dah sikit-sikit tak dapat rasa. Sebab sekarang dah tak duduk di kampung.Nak berkebun macam dulu lagi-lagi tak dapat. Terpaksa cari jalan berkebun di bandar.
Bagi yang tinggal di kampung nak makan sayur yang ditanam sendiri tak ada masalah. Bersihkan sedikit tanah tepi rumah,buat batas ,semai benih sayur lepas tu jangan bagi ayam atau itik kacau insyAllah ada rezeki boleh makan sayur tersebut. Perkara ini susah sikit bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.Nak nampak tanah pun susah kan depan rumah. Bagi yang tinggal di rumah teres insyallah ada sedikit ruangan tanah yang pemaju pembinaan rumah sediakan.Kalau yang dapat rumah tepi agak selesa sedikit sebab ruangan tanah rumah tepi yang agak luas berbanding dengan rumah-rumah di bahagian tengah dan sebagainya.Sebab itulah rumah tepi mahal berbanding dengan rumah-rumah lainkan. Bagi yang tinggal di rumah flat atau pangsapuri lagi susah nak tengok tanah kan. Kanan kiri,depan belakang, atas bawah semua ada tanah simen. Bagi yang tinggal di banglo tak payah cerita.Insyallah ada ruangan tanah juga.
Bagi yang hendak berkebun untuk mereka yang tinggal di rumah teres insyAllah ada caranya. Ruangan tanah di rumah tersebut dimanfaatkan dengan menanam sayur-sayuran yang biasa dimakan dan perlukan. Kita boleh manfaatkan ruangan tersebut dengan menanam pokok lada, pokok serai, pokok pandan, pokok ulam raja, pokok terung, kacang bendi, lengkuas, kunyit dan sebagainya. InsyAllah akan dapat hasilnya. Kata orang tua-tua "Tak rugi jika berbudi kepada tanah" , InsyAllah akan mendapat hasilnya bila tanaman tersebut mengeluarkan hasil. Rugi jika tidak dimanfaatkan ruangan tanah tersebut dengan membiarkan ruangan tersebut ditumbuhi rumput dan lalang sahaja. Bila tumbuh rumput lama-lama ada haiwan yang berbisa akan menghuni tempat tersebut. Bahaya untuk diri, keluarga dan jiran-jiran sebelah rumah. Jadi manfaatkan ruangan tanah tersebut dengan sebaiknya.
Serai Kangkung Pandan |
Hidroponik_wikipedia |
Ada siapa-siapa yang berkebun di bandar? boleh kongsi di sini.
No comments:
Post a Comment