Wednesday, June 12, 2013

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.

Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.

30 Hari Khatam Al-Quran
Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran  Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN


Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Qur'an

No comments:

Post a Comment