Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Biar Betul Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi? Bila cari info tentang penyususan ibu kepada anak saya jumpa satu artikel tantang susu ibu. Masa mula-mula baca agak terkejut juga. Katanya ada kajian yang dilakukan bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Anak-anak yang minum susu ibu boleh jadi gemuk dan boleh cenderung menjadi lelah dan sebagainya. Rasa terkilan juga. Cuma sebelum ini banyak artikel yang kata kebaikan susu ibu kepada anak-anak. Tetapi bila baca artikel bahaya pula susu ibu kepada anak rasa macam tak betul pula.

Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu

Kata orang bukti dari Al-Quran tak pernah menipukan. Jika susu ibu tak baik untuk bayi. Mesti Allah S.W.T dah bagitahu dalam Al-Quran tentangnya. Jika kita rujuk Al-Quran terdapat ayat-ayat Al-Quran tentang Penyususan Susu Ibu kepada anak.

Saya sertakan beberapa petikan ayat Al-Quran tentang Susu Ibu dan yang berkaitan dengannya. Semoga ianya berguna untuk ibu bapa dan anak-anak.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."Surah Al-Baqarah, ayat 233 )

"Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya"
 (Surah At-Thalaq, Ayat 6)

Jika kita lihat dalam Al-Quran Allah S.W.T macam perintahkan para ibu memberi susu kepada anak-anak. Jika tak mampu baru boleh ambil langkah lain seperti bagi upah kepada orang lain untuk menyusukan anak kita atau pun guna cara biasa kita guna hari ini dengan bagi susu formula.

Di bawah ini saya sertakan pertikan artikel tersebut untuk tatapan bersama. Ingat susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita. 

Susu Badan Ibu Bahaya Untuk Bayi.
Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.

Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.

Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan - Boleh baca di sini artikel tersebut.

Dapatkan buku panduan untuk Rahsia Anak Soleh (klik sini). Anak adalah anugerah daripada Allah S.W.T kepada kita semua. Jika baik didikan yang kita berikan. Maka baiklah anak kita nanti. Namum jika salah didikan yang kita berikan. Rosaklah anak-anak kita. Semoga panduan ini dapat membatu kita semua dalam mendidik anak-anak yang boleh menjadi penyejuk mata kepada kita semua. Amin.

Wednesday, July 17, 2013

Dua Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan saya ucapakan kepada sahabat semua sahabat . Semoga sihat hendaknya disamping menjalani Ibadat Puasa yang sudah hampir seminggu kita bersamanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih di beri peluang kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T yang Maha Mencipta dan Maha Memelihara kita semua. Selawat dan salam juga kepada insan yang Mulia junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda dan Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hari ini saya nak berkongsi tentang dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza. Saya dapat ini semasa mendengar kuliah di awal Ramadhan semasa menunaikan ibadat Solat Terawih di surau. Sunnah tersebuat ialah tentang amalan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Pertama
Khatam Al-Quran 30 juzuk sebulan di Bulan Ramadhan

-Menurut Ustaz tersebut,untuk mendapatkan sunnah ini kita perlu khatam Al-Quran  30 juzuk di dalam Bulan Ramadhan. Macam mana nak khatam Al-Quran 30 juzuk ini kita boleh buat macam-macam cara asalkan kita baca sendiri dan sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Allah S.W.T bagi kita masa 24jam setiap orang. Kita kena bahagi-bahagi masa supaya ada masa kita di bulan yang mulia ini untuk kita sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Jika hari bekerja kita sebuk dengan kerja,kita boleh baca Al-Quran sebelum dan selepas balik dari kerja. Selepas solat subuh kita boleh baca beberapa helai lembaran Al-Quran. Begitu juga apabila balik dari kerja sebelum tiba waktu berbuka kita boleh manfaatkan masa yang ada dengan mambaca Al-Quran. Balik dari solat terawih sebelum tidur juga kita boleh baca Al-Quran. Semasa waktu rehat di tempat kerja juga kita boleh baca Al-Quran,sebab bulan puasa kita tak perlu nak makan tengahari dah. Jadi masa yang ada bagus jika kita manfaatkan dengan membaca Al-Quran. Boleh juga kita kurangkan masa baca akhbar dengan kita dan mengantikan dengan membaca Al-Quran.Insyallah jika kita manfaatkan masa lapang kita dengan membaca Al-Quran dan kurangkan masa menonton tv.Insyaallah dengan usaha dan doa kita Allah S.W.T akan bantu kita untuk sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Saya ada kongsi tips untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari disini 

Kedua
Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih

- Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih, maknanya kita kena dengar imam terawih baca Al-Quran 30 juzuk sehingga khatam sepanjang bulan Ramadhan.Pastinya ada yang bertanya macam mana nak dapat ni? Jawapan yang mudah dapat saya bagitahu. Kita kena cari masjid @ surau yang imam terawihnya baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih. Alhamdulillah kita di Malaysia dah banyak masjid dan surau yang imam terawihnya diimamkan oleh para Hafiz Al-Quran. Masjid dan surau yang diimamkan oleh hafiz biasanya mereka akan baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih.kebanyakkan masjid yang baca 1 juzuk satu hari ini solat terawih mereka buat sebanyak 20 rakaat. Saya tak pernah jumpa masjid yang buat 1 juzuk tetapi buat 8 rakaat solat terawih. Sebenarnya solat terawih 20 rakaat juga Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu dengan lebih terperinci kita boleh tanya ustaz-ustaz tentang solat terawih 20 rakaat ini.

Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua untuk mengamalkan dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza ini. Dengan taufik dan hidayat
daripada Allah S.W.T sahaja kita akan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selamat menjalani ibadat puasa yang penuh berkat ini. Wallahu'alam.


Wednesday, June 12, 2013

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.

Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.

30 Hari Khatam Al-Quran
Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran  Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN


Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Qur'an