Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Dua Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadhan saya ucapakan kepada sahabat semua sahabat . Semoga sihat hendaknya disamping menjalani Ibadat Puasa yang sudah hampir seminggu kita bersamanya. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih di beri peluang kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T yang Maha Mencipta dan Maha Memelihara kita semua. Selawat dan salam juga kepada insan yang Mulia junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda dan Sahabat Rasulullah S.A.W.

Hari ini saya nak berkongsi tentang dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza. Saya dapat ini semasa mendengar kuliah di awal Ramadhan semasa menunaikan ibadat Solat Terawih di surau. Sunnah tersebuat ialah tentang amalan khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.
Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Pertama
Khatam Al-Quran 30 juzuk sebulan di Bulan Ramadhan

-Menurut Ustaz tersebut,untuk mendapatkan sunnah ini kita perlu khatam Al-Quran  30 juzuk di dalam Bulan Ramadhan. Macam mana nak khatam Al-Quran 30 juzuk ini kita boleh buat macam-macam cara asalkan kita baca sendiri dan sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Allah S.W.T bagi kita masa 24jam setiap orang. Kita kena bahagi-bahagi masa supaya ada masa kita di bulan yang mulia ini untuk kita sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Jika hari bekerja kita sebuk dengan kerja,kita boleh baca Al-Quran sebelum dan selepas balik dari kerja. Selepas solat subuh kita boleh baca beberapa helai lembaran Al-Quran. Begitu juga apabila balik dari kerja sebelum tiba waktu berbuka kita boleh manfaatkan masa yang ada dengan mambaca Al-Quran. Balik dari solat terawih sebelum tidur juga kita boleh baca Al-Quran. Semasa waktu rehat di tempat kerja juga kita boleh baca Al-Quran,sebab bulan puasa kita tak perlu nak makan tengahari dah. Jadi masa yang ada bagus jika kita manfaatkan dengan membaca Al-Quran. Boleh juga kita kurangkan masa baca akhbar dengan kita dan mengantikan dengan membaca Al-Quran.Insyallah jika kita manfaatkan masa lapang kita dengan membaca Al-Quran dan kurangkan masa menonton tv.Insyaallah dengan usaha dan doa kita Allah S.W.T akan bantu kita untuk sempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Saya ada kongsi tips untuk khatam Al-Quran dalam masa 30 hari disini 

Kedua
Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih

- Mendengar bacaan Al-Quran 30 juzuk di dalam solat Terawih, maknanya kita kena dengar imam terawih baca Al-Quran 30 juzuk sehingga khatam sepanjang bulan Ramadhan.Pastinya ada yang bertanya macam mana nak dapat ni? Jawapan yang mudah dapat saya bagitahu. Kita kena cari masjid @ surau yang imam terawihnya baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih. Alhamdulillah kita di Malaysia dah banyak masjid dan surau yang imam terawihnya diimamkan oleh para Hafiz Al-Quran. Masjid dan surau yang diimamkan oleh hafiz biasanya mereka akan baca 1 juzuk satu hari dalam solat terawih.kebanyakkan masjid yang baca 1 juzuk satu hari ini solat terawih mereka buat sebanyak 20 rakaat. Saya tak pernah jumpa masjid yang buat 1 juzuk tetapi buat 8 rakaat solat terawih. Sebenarnya solat terawih 20 rakaat juga Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Nak tahu dengan lebih terperinci kita boleh tanya ustaz-ustaz tentang solat terawih 20 rakaat ini.

Semoga Allah bagi taufik kepada kita semua untuk mengamalkan dua Sunnah Rasulullah S.A.W yang berbeza ini. Dengan taufik dan hidayat
daripada Allah S.W.T sahaja kita akan dapat mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Selamat menjalani ibadat puasa yang penuh berkat ini. Wallahu'alam.


Wednesday, June 12, 2013

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.

Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.

30 Hari Khatam Al-Quran
Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran  Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN


Keistimewaan Pembaca & Penghafaz Al-Qur'an

Friday, October 12, 2012

Banyak Tertawa Di Dunia, Menangis Di Akhirat


Dalam satu hadis, Nabi S.A.W bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad S.A.W melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas.Menurut hadis,banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.Barangsiapa ketawa tergelak-gelak,akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan,hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti,sama ada berbahagia atau menderita.Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.



"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw.Kita sedia maklum,kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga.Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.Betapa dalam kegelapan di sana,kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu,akal turun menjadi kurang.Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.Nabi saw pernah bersabda:

"Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '... .jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ... .' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau,namun merasakan masih kurang lagi amalannya.Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadis lain,Nabi S.A.W bersabda

"Barangsiapa banyak tertawa-tawa,nescaya meringankan oleh api neraka."
Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum,tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Wallahu A'lam..
sumber

Tuesday, September 25, 2012

Buat apa tu.. Berzikir.

Assalamualaikum..
Hari ni nak kongsi gambar tantang berzikir denagan kawan-kawan..
Selamat beramal..


Friday, July 13, 2012

Cuti Sabtu..

Assalamualaikum..
Hari ni cuti lagi. Hari sabtu kan. Kebanyakan kita yang bekerja cuti hari ni. Namun ada juga antara kita yang bekerja hari ni. Kepada yang bekerja. Teruskan kerja kita dengan penuh didikasi,kerana Allah.

Bagi yang bercuti hari ni. Manfaatkan cuti kita dengan sebaik mungkin. Gunakan masa cuti kita untuk kebaikan diri,keluarga dan agama. Bagi yang bujang boleh tolong-tolong kemas rumah :-)

Bagi yang dah berkeluarga gunakan masa cuti ni untuk mengeratkan hubungan baik dengan keluarga. Makan sama-sama,masak sama-sama,riadah sama-sama,pergi masjid sama-sama dan banyak lagi.

Untuk agama pula.. :-) Hari cuti-cuti macam ni la kita dapat gunakan masa kita sebaik mungkin. Boleh la kita solat duha sebelum tengahari menjelang zohor. Solat duha Allah akan mudahkan urusan kita sepanjang hari tu. Baikkan Allah. Bagi amal untuk kita buat& dengan amal tu dapat bantu kita. Pagi baca surah Yasin Allah akan mudahkan urusan kita juga. Hari cuti macam ni kita dapat pegi solat berjemaah dengan tenang tanpa perlu pk pasai kerja. Malam dapat duduk majlis Ilmu di Masjid@surau tempat kita tinggal. Bagus juga jika kita dapat luangkan masa selepas subuh dan selepas asar dengan berzikir pada Allah,berselawat ke atas Nabi S.A.W atas jasa-jasa Baginda pada kita dan beristigfar atas dosa-dosa kita pada Allah. Awal hari sebelum subuh, bagus kiranya dapat kita bangun untuk solat Tahjud. Hari cuti mengantuk dapat tidur pagi kejap.. :-)

Semoga dapat beramal. Allah suka pada kita, bila kita taat perintah Allah cara Nabi S.A.W :-) Insyallah..

Wednesday, July 11, 2012

Amalan di Malam Hari

Assalamualaikum.. Dah 2-3 hari tak menulis. Maaf sibuk sedik dengan kerja-kerja dunia yang tak abis-abis. Dunia ni keperluan kita,nak buang tak boleh. Ambik sekadar keperluan.. Sebabnya apa yang kita usahakan di dunia ni. Kita akan di pertanggungjawapkan di akhirat nanti. Jadi pandai-pandai la urus dunia ni supaya kat akhirat nanti amalan-amalan kita ni boleh bantu kita.. Amalan yang dapat bantu kita,adalah amalan baik kita. Amalan yang tak baik akan jadi beban kepada kita di akhirat nanti.

Malam ni saya nak kongsi sedikit amalan harian yang dapat bantu kita tambahkan pahala kita Insyallah. Saya pernah dengar ustaz mengajar,pada malam hari kita kena baca Al-Quran 10 ayat paling kurang. Sebab dengan baca Quran 10 ayat kita tidak akan digolongkan di kalangan orang yang LALAI disisi Allah pada malam tersebut. Jika kita baca 100 ayat Al-Quran kita akan digolongkan di kalangan orang-orang yang TAAT disisi Allah.

Amalan Nabi S.A.W, Sebelum tidur Nabi S.A.W akan baca Surah Al-Mulk (30 ayat) dan Surah As-Sajadah (30 ayat) serta Surah Al-Waqiaah ( 96ayat). Jadi jika kita dapat baca ketiga-tiga surah ni kita akan tergolong di kalangan orang yang TAAT pada malam tu. Jika tak mampu semua tu, sebelum tidur baca la apa-apa ayat Quran walaupun surah yang pendek bagi dapat 10ayat. Jika tidak rugi la kita sebab akan di golongkan di kalangan orang yang LALAI jika kita tak baca 10 ayat Quran pada satu-satu malam.
Jadi sekarang kita semua kene sama-sama usaha la yea.. Agar sebelum tidur dapat letakkan kita di golongan yang terbaik pada tiap-tiap malam.

Walaupun kita sibok dengan tv,fb,blog,twitt dan lain-lain lagi.. Cubalah luangkan masa & tenaga yang Allah bagi ni untuk bina akhirat kita sebelum kita jumpa Allah. Insyallah.
Sekian.. Wallahualam.