Thursday, September 26, 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikutan kekecohan pergaduhan antara Isteri Pemain bola sepak negara Mat Yo beberapa hari yang lepas, hari ini di dalam berita harian ada cerita tantang Isteri Mat Yo mohon maaf kepada mereka-mereka yang terlibat. Antara kandungan beritanya 

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.


mat yo
Mat Yo

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 


Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

------

Jika nak baca lebih terperinci boleh rujuk berita nya di berita harian online. Harap-harap dengan keluarnya berita ini dapat meredakan salah faham masyarakat tentang kisah yang sebenarnya. Sebab kita sendiri tidak mengetahui kisah di sebalik kejadian yang sebenarnya. Kerana di dalam Al-Quran sendiri Allah S.W.T ada berfirman: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Juzuk : 26 Surah : AL-HUJURAAT No. Surah : 49 Ayat : 6

Saya sendiri tidak berbelah kepada mana-mana pihak. Cuma sebelum apa-apa baik kita menilai dahulu. Sebab di akhir zaman ini macam-macam perkara boleh berlaku. Jika berita tersebut betul dan kita join sekali,di dalam Islam kita di kira mengumpat dan sebaliknya jika berita tersebut tidak betul dan kita join sekali menceritakannya di dalam Islam kita di kira menfitnah

Berkahwin dengan hanya mengumpul 20sen

Jadi dua-dua tak boleh buat. Begitu tingginya Islam di dalam menjaga maruah dan harga diri seseorang Islam. Jadi pada hari Jumaat yang berkat ini. Bersamalah kita bermuhasabah diri kita untuk menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T. Perbanyakkan Istighfar pada Allah S.W.T dan berselawat keatas Nabi S.A.W. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment