Malam tadi bila buka Tv3 ada Majalah 3 menceritakan tantang Keris. Keris Peninggalan yang Perlu dipelihara. Dari dulu sampai sekarang saya memang suka tengok Majalah 3. Sebabnya Majalah 3 banyak berkongsi cerita tentang perkara-perkara yang saya tak tahu lagi..
Cerita dan drama-drama saya tak layan sangat. Rasa tak menarik. Tapi jika cerita macam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli yang lawak-lawak saya tengok. Entah la rasa tak jemu tengok cerita lakonan beliau. Tapi bila tengok sesetengah drama Tv hari ni tengok sekajap pun dah rasa boring.Maaf saya kurang berseni. Tapi jika cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramli ok aje. Semua drama-drama yang kat TV tu best-best, saya aje yang tak pandai nak menilainya kot.huhuhu.. Tak apa la.
Yang dikatakan Keris Taming Sari..hebatkan?? |
Alhamdulillah pihak Muzium Negara melalui wakilnya telah datang ke rumah beliau untuk mengambil keris tersebut dan dihantar ke Muzium Negera. Sekarang ini keris tersebut berada didalam jagaan pihak Muzium Negara. Menurut beliau sesebuah keris itu mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Keris merupakan lambang kehebatan Masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Sekarang keris sudah tidak digunakan lagi,dan ianya hanya menjadi bahan sejarah yang tersendiri.
Keris ini juga harus dijaga dan di simpan dengan baik sekiranya seseorang itu mempunyai koleksi simpan keris di rumah. Ini kerana keris merupakan senjata yang agak tajam dan merbahaya jika terkena pada anggota badan seseorang. Namun ianya bukan seperti bahaya jika kita bercakap dengan telefon semasa telefon dicas.
Banyak sebenarnya nilai-nilai dan kehebatan orang Melayu pada suatu masa duhulu. Dan sekarang ini,nilai-nilai sejarah tersebut semakin lupus ditelan arus kemodenan yang dilupakan oleh generasi muda mudi sekarang.
Bentuk keris mempunyai maksud tersendiri..Siapa ada?? |
Dengan adanya pihak Muzium Negara merupakan sinar kebaikan dan pengekalan benda-benda bersejarah ini daripada hilang begitu sahaja di telan arus kemodenan. Bersama-samalah kita menjaga sejarah bangsa kita. Keris merupakan warisan bangsa yang perlu dipelihara daripada hilang begitu sahaja. Seperti juga dengan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang. Kedua-duanya sama penting untuk dipelihara dan dijaga bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Macam yang di buat oleh pasarmini speedmart. Ada siapa-siapa simpan keris tak di rumah?
No comments:
Post a Comment