Masuk ke dapur perasan banyak barang-barang dapur yang dah nak habis. Hari minggu macam ni la berpeluang nak cari barang-barang keperluan yang dah nak habis. Gula, bawang, beras, kicap dan sos dah makin kurang.
Alhamdulillah cuti dapat beli barang dapur dan nak berkemas apa-apa yang tak kemas lagi kat rumah ni. Nanti tak pasai-pasai ada yang datang bertandang lihat rumah macam tongkang pecah.
Biasanya kedai yang menjadi pilihan pasarmini 99SpeedMart. Entah kenapa suka pergi kedai ni jika nak cari barang dapur. Bukan sebab nak tengok pekerja-pekerja kat sini yang comel-comel dan kacak-kacak. Cuma rasa selesa bila datang sini.
Dekat lagi Murah..memang betul la.. |
- Kedai ini bagus walaupun kedainya bukan macam pasaraya tapi bila nak barang keperluan dapur terutamnya tu ada.
- Kedainya agak selesa berbanding kedai-kedai lain,ada aircond,ada bakul dan troli kalau nak bawa barang banyak.Kira macam mini pasaraya macam tu :-)
- Semua barang keperluan dapur ada bila nak cari kat kedai ni.
- TAPI yang NO.1 sebab kedai ni saya suka kerana,HARGANYA JAUH LEBIH MURAH berbanding dengan kedai-kedai lain hatta pasaraya sekali. Yea ker? jika tak percaya kita boleh datang dan bandingkan harganya pun.
- Lagi SATU sebab saya suka, HARI SABTU kan HARI TANPA PLASTIK,dan kita yang datang beli barang-barang kat mana-mana pasaraya biasanya jika nak plastik kena beli dengan harga 20 SEN UNTUK SATU BEG PLASTIK. Teringat pula kisah CINTA 20 sen antara Pasangan Razali & Izyan.
Mereka buat macam ni sebab nak menyahut seruan dunia dan kerajaan untuk menjaga dan memelihara bumi kita untuk kesejahteraan Generasi akan datang. Jom sama-sama Menjaga BUMI Hijau kita. Jangan guna Plastik lagi.Boleh ker?
Semoga kita semua menjadi penyumbang di dalam menghijaukan bumi kita untuk generasi akan datang. Ini satu cara sahaja. Ada 9 cara lagi nak hijaukan bumi kita bagi kesejahteraan genersi akan datang. Selamat berhujung minggu kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment