Suka saya sorang-sorang bila melihat aksi mamat dalam iklan Hotlink yang terbaru ini tentang internet percuma, ada dua iklan yang Hotlink siarkan tentang aksi mewakili rakyat Malaysia yang menggunakan internet secara tegar melalui handphone masing-masing.
Aksi pertama seorang yang mencari senarai rangkaian wifi yang terdapat pada hp beliau,kerana yang tersenarai disitu semuanya wifi yang mengandungi password, akhirnya dia dapat juga wifi percuma yang diambil di bas rapid KL, dapat la internet percuma sekejap sms makwe dia,tetapi sekejap sahaja,intenet tersebut putus bila bas tersebut meninggalkan kawasan itu,akhirnya tak dapat dia nak Whatsapp makwa dia. Ada sesiapa pernah tengok aksi ini yang sebenar tak,selain yang iklan ni?
Handphone ni ada internet percuma tak? |
Aksi kedua,lebih kurang jalan cerita yang sama,seorang mamat yang nak sms marka juga,tapi yang ini berlainan tempat pula, mamat ini pergi tumpang internet percuma dekat kedai makan yang agak baik sikit,sebab dia bagi internet percuma kepada pelanggang yang datang ke kedai tersebut.Yang lawaknya pelayan kedai tersebut beberapa kali dengan aksi yang "manis" nak mempelawa mamat tersebut untuk melihat menu yang dia pegang,tetapi bila pelayan ni menuju ke arah mamat tersebut,mamat tu tak nak, bila agak lama baru pelayan tu perasan yang mamat tersebut berdiri dekat kedai dia hanya untuk mendapatkan wifi percuma. Rasanya yang ni ada orang buat tak?hahahaha.. ramai kot yang buat sebelum ada internet sendiri kat phone kan?
Bagus la Hotlink kali ini buat promosi internet percuma, kena dengan masa dan keadaan sakarang, sebab ramai yang memerlukan internet pada handphone sekarang ini. Bagi saya, ada internet kat handphone lagi jimat jika nak bandingkan kita SMS atau MMS yang biasa ni kan? Rasanya mana lagi berbaloi?
Bestnya blogger Hutan Kabut dapat panggilan percuma sempena hari jadi beliau yang ke-23, Selamat Hari Lahir diucapkan.
No comments:
Post a Comment