Sunday, October 20, 2013

Sahabat Sejati Sukar Dicarikan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sahabat sejati sukar dicarikan? Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita selepas ahli keluarga kita bukan?, malah ada dikalangan kita yang sahabat menjadi orang no 1 yang akan tahu sesuatu dari kita sebelum orang lain mengetahui perkara tersebut. Betul tak macam tu? Berikut beberapa tips di dalam kita manjalin persahabatan dengan sahabat dan kawan-kawan kita.


sahabat sejati
Sahabat sejati sukar dicarikan..

TIPS dalam BERSAHABAT:

1) Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya"
(HR Abu Daud)

2) Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya"
(HR Muslim)

3) Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikitpun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4) Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5) Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah 
s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu"

6) Memberi hadiah
Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)

7) Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah s.a.w  bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan."
(HR Hakim) 


-Budak bersahabat dengan Kereta.
-Bersahabat sehingga Berkahwin

Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr.Abdullah Nasir Ulwan)

Wallah hualamm, Semoga Bermanfaat.



No comments:

Post a Comment