Didiklah Anak Cara Sunnah Nabi Rasulullah SAW. Wahai ibu ayah yang hebat, saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita. Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah SWT beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah SWT sayang diuji tanpa anak. Mereka mahukan anak tapi belum ada rezeki anak lagi.
Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi. Syukur pasti Allah SWT tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka.Insyallah anda akan beroleh kebaikan.
Anak Soleh Penyejuk Mata |
Dengan memegang tangan anak akan mengundang rahmat Allah SWT. Dukung, peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah SWT sayang kita. Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah SWT dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.Bila anak sedih, pegang mereka pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah SWT. Allah sayang kamu wahai anakku, Allah SWT jaga kita bila kita jaga perintah Allah SWT. Solat, puasa Ramadhan, tunaikan haji, keluarkan zakat dan semua perintah Allah SWT yang lain kita kena laksanakan dengan sempurna.
Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini? Siapa beli ayah? Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap.terima kasih pada Allah SWT.
Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku, Allah jaga kamu wahai anakku. Hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa, ALLAH Maha Kuasa. Kita ada Allah SWT.
Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah. Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Anak nak jadi princess(puteri) nak jadi super power. Wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak? Nak terbang kena pakai tudung macam ibu cantik. Dalam syurga boleh jadi princess nanti kita sekeluarga masuk syurga.
Wahai anakku, ayah dan ibu sangat sayang kamu kerana Allah. Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya. Wahai anakku kamu kena kenal Nabi SAW, Dia sangat sayang pada kita semua umatnya. Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat.
Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya nak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku. Nanti Allah bagi insyaAllah atau Allah SWT bagi dalam syurga. Ya Allah nak mainan. Ya Allah akan suka bila anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.
Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Nabi Musa AS kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa AS dan anak kita tidaklah seperti firaun. InsyaAllah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah SWT, seseorang itu dimuliakan oleh Allah SWT.
Nabi SAW manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah membawa kebaikan kepada dunia.
Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi SAW. Orang lain buat salah, tapi Nabi SAW rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.
Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan menjaga solat dan orang yang menghidupkan Sunnah Nabi SAW dengan ikhlas. Amin. Dapatkan Panduan Didik Anak Menjadi Soleh disini ---> Rahsia Anak Soleh.
No comments:
Post a Comment