Sunday, July 20, 2014

Nuffnang Boleh Cash Out

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Nuffnang Boleh Cash Out. Alhamdulillah Nuffnang boleh cash out, ini merupakan kali pertama bagi tahun ini dapat cash out hasil buat duit dengan blog bagi program Nuffnang. Rasa macam tak nak keluarkan lagi. Sebab raya pun dah dekat, kalau cash out pun tak sempat rasanya nak buat duit raya kali ini. Sebabnya kalau saya cash out pun rasanya dapat dalam masa 30hari kalau ikut dalam terma dan syarat nuffnang " Please also allow about 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent. " Kira tak apalah, saya simpan dulu bagi duit dalam Nuffnang beranak lagi.

Nuffnang Boleh Cash Out, nuffnang,
Nuffnang Boleh Cash Out
Suka sebenarnya buat duit dengan Nuffnang ini. Saya hanya perlu letak kod iklan sahaja dan pihak Nuffnang akan tentukan sendiri sama ada banyak ke sikit hasil yang kita akan dapat. Biasanya akan dapat 25sen bagi satu iklan yang diklik bagi pemilik akaun berstatus " Glitterati ". Tetapi yang dapat hasil 25 sen ini lambat juga. Jika nak best buat sampai blog kita ada pihak " advertiser " sudi letak iklan mereka dalam blog kita. Yang ini dalam nuffnang mereka panggil "CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS ". Jika dapat CPUV CAMPAIGNS ini memang best. Duit akan masuk sahaja dalam akaun Nuffnang selagi tempoh CPUV CAMPAIGNS yang melekat dalam blog kita tak habis lagi. CPUV CAMPAIGNS inilah yang selalu di tunggu-tunggu oleh mereka-mereka yang buat duit dengan Nuffnang. Dapat yang ini lagi banyak lagi mereka suka. Saya pun suka juga jika selalu dapat CPUV CAMPAIGNS. Tetapi ini semua bergantung kepada pihak Nuffnang nak bagi ker tak. Jika blog kita terpilih, Alhamdulillah banyaklah dapat. Jika tak terpilih lambatlah sikit nak dapat.

Sebenarnya mudah sahaja nak dapat CPUV CAMPAIGNS ini, anda kena rajin update blog, ramaikan pelawat yang masuk ke blog anda setiap hari dan macam-macam lagi. Banyak lagi tips nak dapat CPUV CAMPAIGNS ini. Jika nak baca dengan lebih jelas lagi anda boleh baca dalam tips yang saya cerita ini "Tips nak dapatkan CPUV Earning dari Nuffnang" Insyallah jika anda ikut tips-tips yang saya bagi tersebut. Anda dengan mudah akan dapat CPUV CAMPAIGNS dari en.Nuffnang. Kira anda akan dapat macam yang saya tunjuk dibawah ini. Tapi saya dapat sikit-sikt sahaja. Ramai lagi kawan-kawan blogger yang dapat lagi banyak pada saya. Kira syukur apa yang dapat. Ada rezeki nanti insyallah masuk lagi.

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS, CPUV Earning,
CPUV CAMPAIGNS yang melekat.
Kepada anda yang ada blog dan belum masukkan iklan apa-apa dalam blog. Saya sarankan anda masukkan iklan Nuffnang ini. Tak perlu buat apa sangat. Hanya daftar dan masukkan kod iklan nuffnang dalam blog. Kemdian tunggu dan tengok dalam akaun anda. Banyak ke sikit yang dapat. Bila dah cukup RM50. Anda dah boleh nak "Cash Out" duit tersebut. Dah cash out boleh lah buat apa yang patut. Anda boleh daftar nuffnang disini.

Sebenarnya banyak cara lagi jika anda nak maju dalam dunia blog ini. Ada macam-macam cara dan usaha nak buat duit dengan blog ini. Pada saya, anda kena buat  dan belajar. Jika tak belajar kita akan susah nak maju dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Nak buat duit dengan blog pun sama juga. Belajar dan praktikkan, insyallah lama-lama anda akan nampak jalan macam mana nak buat duit dengan blog ini. Saya nak kongsikan sedikit panduan menulis dengan baik agar anda dapat menjadi bukan sahaja blogger malahan lebih daripada itu, Jika berminat anda boleh tengok dan buat keputusan sendiri jika nak maju dan jadi blogger yang berjaya. Boleh tengok sendiri panduan menulis disini.--->> Rahsia Penulis.

Buat duit dengan blog pun boleh jadi jutawan jika kena dengan ilmu yang kita ada. :-)

No comments:

Post a Comment