Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia. Alhamdulillah kita masih berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Pada hari ini kita bakal diketemukan lagi dengan Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di bumi Malaysia. Pada masa tersebut kedudukan matahari adalah betul-betul berada tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam.
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari Di Malaysia |
Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia.
Alhamdulillah bagi kita yang berada di bumi Malaysia. Tarikh dan Masa Istiwa Matahari di Malaysia adalah seperti berikut pada setiap tahun:
TARIKH: 28 Mei MASA:Tepat pukul 5.16 petang.
TARIKH: 16 Julai MASA:Tepat pukul 5.28 petang.
Macam Mana Nak Tentukan Arah Kiblat Berpandukan Waktu Istiwa Matahari?
Caranya mudah sahaja macam ini:-
1) Sediakan tiang atau kayu yang lurus, jika nak guna pen atau batang penyapu pun boleh jika tak ada kayu yang lurus bagi tujuan tersebut.
2) Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu SIRIM atau dengan merujuk pada jam di warta berita tv, coder astro atau menghubungi 1051 dengan telefon anda bagi mendapatkan waktu SIRIM. Mudah sahaja, call no tersebut dan anda akan terus dapat mendengar waktu di Malaysia mengikut waktu dan masa yang paling tepat mengikut waktu SIRIM. Jam di SIRIM adalah JAM yang menjadi jam rujukan waktu paling tepat di Malaysia. Jika nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web SIRIM MALAYSIA.
3) Kemudian tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, samaada anda nak pegang atau cucuk tiang tersebut terpulang kepada anda.
4) Perhatikan arah BAYANG yang terhasil pada waktu tersebut dan arah bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat yang sebenar terus dari kaabah.
5) Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan.
Alhamdulillah dah selasai anda bolehlah buat tanda yang lebih terang lagi. Insyallah anda boleh ikut arah yang telah ditandakan tadi untuk mendapatkan arah kiblat bagi bilik-bilik lain dalam rumah anda bagi tujuan menentukan arah kiblat yang sebenar. Raya pun dah dekat, nanti ramai saudara mara yang berkunjung untuk berhari raya dan solat di rumah anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua bagi menentukan arah kiblat yang betul dan ini akan dapat memperbaiki lagi MUTU SOLAT yang kita kerjakan selama ini.
Seseorang yang menjaga solatnya, Allah SWT akan menjaganya. Bersama-samalah kita memperbaiki dan mempelajari dengan lebih baik lagi solat kita. Sesungguhnya solat adalah perkara pertama yang akan di soal pada hari akhirat. Jika baik solat, maka amalan lain Allah SWT akan terima dengan mudah, namun jika solat tidak sempurna takut-takut nanti amalan lain juga Allah tolak. Ini kerana solat merupakan Tiang Agama. Dapatkan tips dan panduan bagi MENCANTIKKAN lagi mutu solat kita melalui perkongsian ilmu oleh Ustaz Hasnan disini --->> Rahsia Solat (Rujuk disini)
Selamat beramal di bulan Ramadhan yang penuh berat ini. Ada masa petang nanti boleh berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak.
No comments:
Post a Comment