Showing posts with label Bercinta kerana Allah. Show all posts
Showing posts with label Bercinta kerana Allah. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Jumaat, Cinta dan Duit Dari Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat kawan-kawan. Sekejap sahaja hari Jumaatkan? Rasa baru sahaja jumaat, hari ini jumpa lagi dengan Jumaat, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari ini kita digalakkan buat amal lebih daripada hari-hari biasa, dan hari ini juga terdapat satu masa yang khusus penerimaan doa daripada Allah S.W.T jika kita berdoa. Waktunya dirahsiakan Allah S.W.T. supaya hambanya berusaha mancarinya.

Ada ulamak yang kata akhir waktu malam(masa Tahjud - bukan masa bangun tengok bola yea) dan masa waktu petang sebelum terbenam matahari dan macam-macam pendapat ulama lagi. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor kerana dah jadikan Hari Jumaat mulai awal tahun 2014 sebagai hari cuti mereka. Macam negeri Kelantan,Terengganu,Kedah. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Rahmat yang besar untuk mereka.

anak bertudung comel
Comel tak saya?? Jom jaga aurat kita.
Cinta
Siapa bercinta kat sini? Tidak ada orang yang tidak ada perasaan tersebutkan? Walaupun budak kecil sekali pun. Inilah hebatnya perasaan cinta yang Allah S.W.T bagi kepada setiap kita. Walaupun orang tersebut jahat macam mana pun,dia mesti ada perasaan cinta. Cinta akan datang tanpa kita minta. Bagi pasangan yang sedang bercinta, jaga pasangan anda baik-baik. Jangan sampai melanggar batasan agama.

Jika kita dah sama-sama suka elok dipercepatkan sahaja perkahwinannya. Kerana  bercinta selepas kahwin lagi bermakna dan baik di sisi agama. Bila Allah S.W.T suka,insyallah cinta tersebut akan diberkati sehingga akhir hayat. Bercinta sekejap untuk kenal hati budi masing-masing lepas tu ikat dah berkahwin.Itu lagi TERBAIK. Hidup kita dan pasangan akan lebih diberkati kerana kita tidak lagi melanggar tata susila semasa ingin berjumpa dengan pasangan. Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Allah pasti akan jaga kita.

Selamat bercinta.. Selamat mendirikan rumah tangga kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Kepada yang belum usaha dan doa banyak-banyak, insyallah Allah S.W.T akan buka jalan.

Duit dari Blog
Hasil dengan berblog atau menjadi blogger amatlah beruntung, ada yang jadikan blog sebagai kerjaya tetap mereka. Cuma ramai juga yang jadikan blog sebagai aktiviti part time mereka. Bagi saya,kita berhak membuat pilihan bergantung kepada pendapatan yang kita perolehi.

Banyak peluang buat duit di internet dan kita boleh sertainya. Mengikut kemampuan dan masa yang kita ada. Mana-mana kerja formula utama kena rajin buat kerja, rezeki tidak datang dengan mudah. Kita perlu berusaha juga. Lepas berusaha baru bertawakal kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Rezeki. Macam mana dengan buat duit melalui surveys kawan-kawan. Dah dapat hasil ker? jika dah alhamdulillah, jika belum kena usaha yea, Pendaftaran PERCUMA sahaja buat duit melalui surveys.

 Insyallah masyuk juga dengan buat surveys. Jobdirumah hari minggu ini nak siapkan juga. Siapa berminat boleh sertai Jobdirumah  ini sebelum harganya dinaikkan menjadi RM100. Boleh tahan nak beli nanti jika harga macam tu, baik beli sebelum harganya dinaikkan bulan December ini. Boleh buat Pendaftar Jobdirumah disini. Lepas ini harap-harap tak naik lagi jobdirumah ini.


Thursday, October 4, 2012

Kebaikan Bercinta Selepas Berkahwin

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka. 
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan “I love you” adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
sumber

Monday, March 12, 2012

Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”



Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.


Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.


Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.



Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.


Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.


Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:

Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.


Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.


Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)



Dipetik dari kitab An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini al-Hadhrami as-Syafie.