Showing posts with label Buat Duit Dengan Menulis Blog. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit Dengan Menulis Blog. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang. Boleh dikatakan ramai antara kita yang letak iklan Nuffnang dalam blog. Ada juga yang tak letak dan letak iklan lain. Tak kisah ikut mana yang lebih kita suka untuk letak iklan dalam blog masing-masing. Bagi yang letak iklan Nuffnang, CPUV Earning ataupun Buffered Earning (BE) yang paling ditunggu-tunggukan. Memang seronok bila dapat hasil dari duit yang kita hanya menulis dalam blog. Kata orang buat duit dengan menulis (klik disini) blog.

Ada sesetengah kita yang earning CPUV lebih tinggi dari earning CPC. Mesti ada yang keliru antara CPUV dan CPC ni. CPUV earning dikira berdasarkan unique visitors yang datang berkunjung ke blog kita. Manakala, CPC earning pula akan dikira berdasarkan per klik iklan di blog kita. Blogger yang berstatus gliteratti akan menerima 25 sen setiap kali iklannya diklik, manakala blogger berstatus ordinary akan menerima 15 sen per klik untuk iklannya.

I Love Nuffnang, Tips Nak Dapatkan CPUV Earning Nuffnang,
I Love Nuffnang
Cerita nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang macam mana pula? Saya nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu cara-cara untuk mencerahkan peluang naik dapat CPUV Earning Nuffnang.

Setiap kerja yang kita buat memerlukan usaha. Tanpa usaha dan ianya akan jadi angan-angan sahaja. Jadi nak dapatkan CPUV Earning Nuffnang juga memerlukan usaha yang berterusan.

Cara Pertama, cuba tingkatkan trafik pada blog kita. Cara ini sebenarnya paling berkesan. Ini kerana pihak Nuffnang mahukan ramai pengunjung yang akan lihat iklan mereka. Jika blog kita kurang trafik maka iklan mereka sukar untuk dilihat pengunjung.

Cara kedua, rajinkan diri untuk blogwalking ke blog lain. Jika kita blogwalking ke blog orang lain. 80-90% mereka akan balas balik berkunjung ke blog kita. Jika ada bloglist lagi senang nak blogwarking. Jika ada dalam senarai bloglist kita yang update entry baru, kita berkunjung dan tinggalkan komen pada blog tersebut. Dengan meninggalkan komen pada blog lain. Mereka akan tahu kita telah datang membaca dan berkunjung ke blog mereka, Insyallah mereka akan buat kunjung balas.

Cara ketiga, sertai segmen/GA/contest. Jika  kita rajin kita sendiri yang buat semua ini, jadi penaja/sponsor untuk contest pun boleh juga. Dengan menyertai segmen mahupun menjadi penganjur kepada sesebuah contest akan meningkatkan jumlah pengunjung masuk ke blog kita. Ini kerana bagi mendapatkan CPUV Earning Nuffnang memerlukan blog kita mendapat unique visitor yang tinggi. Jadi kena maintainkan jumlah trafik yang datang ke blog kita. Blog yang maintain trafiknya lebih disukai pihak advertiser bagi meletakkan iklan mereka dalam blog kita.

Cara keempat adalah dengan buat ping entry blog kita. Banyak tempat-tempat yang percuma untuk kita ping entry blog. Boleh pilih yang mana rasa senang dan tak susahkan diri nak masukkan entry mahupun kena bayar untuk ping di tempat tersebut. Antara ping blog yang saya selalu guna adalah pingbusuk, pingates dan juga blogpingtool. Dengan buat ping blog ini juga dapat tingkatkan trafik ke blog kita.

Cara kelima adalah cara yang paling selamat pada saya. Iaitu kita kena mahirkan diri dengan teknik SEO. Bagi blog-blog otai yang dah hebat dalam SEO mudah sahaja mereka nak dapatkan trafik yang tinggi masuk ke dalam blog mereka. Teknik ini memerlukan usaha yang berterusan dan kita kena belajar mahirkan diri kita dengan SEO. Jika kita nak maju dalam dunia blog, teknik SEO adalah langkah selamat untuk maintainkan blog kita supaya ada pengunjung. Jika kita tak pandai dengan teknik SEO ini blog kita susah untuk maju kedepan. Jadi nak tahu SEO kena belajar dan teruskan usaha mencuba. Tak ada benda yang kita nak tahu kita akan terus tahu, semuanya kena belajar dan ambil masa.Saya nasihatkan anda belajar dahulu Asas SEO. Anda boleh lihat buku Panduan Asas SEO (klik sini).

Baiklah, semoga perkongsian tips dan panduan untuk mendapatkan CPUV Earning Nuffnang ini berguna. Dah dapat banyak CPUV Earning Nuffnang nanti jangan lupa berkongsi dengan saya juga. Tips dan panduan ini berguna juga untuk kita dapatkan hasil duit dari blog bagi program A,B,C,D,E dan sampailah ke Z program yang kita sertai.

Yang penting dalam dunia blog ini kita kena rajin berusaha dan belajar. Ingat 'Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek'. Semuanya memerlukan usaha dan kesungguhan kita.

Thursday, November 28, 2013

Jumaat, Cinta dan Duit Dari Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jumaat kawan-kawan. Sekejap sahaja hari Jumaatkan? Rasa baru sahaja jumaat, hari ini jumpa lagi dengan Jumaat, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari ini kita digalakkan buat amal lebih daripada hari-hari biasa, dan hari ini juga terdapat satu masa yang khusus penerimaan doa daripada Allah S.W.T jika kita berdoa. Waktunya dirahsiakan Allah S.W.T. supaya hambanya berusaha mancarinya.

Ada ulamak yang kata akhir waktu malam(masa Tahjud - bukan masa bangun tengok bola yea) dan masa waktu petang sebelum terbenam matahari dan macam-macam pendapat ulama lagi. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor kerana dah jadikan Hari Jumaat mulai awal tahun 2014 sebagai hari cuti mereka. Macam negeri Kelantan,Terengganu,Kedah. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. Rahmat yang besar untuk mereka.

anak bertudung comel
Comel tak saya?? Jom jaga aurat kita.
Cinta
Siapa bercinta kat sini? Tidak ada orang yang tidak ada perasaan tersebutkan? Walaupun budak kecil sekali pun. Inilah hebatnya perasaan cinta yang Allah S.W.T bagi kepada setiap kita. Walaupun orang tersebut jahat macam mana pun,dia mesti ada perasaan cinta. Cinta akan datang tanpa kita minta. Bagi pasangan yang sedang bercinta, jaga pasangan anda baik-baik. Jangan sampai melanggar batasan agama.

Jika kita dah sama-sama suka elok dipercepatkan sahaja perkahwinannya. Kerana  bercinta selepas kahwin lagi bermakna dan baik di sisi agama. Bila Allah S.W.T suka,insyallah cinta tersebut akan diberkati sehingga akhir hayat. Bercinta sekejap untuk kenal hati budi masing-masing lepas tu ikat dah berkahwin.Itu lagi TERBAIK. Hidup kita dan pasangan akan lebih diberkati kerana kita tidak lagi melanggar tata susila semasa ingin berjumpa dengan pasangan. Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Allah pasti akan jaga kita.

Selamat bercinta.. Selamat mendirikan rumah tangga kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Kepada yang belum usaha dan doa banyak-banyak, insyallah Allah S.W.T akan buka jalan.

Duit dari Blog
Hasil dengan berblog atau menjadi blogger amatlah beruntung, ada yang jadikan blog sebagai kerjaya tetap mereka. Cuma ramai juga yang jadikan blog sebagai aktiviti part time mereka. Bagi saya,kita berhak membuat pilihan bergantung kepada pendapatan yang kita perolehi.

Banyak peluang buat duit di internet dan kita boleh sertainya. Mengikut kemampuan dan masa yang kita ada. Mana-mana kerja formula utama kena rajin buat kerja, rezeki tidak datang dengan mudah. Kita perlu berusaha juga. Lepas berusaha baru bertawakal kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Rezeki. Macam mana dengan buat duit melalui surveys kawan-kawan. Dah dapat hasil ker? jika dah alhamdulillah, jika belum kena usaha yea, Pendaftaran PERCUMA sahaja buat duit melalui surveys.

 Insyallah masyuk juga dengan buat surveys. Jobdirumah hari minggu ini nak siapkan juga. Siapa berminat boleh sertai Jobdirumah  ini sebelum harganya dinaikkan menjadi RM100. Boleh tahan nak beli nanti jika harga macam tu, baik beli sebelum harganya dinaikkan bulan December ini. Boleh buat Pendaftar Jobdirumah disini. Lepas ini harap-harap tak naik lagi jobdirumah ini.


Friday, August 23, 2013

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Syawal kepada rakan-rakan semua.Saya doakan semoga rakan-rakan sentiasa sihat. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Segmen yang dianjurkan oleh Bloggerwanita.com iaitu Segmen " Wang Tunai RM5000 untuk Blogger "

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Segmen ini  sebelum telah dibuat pada tahun 2012 dan terbuka pada 100 blogger pilihan. Kini ia telah dibuka semula atas permintaan ramai dan menurut panganjur lagi "baki wang masih banyak perlu diberikan pada blogger, maka dengan rasminya program ini telah dibuka semula pada 2013". Menarik bukan perkongsian dari Bloggerwanita.com ini.

Kepada yang berminat :-

Program Wang Tunai RM5000 ini untuk mereka yang berdaftar sahaja. TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER.Cara berdaftar adalah  rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini  dengan tajuk “ Wang Tunai RM5000 untuk Blogger ”.

Blogger-blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic.

Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.

Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.

Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau Follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar email di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti. [TIDAK WAJIB]

Bayaran wang tunai akan dibayar pada setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.

Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger. [MASIH BERJALAN ]

Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.

Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

Tambahan:

1) Bayaran akan dibuat hanya setelah jumlah wang tunai terkumpul Rm5 atau lebih bagi memudahkan proses pembayaran.
2) Pastikan top referrel menghantar butir bayaran seperti Nama Penuh, Email, Bank dan No akaun ke Bloggerwanita@@gmail.com
3)Semua blogger yang menyertai program ini WAJIB berdaftar sebagai Rakan VIP Bloggerwanita.com bagi memudahkan info terbaru tentang program ini disampaikan dan juga mudah membuat follow up kepada peserta dan pemenang. Daftar Rakan VIP BW sekarang

Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.

Berminat? bolehlah submit link post bertajuk “ Wang Tunai RM5000 untuk Blogger ” di ruangan komen disini. Selamat Berjaya.