Showing posts with label Siapa Ayahku? - Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita. Show all posts
Showing posts with label Siapa Ayahku? - Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Kisah Ayah Tak Kisah.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisah Ayah Tak Kisah, cerita ini saya dapat dari group whatsapp. Bila baca ada betulnya juga. Bila dah jadi ayah, mungkin apa yang dicoretkan ini dirasakan BETUL pula. Rasanya memang yang tulis ini adalah seorang ayah. Jika pihak IBU membacanya tak pasti mereka boleh rasa apa yang AYAH ini rasa. Boleh baca di bawah ini yea.
_____________________________

Kisah Ayah Tak Kisah.
Kisah Ayah Tak Kisah.

Siapa ayah...abah...dady..abi..??????
Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....
Bila ibu tak tenteram ketika mengandungkan anak,ayah menemani ibu..ayah tak kisah.

Bila mak beranak,ayah jaga mak,ayah masak ayah jaga anak yg lain,ayah tak kisah.

Bila anak nangis,mak marah anak,ayah marah balik mak,mak gi pujuk anak,ayah tak kisah.

Bila dapat gaji,ayah bagi duit kat mak untuk cukupkan belanja,ayah tak kisah.

Bila baju sekolah dan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru,sedang baju sendiri dah lusuh,seluar dalamnya dah tetas,ayah tak kisah.

Bila ayah lepaskan anaknya untuk bernikah,tiada yang tanya perasaan ayah yang menangis dihati melepaskan anak tercinta,ayah tak kisah.

Bila anak peluk mak,tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa,ayah tak kisah.

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak,mak masak dapat pujian, ayah tak kisah.

Bila anak berjaya dalam pelajaran,ayah nangis gembira di dalam bilik,tiada yang tahu, ayah tak kisah.

Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak,tapi langsung tak nak cakap dengan ayah,ayah sedih tapi janji mak happy,ayah tak kisah.

Begitulah pengorbanan seorang ayah.Dia tak kisah bajunya carik,dia tak kisah badannya letih,dia tak kisah jika tiada yang merinduinya,dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak..kerana yang dia kisah..agar anaknya membesar dengan baik,cantik baju dan akhlaknya,agar isterinya bahagia,agar keluarganya hidup sempurna..ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak credit atas segala usaha murninya, so ..sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!

Dari seorang ayah
Bacalah..sedih?? jom kita renung-renungkan, laksanakan peranan kita sebagai ANAK? Betulkah yang ditulis oleh penulis ni? Wahai IBU atau pun AYAH. Apa yang anda rasa??
__________________________

P/S:
Hari ini adalah hari terakhir untuk kawan-kawan yang nak dapatkan "  Panduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " sebelum jam 12 malam ini " Contoh Soalan  Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " akan ditutup. Lepas tu jika nak juga kena cari maklumat sendiri lah. Sebelum TERLEPAS, saya sarankan kawan-kawan yang nak ambil " Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 " dapatkan ebook panduan ini yea. Bila dah jadi macam Siti( cerita Siti ), dah selesai masalah. Dapatkan perkongsian dibawah ini ( klik ebook ). Selamat maju jaya kawan-kawan.


Saturday, November 23, 2013

Siapa Ayahku? - Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Malam tadi sempat tengok rancangan Semanis Kurma TV9, tajuknya " Siapa Ayahku?-Mambina Kembali Institusi Kekeluargaan Kita". Ianya mengupas isu kekeluargaan berkaitan Anak Luar Nikah. Memang menarik topik yang dibincangkan. Rasanya masa saya kecil-kicil dahulu jarang sangat nak jumpa kisah tentang anak luar nikah ini. Nak cari seorang contoh macam ini pun susah,inikan pula nak tengok contoh yang ramaikan.Susah dulu nak jumpa ke anak luar  nikah.

Namun hari ini, jika kita tengok dan selidiki,masalah ini boleh dikatakan senang sekali kita jumpa dalam masyarakt hari ini. Jika bukan dalam keluarga,mungkin dalam keluarga terdekat kita akan ada kes ini. Jika tak ada,mungkin dalam kampung atau dalam taman perumahan kita, kita akan jumpa dengan kes-kes sebegini. Dunia dah nak kiamat? Takut jika difikirkan benda-benda macam ini boleh jadi pada diri sendiri, atau orang-orang yang kita sayang. Semoga Allah jauhkan kita semua dari benda-benda tak baik macam ini.

Dalam kupasan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah pasangan suami isteri tersebut bersama seorang lagi penel yang juga ustaz, rasanya mereka bertiga banyak menunjukkan puncanya kerana kelemahan institusi kekeluargaan hari ini, senang cakap dalam keluarga sibuk dengan hal masing-masing sehingga terabai semuanya. Ibu bapa sibuk dengan kerja,persatuan dan sebagainya,anak pula dengan belajar dan kawan-kawannya sehingga menyebabkan nak jumpa pun jarang-jarang anak beranak.Masing-masing sibuk dan akhirnya tak ada keharmonian dalam keluarga dan menyababkan anak-anak mencari apa yang mereka suka dan lebih suka bersama kawan-kawan. Akhirnya macam-macam boleh jadi bila meraka yang masih mentah itu bersama. Walaupun bergaji RM 10 000 sebulan pun, jika keluarga kita musah. Tidak ada nilai wang RM10 000 tersebut.

Jadi nak bagi ibubapa yang sedar akan perkara ini merake yang pertama sekali kena berubah,belajar macam mana nak wujudkan balik nilai kasih sayang dalam keluarga,macam mana nak jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak dalam dunia yang tanpa sempadan dan semakin mencabar ini. Sesuatu perlu dilakukan.Masih belum terlambat jika kita mahu keharmonian keluarga kita kembali terjalin dan selamat.

Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Penel From Smart To Wise Parenting Convention

Macam mana nak wujudkan suasana RUMAHKU SYURGAKU. Alhamdulillah ada satu konvensyen akan diadakan pada bulan 12 nanti bersempena cuti sekolah ini. Konvensyen " From Smart To Wise Parenting Convention " akan mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea-idea, tips-tips dan pengalaman bagi membantu para ibubapa untuk mengukuhkan dan mambina  kembali institusi kekeluargaan yang semakin rapuh ini.

Barisan Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Barisan Penel From Smart To Wise Parenting Convention
Antara pakar-pakar yang akan berkongsi tips dan panduan ini ialah  Prof Muhaya Muhammad yang merupakan pakar motivasi yang terkenal di negara kita, Dr.Irfan Khairy jutawan internet dan beberapa orang ahli penal yang berkaliber akan membentangkan perkongsian ilmu bagi menggarap dan menyuburkan kembali kekuatan institusi kekeluargaan kita.Bagi mengetahui forum  ini dengan lebih lanjut,anda boleh rujuk klik>> di sini " From Smart To Wise Parenting Convention" . Bagi mereka yang bergelar ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, saya sarankan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Peluang hanya datang sekali.Sama-sama kita gunakan peluang ini untuk keharmonian keluarga kita. Kita kena berubah demi keluarga.